Tuesday, September 30, 2014

Akad Musyarakah

Tanggal 27 Sept 2014

Penyatuan diantara manusia adalah amat penting. Disebabkan itulah sembayang jemaah adalah amat digalakkan dikalangan kita umat Islam agar penyatuan diantara kita menjadi lebih kuat dan yang paling penting kita menjadi SATU.

Projek PD
Aku mengadakan musyarakah bersama jiran tertanggaku dan alhamdulillah Musyarakah ini berjalan dengan baik. Musyuarat diadakan dan banyak persoalan yang terjawab. Mana yang bersimpul didalam benak kepalaku dapat dikeluarkan dan sama2 bermesyuarat untuk meleraikan setiap dari isu-isu yang tersimpul itu. Berkat musyarakah yang baik, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aku bangga mempunyai jiran2 yang baik dan amat perihatin diantara satu sama lain. Alhamdulillah

Akad MUSYARAKAH
...adalah akad kerjasama atau pencampuran antara dua pihak atau lebih atau perkongsian untuk melakukan suatu usaha tertentu yang halal dan produktif dengan kesepakatan bahwa keuntungan akan dibahagikan sesuai nisbah yang disepakati dan resiko akan ditanggung sesuai dengan kerjasama dari pihak masing-masing..



Tuesday, September 23, 2014

Apabila merasakan diri melebihi dari insan lain..

Salam semua.... Apabila kita mula mendekati diri kita dengannya...berhati-hatilah...kerana tanpa kita sedari..ujian dan dugaan sedang menghampiri kita....disaat kita merasakan ilmu semakin meninggi kita seakan tidak menyedari perbuatan tinggi diri mula menghampiri...ada kalanya kita merasakan perbuatan kita adalah untuk menaikkann martabat diri sendiri sehingga tanpa kita sedari perbuatan sendiri telah menyakiti hati insan yang sepatutnya perlu kita khuatiri....disitu timbul persoalan diri...Apakah berbaloi??

Penututan ilmu ... yang sepatutnya pengajian asas yang harus kita amati..

 Sedarlah wahai Manusia...kita terlalu kedil dibumi ini...


Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Thursday, September 18, 2014

Mimpi Makhluk di luar jendela

Tanggal 18 Sept 2014

Malam tadi setelah selesai membaca ayat2 sebelum tidur ..aku berdoa dan terus terlena...terus sahaja aku masuk ke alam roh dan aku melihat persekitaran bilik ku seperti ketika aku sedang tidur...dan melihat suamiku sedang duduk berzikir sama seperti mana yang aku lihat ketika aku sebelum tidur..

Didalam keadaan gelap dan hanya lampu diluar rumah yang memasuki bilik ...aku terdengar suara
seperti ramai yang membaca doa secara berkumpulan dari luar rumah. Ketika itu aku melihat suamiku terus ke jendela untuk melihatnya...aku mengikut jejak yang sama. Aku menyingkap langsir yang disebelah kanan dengan berhati-hati ...apa yang aku lihat diluar rumahku adalah sekumpulan makhluk yang berpakaian serba putih berada dalam lingkungan 10-20 berbaris-baris dan mangalunkan zikir seperti doa. Dalam waktu yang sama, suamiku ingin melihat makhluk itu di bahagian langsir tempatku...tetapi dia membuka langsir itu agak luas sehingga salah seorang dari makhluk yang sedang bermain-main didalam taman halaman rumahku terperasan akan kehadiran kami. Ketika itu, aku menegur suamiku kerana perbuatan dia menyebabkan makhluk2 itu terlihat kami yg terhendap2 hendak melihat mereka bermain di taman halaman rumahku.

Setelah mereka perasan kehadiran kami, aku terus membuka tingkap dengan luas dan berkata.....

 " Assalammualaikum ....saya benarkan kamu bermain di halaman rumah saya...hari sudah malam ...pulanglah kamu semua ..Assalammualaikum"

Habis sahaja aku berkata demikian aku melihat mereka semua keluar dari rumahku dan aku terus ke tempat tidurku dan masuk kembali ke dalam jasadku...

Setelah tersedar..suamiku menegur aku dan bertanya apa yg aku mimpi kerana katanya dia mendengar aku berkata ..."Assalammualaikum ..." dengan jelas sekali . Aku berkata yang aku tidak bermimpi dan aku menceritakan apa yang aku nampak ketika aku berada di dalam alam roh tadi..

Persoalannya disini...siapakah makhluk2 itu? Pakaianya putih dan mereka seperti berada dalam alam kabus...mereka semuanya tidak jelas dan berkabus...aku pernah melihat makhluk ini ketika aku bermimpi dahulu bersama dengan arwah Noi dan makhluk2 ini membawa Noi kesatu tempat di sebelah kanan. Diwaktu itu juga..aku dan Noi berada di dalam taman dan mereka membawa Noi pergi  dan bermain dengan aku sehingga aku tersedar...didalam alam nyata...Noi pergi buat selama-lamanya dan aku tetap dengan persoalan aku..Siapakah makhluk ini???? bagi aku..."hanya Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui"

Surah Al Isra Ayat 85


Monday, September 15, 2014

Sahabat

Tanggal 12 Sept 2014

Hari yang mengembirakan aku. Bertemu dengan sahabat yang telah bersama selama 30 tahun...

"Sahabat jarang kelihatan tetapi senantiasa ingat di Hati"


Mimpi No 2192 dan No 2198

Tanggal Khamis 4 Sept 2014,

Aku bermimpi ada 2 no rumah yang diberikan kepada aku dan kawanku Rena Norman. Di dalam mimpi itu aku diberitahu yang no rumahku adalah 2198 dan no rumah untuk kawanku adalah 2192.

Apakah makna mimpiku itu. Seperti biasa aku telah biasa dengan mimpi dengan no-no yang diberikan padaku kerana itu maknanya ...ada sesuatu yang hendak diberitahu kepadaku atas apa yang aku perlukan penjelasan atau apa2 yang akan berlaku untuk aku beri perhatian lebih dalam perkara itu.

Untuk mimpi kali ini. Aku melihat dari sudut no yang pertama..no 2..surah albaqarah no 198 ayat yang ke 198..ianya adalah seperti dibawah:

Memang mempunyai maksud seperti apa yang aku tanyakan dalam diriku berkenaan dengan menyebut nama Allah atas setiap perbuatan aku ...dan sememangnya aku dahulu adalah dari kalangan orang2 yang jahil...

dan untuk no 2192 aku bukakan surah albaqarah ayat 192 dan aku serahkan kepada Rena Norman untuk menyelesaikan sendiri ...hanya Rena yang tahu maknanya. Dan Rena mengakuinya yang mimpi itu memberi jawapan pada persoalan didalam dirinya.