Friday, December 7, 2012

Doa for today

Hari Jumaat Penghulu Hari

dalam perjalanan aku untuk mengaji alquran tengahhari tadi ..fikiran ku melayang kepada cerita ustaz halim din yang menceritakan tentang kewujudan jin di kawasan keras seperti Gopeng di Perak dan Gambang di Pahang...timbul di fikiran ku kalau lah aku yg berada di tempat itu bagaimana harus aku beraksi...terus kata-kata ini akan ku lontarkan kepada syaitan itu.."aku adalah mahluk Allah yang dimuliakan dan kau adalah mahkluk Allah yang dihinakan..pergi kau dari sini sebelum aku berdoa agar Allah hampuskan kau dan keluarga kau sekali"...emmm...tapi itu adalah khayalan aku sekiranya aku berhadapan dengan mereka-mereka yang tidak diundang itu ...

bila aku sampai aje ke bilik untuk aku mengajar mengaji...tiada sesiapa disitu..aku keseorangan...aku mulakan dengan bacaan ayat suci alquran dan terus membaca dan membaca...tiba-tiba aku terhenti..aku melihat alquran terjemahan di depan ku....

aku berdoa kepada Allah swt.."ya Allah..berikanlah aku doa yang terbaik buatku untuk hari ini" setelah berdoa..aku terus membuka alquran dengan penuh harapan agar Allah memberikan doa yg terbaik buatku....kemudian aku menghalakan hujung jari ku kedalam ayat-ayat alquran terjemahan itu...dan aku merasakan sungguh takjub sekali ...ALLAH IS GREAT!..dia tahu setiap apa yang aku inginkan dan seperti mejawab kepada semua persoalan ku pada hari ini...terima kasih ya allah...terima kasih...

inilah ayat dan doa yg disuruh aku membacanya...

Tuesday, December 4, 2012

Mutiara kata dari Prof Dr Muhaya

Salam semua,

mutiara kata dari Prof Dr Muhaya ini menarik minat daku dan kata-katanya penuh dengan maksud yang amat tersirat dan tersurat yang perlu kita hubung kaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari.

Semuga kita semua mendapat manfaat dari mutiara kata beliau.


Thursday, November 29, 2012

Ya Allah..

Ya Allah
please remove from my heart
the love of anything
that you dont love...

Surah Taha

Pada 25 Nov. Aku bermimpi yang menyebabkan aku tersedak dan batuk tidak henti-henti. Dalam mimpi itu spt tudung aku diangkat keatas dan setiap kali diangkat terdapat lapisan didalamnya (spt aku memakai tudung yang belapis-lapis) dan kali ketiga tudung aku diangkat dan terlihat warna merah didalamnya aku tersedak dan terus tersedar dan batuk tanpa berhenti..dalam mimpi itu kejadian itu seperti berlaku pada 20/6...aku terus ingat pada angka itu dan bila bangun dari tidur aku terlupa utk melihat didalam alquran maknanya ..tetapi setelah 2 hari kemudian baru aku teringat dan bila aku buka surah 20 (Surah Taha) ayat 6..inilah maknanya...

Wednesday, November 7, 2012

Pengalaman semasa sembayang sunat dipagi hari

pagi tadi aku menunaikan sembayang hajat, taubat dan dhuha...biasanya aku akan menunaikan sembayang sunat taubat dahulu tetapi kali ini aku mulakan dengan sunat hajat kerana aku mempunyai hajat kepada Allah swt...ketika aku baru mula untuk menunaikan sembayang yg terakhir iaitu sembayang sunat dhuha, aku ternampak bayangan awan hitam kelabu mula datang dari arah kiri dan menutupi sebahagian dari tubuh ..aku seperti biasa hanya memandang sekali lalu dan aku tidak hiraukan bayangan itu ...tetapi bila aku mula membaca doa iftitah..sesuatu kejadian telah berlaku...aku hanya dapat membaca 2 rangkap seperti dibawah dan bersambung dengan rangkap terakhir surah al-kursi...kejadian ini berulang-ulang..aku seperti terlupa dan lidahku seperti berhenti di rangkap yg kedua dan meneruskan dgn ayat al-kursi...lama aku berhenti untuk mengingati semula ayat penuh doa iftitah tetapi terbaca jua gabungan ayat dibawah..perasaan aku ketika itu tidaklah lain selain dari menganggap syaitan sedang cuba utk menganggu sembayangku dan ibadah ku kepadanya. Aku akhirnya mengambil keputusan utk meneruskan dengan bacaan al-fatihah memandangkan ayat al-fatihah adalah ayat wajib dalam sembayang..selepas aku membaca al-fatihah aku cubakan semula utk membaca doa iftitah dan alhamdulillah...aku dapat membacanya dengan lancar sekali tanpa sekatan...setelah selesai sembayang...aku mencari makna dalam doa iftitah itu dan makna dalam surah ayat kursi. Inilah maknanya...
Allah Maha Besar akan segala kebesaranya dan segala puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Maha suci Allah....tiada lah keraguan aku akan kebesaran mu Ya Allah!

Thursday, November 1, 2012

Lirik Lagu Wajah - Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu 
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup 
tak pernah luntur

Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Tuesday, October 30, 2012

meminta pada allah dengan sembayang hajat

Tanggal 28 october, aku mimpi kan temanku.. yang telah lama teringin untuk mengandung lagi setelah melahirkan anak yang pertama 9 tahun yang lalu ..dalam mimpi itu aku diberitahu agar dia meminta kepada Allah swt dan mengerjakan sembayang sunat semuga hajat nya tercapai...

Aku telah sampaikan kepadanya...emmm.. bagiku mimpi itu adalah mimpi yang baik sekadar untuk memberitahu agar dia berdoa dan mudah-mudahan dengan sembayang hajat nya itu nanti akan mendekatkan diri temanku dengan yang empunya alam dan semuga hajatnya akan diperkenankan oleh Allah swt ..aminn...insyallah.

halal dan haram sebelum maruah

Tanggal  27 October aku bermimpi diberitahu dan diperlihatkan perbuatan buruk seseorang yang rapat dengan ku dibelakangku ...ketika orang tua itu memberitahu aku dia duduk disebelahku tetapi tidak memandang ke arahku....setelah melihat kejadian itu aku lantas menjawab kepadanya

"halal dan haram harus didahulukan sebelum maruah..kerana sekiranya mereka mendahulukan yang halal dan yang haram ..maruah akan mengikut "...aku terjaga ...personally aku tidak faham dengan apa yang aku katakan dalam mimpi itu..kenapa pulak halal dan haram mesti didahulukan dari maruah..tetapi bila aku kaji semula dapat aku simpulkan..sekirannya kita menjaga setiap dari makanan dan perbuatan kita dari sumber yg haram dan mengambil hanya yang halal..ianya akan dapat mejaga maruah kita dan terhalang kita dari sesuatu yg akan memalukan dan memburukkan diri kita ..tetapi kalau kita hanya menjaga maruah kita tanpa memperdulikan hukum halal dan haram..ianya tidak akan kekal lama kerana maruah buleh dipengarhui oleh hawa nafsu yg jahat..emmmm

Monday, October 29, 2012

Mimpi 53 & 68

Salam semua,

malam tadi aku bermimpi lagi ..kali ini ada 2 no yang begitu jelas dan bila terjaga di tengah dinihari, bersungguh aku cuba untuk mengingati no itu agar aku tidak lupa dan aku kembali lena....dan bila aku tersedar di pagi hari ingatan pada no itu masih ada....ku kupas alquran dan kucari makna dalam ayat-ayat alquran...ku selak surah 68 tetapi tiada ayat 53..ku selak surah 53 tetapi tiada ayat 68 dan akhirnya aku jumpa ayat 68 dan ayat 53 didalam surah al-baqarah...dan maknanya memberi penjelasan kepada apa yang aku bualkan sebelum aku lena....


Syukur padamu Ya Allah kerana menjawab semua persoalan ku sebelum ini....:)

Aku harus belajar membezakan diantara yang benar dengan yang salah. Melalui isu korban yang terlalu banyak persoalan yang timbul pada hari raya korban di kampung ku pada tahun ini telah memyebabkan aku berfikir dan semuanya telah terjawab didalam alquran...aku perlu tabah dan sabar dalam menjalankan tanggungjawabku dalam segala hal yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku..semuga perjalanan aku  mendapat restu mu Ya Allah....Amin.


Wednesday, October 10, 2012

Kesyukuran dan Kesabaran

Ya Allah

Aku menjalani kehidupan ini kerana aku dilahirkan bersama kehidupan
dan aku berada dalam perjalanan yang penghujungnya adalah kematian
banyak pengalaman yang telah aku kumpulkan
dan banyak juga kesilapan yang telah aku taburkan.

Aku berlajar dari pengalaman dan bertaubat dari kesilapan....
bila ku kenangkan kembali terlalu banyak dosa kesilapan dari banyaknya kesyukuran
tapi keyakinan aku menebal bersama kasih dan sayangmu
kerana itu aku berpegang kepada dua bahagian didalam agamamu
yang telah disabdakan oleh Rasullullah saw kekasihmu
itulah dia kesyukuran dan kesabaran

Aku bersyukur kerana aku dihidupkan
bersama pilihan sendiri dan berpaksikan apa yang telah kau tetapkan
mengharung tahap kesabaran pada apa yang hanya kau benarkan
janji pada diriku sendiri cuba untuk ku lunaskan
walaupun banyak rintangan akan ku pertahankan
kerana aku percaya pada apa yang telah kau janjikan

Aku pegang ilmu kepimpinanmu 
keyakinan menebal dalam diriku
untuk meneruskan kehidupan duniaku
bersama mutiara kesyukuran dan kesabaran
hanya terjawab pada penghujung hayat dikandung badan
pengakhiran yang mengharapkan nikmat kesyukuran
dan berakhirnya kesabaran bersama redhamu tuhan

amin ya rabbalalamin!

Wednesday, October 3, 2012

Makna mimpi ayat-ayat Allah


Menurut Buku Tafsir Mimpi: Menurut Al Quran dan As Sunnah by Muhammad Ibnu Sirin...


"Semuga Allah menutup dan melindungi aku dari setiap muslihat manusia dan syaitan yang direjam...insyallah!"

Bermimpi membaca Al-Quran

"Semuga aku dapat memnunaikan amanat yang diberikan kepadaku semasa aku hidup dengan bimbingan dari Allah swt...insyallah"

Bermimpi lagi ayat-ayat Allah

Tanggal 30 September 2012

Aku bermimpi lagi ayat-ayat Allah tapi kali ini aku tak ingat ayat apa. Yang peliknya bila aku tersedar dan dalam hayal2 aku tertido kembali dan mimpi itu seolah-olah bersambung dan aku bermimpi ayat yg sama kemudian aku tersedar lagi kali kedua. Selepas itu aku tertidor lagi dan kali ketiga aku bermimpi aku disuruh membaca alquran dan aku membaca ayat-ayat itu dengan barisan ayat sebanyak 3 baris dan aku masih ingat lagi bentuk ayat2 itu tetapi aku tidak dapat menghafal ayat apa yg disuruh aku membacanya kerana ayat itu berada dalam 3 baris. contoh yg ku lihat adalah seperti berikut..

tapi ayatnya bukanlah surah Al-Qodr....tulisan gambarannya adalah lebih kurang sama..

Semuga Allah mengampunkan segala dosaku...mungkin aku disuruh untuk lebih mengingatinya dan membaca ayat-ayatnya agar aku tidak jauh darinya...insyallah ...

Ya Allah,

berilah aku kekuatan untuk lebih mendekati diriku denganmu...tiada daya hidupku hanya dengan kehendak dan kekuasaanmu...aku hanyalah hambamu yg lemah dan tiada dayaku untuk meneruskan hidup ini sekirannya tidak dengan kehendakmu...aku serahkan jiwa dan ragaku hanya untukmu...

Ya Allah.............

amin ya rabalallamin...

Bermipi ayat2 Allah

Aku bermimpi lagi pada tanggal 29 September 2012

kali ini aku bermimpi diingatkan aku 2 ayat ini dapat membantu aku di akhirat...insyallah!

yang pertama

yang kedua


Tiada gambaran cuma ada gambaran ayat2 ini sahaja itupun aku dapat menghafalnya dari huruf yang pertama...untuk apa ayat ini dan kenapa aku diberitahu ..aku tidak tahu...yang aku tahu...aku memang sedang cuba untuk menhafal ayat2 manzil ini...dan setiap ayat2 Allah itu adalah berfaedah untuk kita yang bergelar manusia....hanya Allah yang mengetahui setiap rahsia yg tersembunyi....

Friday, September 28, 2012

Kekasih Allah

ada orang disekeliling kita,
mereka tidak dikenali,
percakapan mereka didunia seperti biasa,
pandangan mereka ada kalanya tidak didengari,
mereka ada atau tiada disisi manusia sama sahaja,
ada yang mengatakan mereka gagal dalam hidup,
atau dengan kata lain miskin hina,

tetapi

Allah memandangnya dengan pandangan yang berbeza,
Allah lebih mengenali siapa yang layak menjadi kekasihnya,
orang yang pada pandangan manusia itu hina,
dialah kekasih Allah rupanya..

berhati-hatilah dengan orang seliling kita
jagalah diri kita agar tidak menghina sesiapa
kerana kita tidak tahu dengan siapa yang kita hina
pembalasan Allah itu nyata
lebih-lebih lagi kepada mereka yang menjadi kekasihnya..

semuga Allah melindungi kita
dan menjadikan kita salah seorang dari kekasihnya...

amin ya raballamin.....


Thursday, September 27, 2012

Amalan doa dimasa kesedihan


"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


Tuesday, September 25, 2012

Ayat-Ayat Manzil

‎" Dan kami turunkan dari al-Qur'an suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yg beriman dan Al-Qur'an itu tidaklah menambah kpd orang-orang yg zalim selain kerugian". ~ Al-Isra' juz 15 ayat 82~

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,
  • 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .
  • Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,
  • ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,
  • 3 ayat terakhir al-Baqarah,
  • ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,
  • ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),
  • sepuluh ayat pertama surah Wassaat,
  • tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,
  • Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.
AYAT-AYAT MANZIL
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, September 24, 2012

Doa sahabat

Ya Allah
Dekatkan aku dengan orang yang baik-baik
agar aku boleh mengikuti jejak mereka
Ampuni segala dosa-dosaku serta hilangkanlah
segala dendamku kepada teman-temanku

Ya Allah
Ampunkan mereka yang terumpat denganku,
jauhkan aku dari sikap ego meninggi diri
jadikan aku insan yang bersyukur pada nikmatmu
kerana aku yakin segala apa yang kau berikan
adalah yg terbaik buatku dan terbaik untuk kehidupan ku..

kerana tiadalah kuasa bagiku selain dari memohon
perlinduangan darimu..

Amin ya rabbal alamin!

salam sayang dan wasallam
Zuraini Zahari

WANITA yang DIMURKAI OLEH ALLLAH S.W.T

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita.

Oleh kerana itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan para nabi pun sangat takut.Bahkan Nabi Ibrahim a.s pun lupa bahwa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail a.s kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Seorang wanita yang berkata kepada suaminya: “semoga engkau mendapat kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 & dikutuk pula oleh segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin.”

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Seorang yang membuat susah lepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah S.W.T tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunat.”

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya dan kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh:”Engkau ini siapa?Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal kebaikannya.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah S.W.T .Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.

Itulah sedikit peringatan yang perlu sama-sama kita ambil kisah dan sama-sama nasihat menasihati.dengan rakan-rakan. Semoga perkongsian kita ini mendapat pahala di sisi Allah swt.

Thursday, September 20, 2012

Doa untuk hari ini

Ya Allah, kuatkan aku ketika aku berada dalam kesedihan dan kesusahan,
berikan aku pertunjuk dalam membezakan kebaikkan dan keburukkan,
dan ketika aku memerlukan jalan menuju kebahagiaan.
Ya Allah, jadikanlah aku manusia yang semakin tabah dalam mengharungi kehidupan yang mendatang dan ilmu yang berkat dalam menghadapi ujian kehidupan.

Amin..

Wednesday, September 19, 2012

Khasiat Bismillah 5

FADHILAT BISMILLAH 5


Antara KHASIAT Bismillah 5 ni:
•penawar bisa diri
•penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
•penawar bisa-bisa badan
•penawar bisa batu merian
•boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara MENGAMALKAN Bismillah 5 :

1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

JIKA.....

Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun dengan izin ALLAH..   blog:http://akutetapaku85.blogspot.com/2010/11/dgn-nama-allah-yang-maha-pemurah-lagi.html

Thursday, September 13, 2012

Pelik tapi Benar

pelik tapi benar...
kita semua menuju kearah kematian yang pasti...
tetapi kehidupan yang belum tentu ini jualah yang kita utamakan...
dijadikan sepasang mata untuk melihat ...
tetapi mata hati yang buta yang kita utamakan...
roh yang kekal tidak kita pedulikan..
tetapi jasad yang akan reput yang sibuk kita cantikkan...
itulah manusia yang sebaik kejadian diciptakan...
tetapi berubah kearah keburukkan yang menghinakan..
disebabkan pilihan yang tidak kita perasan..

Nukilan rasa
Zuraini Zahari

Reason to hold you

"The One who love you will never leave you because even if there are hundred reason to give up, they will find one reason to hold on" quote by unknown

Ya Allah...

i will always find a reason to hold you and hope that you will never leave me...



Wednesday, September 12, 2012

Hatiku kau kunci hanya untukmu illahi

YA ALLAH...

diwajah nampak tenang
diwajah nampak berseri
diwajah nampak ketabahan
diwajah nampak keriangan

tenang hanya hati yang merasa
berseri hanya pada wajah yang dimamah usia
ketabahan hanya pada jiwa yang ketara
keriangan pada hati yang berbunga

terduduk aku hari ini mengenang kesilapan silam
aku tahu itu adalah dugaan semata mata
terduduk aku mengenangkan dosa aku yang silam
aku tahu itu untuk kesilapan aku yang nyata
terduduk aku mengenangkan kedaifan aku pada ilmu yang mendalam
aku tahu itu untuk menguatkan aku menghadapi hari muka

aku pasrah seperti dian
aku kabur dalam terang
aku lemah dalam kekuatan
aku lemas dalam ketenangan

tergetar terkadang-kadang
merusuk jiwa yang kadang-kadang tegang
menikam kalbu apabila dia datang
tak tahu pada siapa yang harus ku terang
melainkan kamu yang tahu pada siapa yang ku bentang

aku tidak mampu berdiri sendiri
mengharapkan dikau melahirkan jati diri
mengembalikan keimanan yang adakala tenggelam dan ada kala sepi
menerbitkan semangat jiwa nurani
timbul semangat tun fatimah ini
agar segala keimanan akan senantiasa tersemat di hati
tidak lain hanyalah untuk mu illahi

akan aku pegang amanah ini
amanah yang dilahirkan bersama Adam kedunia ini
semangat para nabi akan menebal di hati
tidak akan kugusar walau seinci
cuma ketakutan aku bersendiri
menghadapi ujian ini

tapi

ku yakin aku tidak bersendiri
akan ku pegang segala janji
yang telah ku jadikan tiang didalam hati
dan akan kutegakkan dikala masa menanti
dihadapan mu ya illahi

ku pegang segala janji
kerana engkau tidak memungkiri
aku tidak akan berpatah lagi
ku buat ini semua hanyalah untuk dirimu illahi
hanya kau yang mengetahui
kenapa aku jadi begini...

YA ALLAH

berilah kekuatan pada hambamu ini
kekuatan yang luarbiasa yang selalu kau beri
pada hamba-hambamu yang kau sayangi
dan kepada mereka yang kau kasihi

tidak akan sia-sia airmata ini
kerana ianya tumpah untukmu bukan hanya sekali
jadilah dikau saksi kepada peristiwa ini
hatiku kau kunci hanya untuk mu illahi

Nukilan rasa
Zuraini Zahari




Monday, September 10, 2012

Perihal Mimpi

Adapun mengenai mimpi, ia adalah adalah salah satu cara Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Tetapi disyaratkan mimpi itu adalah mimpi yang baik (الرؤيا الصالحة) iaitu mimpi yang menepati Syari'at Allah dan berupa dorongan kepada mentaati Allah, bukan kepada munkar dan maksiat. Sabda Nabi s.a.w.; "Mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 45 juzuk kenabian" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Baginda juga bersabda; 'Tidak akan tinggal lagi selepas kenabianku melainkan al-mubasysyirah (pemberi khabar gembira)". Baginda ditanya; 'Apa yang kamu maksudkan dengan al-mubasysyirah itu, ya Rasulullah?'. Jawab baginda; 'Mimpi yang baik yang dilihat oleh orang beriman atau diperlihatkan kepadanya'" (HR Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).

Mimpi bukan semuanya dari Allah. Para ulamak membahagikan mimpi kepada tiga jenis;
(1) Mimpi dari Allah,
(2) Mimpi diri jiwa sendiri dan,
(3) Mimpi dari Syaitan (syaitan sebagaimana ia dapat melontarkan bisikannya ke dalam hati manusia ketika sedang jaga, begitu ia dapat melakukannya ketika tidur).

Pembahagian ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.; “Mimpi ada tiga jenis; khabar gembira dari Allah, percakapan dalam diri sendiri dan ancaman ketakutan dari Syaitan. Jika seseorang dari kamu melihat mimpi yang menggembirakannya, ceritakanlah mimpi itu jika ia mahu. Jika ia melihat sesuatu yang dibencinya, janganlah ia menceritakannya kepada sesiapa, akan tetapi hendaklah ia bangun menunaikan solat” (HR Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)

Oleh kerana ada kemungkinan mimpi datang dari diri sendiri atau dari Syaitan, maka ia perlulah diujuk kepada Syari’at (yakni al-Quran dan as-Sunnah) terutamanya apabila timbul keraguan. Jika kita bermimpi dan di dalam mimpi itu kita diberi petua atau ilmu tertentu, hendaklah kita merujuk petua atau ilmu itu kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika selari, maka dapatlah mimpi itu dipakai, tetapi jika bersalahan, maka tidak haruslah mimpi itu dipakai kerana ia dari lontaran syaitan atau nafsu jahat sendiri. Jika kita mendengar orang lain bermimpi, terserahlah kepada kita untuk mempercayainya atau tidak. Tetapi jika kandungan mimpinya itu ternyata bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah, wajiblah kita menolaknya tanpa mengira siapa yang menceritakan mimpi itu. Hanya para Nabi sahaja yang maksum (terpelihara dari salah dosa) sama ada ketika jaga atau di dalam tidur. Kerana itu, mimpi para Nabi adalah wahyu atau ilham dari Allah. Adapun mimpi manusia lain, ia belum pasti kerana ada kemungkinan datang dari Syaitan atau nafsu sendiri. Kerana itu, ia perlu dirujuk kepada sumber ilmu yang muktamad iaitu al-Quran dan as-Sunnah.


Mengenai soalan; “adakah orang biasa atau orang awam seperti kita layak mendapat petunjuk dari Allah melalui mimpi?”, jawapannya adalah ya. Allah berkuasa memberi mimpinya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya termasuklah orang kafir atau orang fasiq. Jika kita merujuk kepada surah Yusuf, ada tiga mimpi yang diceritakan Allah dalam surah tersebut;
1. Mimpi Nabi Yusuf a.s. (ayat 5)
2. Mimpi dua orang pemuda yang bersama Nabi Yusuf dalam penjara (ayat 36)
3. Mimpi raja yang kafir (ayat 43)

Tatkala menghuraikan ayat tentang mimpi raja itu (yakni ayat 43 dari surah Yusuf), Imam Ibnu al-‘Arabi berkata; “Ayat ini menunjukkan sah (harus) mimpi orang kafir terutamanya jika berkait dengan urusan orang mukmin” (Ahkam al-Quran, Imam Ibnu al-‘Arabi). Jika harus -mengikut pandangan ulamak- Allah memberi mimpinya kepada orang kafir, maka lebih-lebih lagilah harus kepada orang mukmin sama ada yang taat atau yang fasiq. Cuma mimpi orang kafir dan orang fasiq tidaklah sentiasa dari Allah, tetapi banyak yang datang dari bisikan nafsu atau dari syaitan. Kerana itu, Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah menegaskan; “Sesiapa ingin agar mimpinya sentiasa benar, hendaklah ia sentiasa jujur/benar, memakan yang halal, menjaga perintah dan tegahan Allah, tidur dalam keadaan suci (yakni tidak berhadas) dan berzikir kepada Allah hinggalah terlelap matanya, nescaya mimpinya hampir tidak akan berdusta bila-bila pun” (Madarij as-Salikin, 1/52).

Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Mauqif al-Islam Min al-Ilham Wa al-Kasyfi Wa ar-Ru-a…, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 115-136.
2. Ahkam al-Quran, Imam Ibnu al-‘Arabi, juz 3 (surah Yusuf).

Makhluk yang tidak diundang

Tengahhari hari sabtu 8 september, aku tidur kerana badan rasa terlalu penat. Aku bermimpi arwah mak saudara ku datang yang telah lebih 4tahun meningal dunia. Semasa bertemu dia didalam mimpi itu aku dapat merasakan yang dia bukanlah roh arwah yang sebenarnya kerana naluri kerohanian ku berkata begitu. Bagi memastikan apa yang aku rasakan itu benar, aku telah menguji dengan berkata " mak cik kalau balik nanti sampaikan salam saya kepada Rasullullah saw" ...terus sahaja dia buat tak tahu dan tidak memperdulikan langsung apa yang aku katakan kepadanya...emmm jelas dia bukanlah roh arwah mak saudaraku tetapi jelas seperti apa yang aku rasakan....dia adalah makhluk yg tidak diundang...

"syaitan didalam mimpi tidak buleh menyebut selawat ke atas nabi muhammad saw"

Friday, September 7, 2012

Mimpi Noi lagi

Tanggal 18 August 2012 hari tu bersamaan dengan hari terakhir ramadhan bagi tahun ini malamnya aku terlah bermimpi bertemu dengan sahabatku arwah Noi. Dia memakai baju kurung dan mengatakan padaku yang dia akan pergi. Dia menghulurkan bag pada ku dan menyuruh aku memilih dan mengambil salah satu dari barang yang berada di dalam bag itu ...aku pun membuka bag itu dan melihat ada beberapa utas tasbih yang pelbagai warna dan dia menyuruh aku  pilih mana satu yg aku suka. Aku pun memilih dan warna yang aku pilih adalah warna kuning air...setelah itu dia lenyap dari mimpi ku.

Noi...walaupun itu sekadar mimpi tetapi mimpi itu dapat menghilangkan rasa rinduku padamu...kan kita telah  berjanji untuk menjadi kakak dan adik sehingga akhir hayat kita dan kalau diizinkan sehingga ke akhirat nanti...moga apa yg kita janjikan akan termakbul..dan kita akan berjumpa disana..semuga Allah swt membenarkan itu berlaku...insyaallah...

agar ikatan persahabatan kita tidak terputus hanya disebabkan kematian...setiap hari akan kudoakan seiring dengan alfatihah dan ianya tidak pernah lekang dari bibir ini...semuga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...aamiin.

semuga kita bertemu lagi ...insyaallah

Pertemuan menuju ke arah Pengakhiran

pertemuan...
yang akan berakhir dengan perpisahan
dimana ada pertemuan disitu menuju kita kepada perpisahan
dimana bermula kehidupan disitu mengejar kita kearah pengakhiran

pertemuan...
tidak aku ingat dimana pertemuan
tapi setiap kehidupan bermula dengan pertemuan
tidak aku lihat dimana pengakhiran
tapi setiap perjalanan akan menuju kepada pengakhiran

aku hanya barharap pada pertemuan yang satu
pertemuan pada Allah yang maha tahu
disitulah mungkin pengakhiran ku
atau satu titik permulaan di dunia yang baru....

Nukilan rasa zuraini zahari

will meet u one day....insyallah!

debu kehidupan

"kenapa aku perlu takut untuk menghadapi kehidupan, aku ada Allah dalam diriku, yang lain hanyalah sekadar debu yang menghalang pandangan pada kehidupan ini"

nukilan rasa zuraini zahari




Thursday, September 6, 2012

Mencari Ilmu Allah

Sabda Rasulluallah saw yang maksudnya, "Barang siapa ingin mudah menghafaz akan ilmunya, maka wajar baginya melazimkan lima perkara"...
1. Mendirikan sembahyang malam (qiamullail) meskipun hanya dua rakaat..
2. Senantiasa berada dalam keadaan berwuduk.
3. Senantiasa bertakwa kepada Allah sama ada di khalayak ramai ataupun ketika seorang diri... ..
4. Mengambil makanan sekadar yang perlu bagi menguatkan diri beribadat kepada Allah.
5. Senantiasa bersugi.




Monday, August 6, 2012

Surah Yassin: Doa penyembuh patah

Salam semua....

Hari Khamis hari tu ibuku terjatuh ketika mengambil air wuduk...dan tangannya retak dan terpaksa disemen..aku jaga ibuku dirumah dan disamping itu aku ingin share ngan teman-teman semua doa yang kita mampu amalkan untuk mendapat pertolongan Allah ketika kita mendapat musibah patah tangan..Ayatnya adalah surah yassin ayat ke 78 dan 79.


Caranya.. sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi.

Air tu diminum dan disapu ke tempat yang sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah untuk sembuhkan pesakit.

Ya Allah berkat ayatmu itu dapatlah kiranya ibuku berada dalam keadaan sihat semula insyallah!

Tuesday, July 31, 2012

Tawakkal and pray to Allah

Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok hari..

Tiada siapa yang tahu...melainkan ALLAH..
kerana itu ada keajaiban dalam Islam iaitu TAWAKKAL
Tawakkal membuat kita jadi hebat
Hati yang penuh dengan penyerahan kepada ALLAH pasti indah


"Ya ALLAH dengan Rahmatmu aku minta pertolongan perbaikilah segala urusanku,
Janganlah engkau serahkan diriku ini kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata"
Aamiin...



Wednesday, July 25, 2012

HIASI PERCAKAPANMU


Satu yang baik untuk aku kongsi bersama...bagaimana cara kita bercakap mempengaruhi penuh sifat2 dalaman diri kita dan menyerlahkan keperibadian sebenar kita. Semuga sahabat semua dapat menjaga tutur kata dan cara kita berkomunikasi agar kita senantiasa menghiasi diri kita dan keperibadian kita sehingga Allah redha dan melihat kita dengan pandangan hamba yang disayanginya. Insyallah!

Ada baiknya sekiranya kita memahami kelebihan orang lain dalam berbicara. Ada empat jenis perkataan iaitu:

1- Perkataan yang bijak

Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata-kata orang yang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah dari percakapan itu.

2- Perkataan orang biasa

Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama 2 jam digunakan bagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu sahaja. Orang itu berada dalam kerugian.

3- Perkataan orang yang martabatnya rendah

Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapannya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang, makanan ini kurang panas.” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula,” katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, “Lebih sedap sekiranya ada kicap.” Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.

Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang bandar ada-ada saja kerjanya.” Melihat ustaz pula, “Ah, kerjanya hanya cakap kosong sahaja.” Semua menjadi perkara yang kurang senang dimatanya.” Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja. Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.

4- Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya.” Orang seperti ini mahu dirinya dihargai masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya.  Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

Semoga Allah Yang Maha Mendengar meletakkan kita di kalangan orang-orang yang berasa dirinya sentiasa hampir dengan Allah, dan Allah sentiasa mendengar semua daripadanya.  Terjadinya pembohongan adalah kerana orang yang membuat pembohongan itu tidak merasakan segala percakapannya didengari oleh Allah. Kita tidak perlu kepada kata-kata yang indah. Apa yang kita perlukan adalah kata-kata yang dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan manusia. Allah menjadikan setiap kata-kata kita terpahat di hati orang yang mendengarnya.

Wednesday, July 18, 2012

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

Salam kekawanku sekalian,

Maaf yea dah lama tak menghantar Jumaat Penghulu Hari ini…dan hari ini rindu I untuk menulis termakbul..

Kita ada beberapa hari lagi nak bulan Ramadhan kan..bulan yg mulia yang semua orang tahu cuma kekadang kita terlupa nak ambil tahu akan fadilat2 nyer…ambil peluang ini ok buat apa yang termampu untuk diri kita kerana Allah swt..Yang penting bukan manusia yang akan menilai tetapi Rabb kita yang lebih mengetahui…

Untuk itu dan pada saat2 yang dipanggil saat darurat ini*ada 3 perkara yang buleh kita lakukan sekadar untuk dikongsi bersama iaitu: *saat berhampiran dengan Ramadhan dipanggil saat darurat

Berdoa
  • agar dipanjangkan umur kita sehingga cecahnya bulan Ramadhan
  •  agar disihatkan tubuh badan kita dan dapat beribadat
  • agar dipermudahkan segala urusan kita di sepanjang bulan Ramadhan
dan akhirnya seperti biasa...sajak Ramadhan untuk semua

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

 Maaf yang mudah untuk dilafaz
 memerlukan pengertian yang dalam untuk dilihat
 bukan dilihat dengan nafaz
 tapi dilihat dengan mata makrifat

 Maaf sahabat
 Paling mudah untuk dibuat
 dan paling susah untuk didapat
 dengan kemaafan tertinggal keegoan
 dengan kemaafan terlepas kesombongan
 dengan kemaafan terputus ikatan manusia dan setan

 Bila kemaafan sudah diminta
 lepaskan ianya dengan rela
 kerana bukan untuk sesiapa
 semuanya untuk kita jua akhirnya

Sempena Ramadhan yang akan tiba
 anggaplah Ramadhan ini yang terakhir buat kita
 itupun kalau sempat kita menempuhnya
 agar segala ibadah yang terlaksana
 hanya buat Allah yang maha esa

 Untukmu semua sahabat tercinta
 tidak ku kurang walaupun seela
 ku ampunkan segala dosa yang ada
 harapanku agar kalian jua membuat yang sama

salam kemaafan dan wasallam
 Zuraini Zahari

Tuesday, July 17, 2012

Mimpi Alquran dan Keris dengan kalimah Allah

Tanggal Isnin 16 Julai 2012...aku bermimpi yang tidak aku ketahui apa maknanya..yang pasti mimpi ini memang lain dari yang lain ...tapi masih lagi merangkumi ayat-ayat Allah...tapi sebelum aku mula bercerita biarlah aku mulakan dengan....

dalam mimpi itu aku berada didalam bilik yang dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali dan berada di dalam umur lingkungan lewat 40an dan mempunyai anak 3 orang. Seorang lelaki (yg ku namakan A) dan 2 orang perempuan. Semasa anak A pulang kerumah aku telah melihat dari arah tingkap diatas yang berlangsirkan langsir putih dan kelihatan anaknya balik dengan menaiki kereta besar yang juga berwarna putih..ada 3 kereta bersusun sebelah menyebelah dan kesemuanya berwarna putih...
semasa anak lelaki dan perempuannya naik tangga ke tingkat mereka tidak memandang kepadaku tetapi sebaliknya apabila mereka hendak turun ke bawah melalui tangga...aku melihat seperti ada sesuatu yg mengekori anak lelaki A lantas aku meminta A untuk menutup pintu bilik tersebut...berhadapan dengan bilik aku ada satu bilik lagi yg pintunya senantiasa tertutup dan aku buleh melihatnya kerana bilik itu bertentangan terus dengan bilik yg aku duduk itu. Kata anak bongsu A yang juga berada di bilik bersama aku "mammy takut pada bilik yang kat depan tu". Bila A menutup pintu bilik dengan secara tiba-tiba kerusi lama yang hanya mempunyai 3 kaki (berukiran lama) dicampakkan masuk ke dalam bilik yang aku duduk itu (kerusi itu tidak buleh melekat ke lantai) aku seperti kilat terus mengangkat kerusi itu dan meletakkannya ke lantai sambil berkata "engkau tidak akan bergerak dari tempat ini sehingga ada orang yg membuka kuncinya dengan kalimah "lailahaillallah" .kemudian kerusi itu tidak bergerak lagi . Kemudian aku seperti tahu apa yg hendak aku buat telah membaca selawat nabi ...


dan meniupnya ketapak tanganku lalu aku campakkan hembusan itu pada sekeliling bilik tersebut..aku lakukan itu sebanyak 3 kali ..setelah aku lakukan demikian ..tiba-tiba ada satu getaran di dalam sebuah kabinet tergantung di atas tepi dinding bilik tersebut dan kabinet itu tertutup dan pintunya (seperti tingkap rumah) yang berukir dengan ukiran kayu lama...kabinet itu bergegar utk seketika dan pintunya tiba-tiba terbuka dan keluarlah alquran diatas reha dan keris yang bersarung dengan sarung kayu...terapung rapung terbang sendiri dan keris itu hujungnya tepat mengarah kepadaku sambil masih lagi terapung-rapung di udara...


alquran yang berada di sebelah keris itu terbuka dan aku melihat tulisan "Muhammad" (spt tulisan arab kuno) tulisan itu ditulis di atas kulit kayu dan spt ada ukiran disekelilingnya...


setelah aku melihat tulisan itu aku seperti disuruh membaca ayat didalam alquran tersebut tetapi pada saat yg genting itu aku masih lagi buleh berfikiran yang belum tiba masanya utk aku membaca ayat-ayat alquran tersebut dan aku membuat pilihan utk mengeluarkan diriku dari alam tersebut....dengan kalimah  "lailahaillallah"..aku tersedar...


YA ALLAH...BERIKANLAH AKU PERTUNJUK ..APAKAH MAKNA MIMPIKU INI....

Wednesday, June 13, 2012

syaitan menyerupai arwah noi dalam mimpi

Tanggal 10 June 2012, aku bermimpikan arwah Noi..dalam mimpi tu aku berkata..eh arwah noi kan dah tiada kenapa dia datang lagi ...tapi aku buat tak tahu pertanyaan itu..keadaan dia seperti masih sakit dan aku menyuruh dia menunggu aku sehingga aku datang untuk menjemput dia ...dalam perjalanan itu aku berjumpa dengan orang yang agak pelik tapi tidak kuhiraukan...bila sampai di tempat arwah noi menunggu...dia kelihatan semakin sakit dan aku memangkunya dan berkata pada dia agar dia tidur. Dia baring dan aku cuba untuk mendodoi dia dengan perlahan dengan bacaan "laillahaillah"..sambil menepuk-nepuk bahunya...bila sahaja aku sebut ayat Allah itu dengan serta merta dia muntah dan keluar bendalir putih bukan sahaja dari mulut tapi terkeluar dari badan serta berlubang-lubang putih dan bertompok tompok penuh dengan muntah yg dia keluarkan itu..aku cuba mengelak agar muntah itu tidak terkena padaku dan terus aku tahu..yg itu bukan arwah noi yang sebenar tetapi itu adalah syaitan yg dilaknat oleh Allah swt! nauzubillahminzalik!

Belivers indeed

I put my trust in Allah
for everything...
because i am believers indeed!!!!


By which Allah guides those who pursue His pleasure to the ways of peace and brings them out from darknesses into the light, by His permission, and guides them to a straight path
Surat Al-Ma'idah 5:16

Arah dan kembali


Bergerak menuju arah
arah yang telah ditentukan dan ditetapkan dengan pasti
kena cari panduan dengan sendiri
kena tahu matlamat arah yang diberi

bagaimana nak dipastikan arah itu adalah arah yg pasti
tanpa panduan dari yang memberi
carilah ilmu pemberi arah itu sendiri
sebelum mencari matlamat yang pasti

barulah kita yakin bila kita berdiri
bergerak sambil kita berlari
berjalan dan berhenti
bila terasa penat, muhasabah diri sambil tangan kanan memberi

ruangkan waktu untuk diri sendiri
agar kita sendiri mengerti
dalam hati ada rahsia nyer tersendiri
yakinlah itu adalah panduan untuk diri

arah telah diberi
panduan telah terbukti
jalanilah dengan yakin sekali
kerana Allah adalah kekuatan diri
dari dia kita datang dan kepada dia jualah kita kembali

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari