Tuesday, August 11, 2009

Aku perlu berubah

Kenapa hari ini aku rasa ingin berubah
Berubah dari pokok yang tidak berbuah kepada berbuah
Berubah dari taman yang tidak indah kepada taman yang indah
Berubah dari pokok bunga yang layu kepada berbunga mekar


Tapi aku tidak suka kepada kemegahan
Aku suka kepada kesederhanaan
Aku suka kepada bumi
Bumi yang tidak dijangkiti oleh penyakit kemudaratan

Aku benci kepada kemusnahan
Aku benci kepada kemaksiatan
Aku benci kepada kealpaan
Aku benci kepada bencana yang dibawa oleh manusia

Bila aku ingin ketenangan
Aku pergi kepada bumi
Aku pergi kepada Alam
Aku pergi kepada kehidupan

Aku perlu berubah
Aku perlu berubah kepada sifat semulajadi Alam
Aku perlu berubah....

Thursday, August 6, 2009

H1N1 dan Nisfu Syaaban

Issue H1N1 sekarang nie semakin serius....baru hari isnin yg lalu Sekolah Menengah Telok Mas dah ada seorang student yg telah dijangkiti H1N1 positive...kakak yg bersekelolah disitu telah dikuarantin selama seminggu ..itupun setelah hampir separuh dari murid2 sekolah itu yg telah mempunyai symptoms H1N1 especially demam panas....

Hari tu jugak aku membawa anak aku balik ke senawang...risau jugak tu tapi lagi risau bila mengenangkan aku ada anak kecil yg masih berumur 1tahun...tapi aku berserah pada Allah, dia lebih mengetahuinya....

Tapi yg peliknya, kalau kakak dikuarantin di Senawang dan aku berkerja di Kuala Lumpur...macam mana yg dikatakan kuarantin tu...aku dok tanya Rina dan Dayang..kata mereka kalau kakak kena quarantine maknanya dia kena dok dalam bilik tak keluar2 selama seminggu...emmmmm kurang lah masuk akalnya...tapi memanglah begitu yg sepatutnya....

Pada pandangan aku patutlah kes H1N1 nie telah merebak dgn begitu cepat sekali kalau beginilah keadaannya...emmmmm kesiannn....

Nisfu Syaaban

Semalam adalah malam nisfu syaaban...aku dan keluarga aku sempat mengaji dan membaca yasin sebanyak 3 kali dan doa dalam setiap yasin yg dibaca....kakak tak dapat baca sama sebab dia tak buleh....kalau kakak baca sama lagi best....tapi nak buat camno...

Sebelum ngaji tu aku sempat jugaklah masakan untuk anak2 aku makan malam lauk ikan patin masak lemak cili dan ikan masak sweet sour emmm sedap tu .....bertambah makan anak2 aku semuanya...alhamdulillah

Lepas dah makan, kakak kemaskan semuanya dan aku dok jaga dak Aireen...semalam dia lain macam...asyik nak mengegek aje...bagi aku ini mesti ada yg tak kena...bila aku bawak masuk tidor pun dia macam tu...aku apa lagi..semua badan dia aku check tup tup tup rupa2nya dia berak da....tupasalah dia tak selesa dan tambahan pulak bontot tembam dia tu ada kena merah2 sikit jadik bertambahlah sakitnya...kesian...bila dah cuci semuanya aku bagi pada kakak dan aku pun terus tidoooo....zzzzzzzzz