Wednesday, January 27, 2016

Doa memohon agar Allah memperbaiki diri kita setiap masa




Ya Hayyu, ya Qayyum
birahmatika astaghith
aslihli syakni kullahu
wala takilni ila nafsi
torfatu `aini


Monday, January 25, 2016

Nasihat seorang ibu

Hidup macam sampah.

Seorang Ibu menegur anak kerana tak tahu Doa qunut.
Anak mengatakan hidupnya macam sampah.

Wahai Anak
Tahukah kamu apa erti itu sampah
Apakah yang kamu nampak hanya sampah yg bertaburan didunia ini yg menjadi kegelian masyarakat itu yg kamu panggil sampah?
Itu hanyalah sampah didunia yg kamu lihat jijik lalu kamu membuangnya..

Sampah dilihat dari segi pandangan dikau wahai anak..
Pada pandangan dunia Akhirat..
Kamu buleh jadi macam sampah kalau kamu tak tahu sembayang
Kamu buleh jadi macam sampah kalau kamu tak perbetulkan sembayang kamu
Kamu buleh jadi macam sampah kalau Hidup kamu bersama2 dengan keseronokkan sementara yg akan menghancurkan kamu di kemudian nanti.
Baik di Dunia atau Akhirat.

Perbetulkanlah makna sampah kamu.
Semuga kamu dapat melihat erti dan makna sampah yang sebenarnya
Seorang Ibu akan senantiasa mendoakan agar anaknya tidak menjadi sampah
Baik di Dunia mahu pun Akhirat.

Semuga kamu berjaya
Wahai Anak.

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari


Thursday, January 21, 2016

Sahabatku - Al-Quran

Wahai sahabatku,
Yakin dan percayalah

Sekiranya ada sesuatu yang menjadi kemusykilanmu
Rujuklah Al-Quran

Sekiranya ada sesuatu yang kau perlu tahu
Rujuklah Al-Quran

Sekiranya kesempitan menghimpit kamu
Rujuklah Al-Quran

Sehingga pertanyaan mana yang benar dan mana yang salah sekalipun
Rujuklah Al-Quran

Al-Quran bukan terletak hanya untuk dibaca
Kajilah

Al-Quran bukan terletak hanya untuk perhiasan
Bukalah

Al-Quran bukan terletak hanya untuk warisan
Tataplah

Jadikanlah Al-Quran sebagai sahabat sejatiMu.
Percaya Dan Yakinlah dan simpan dalam dadamu
Tak kan Lama HidupMu
Perjalanan Hidupmu belum tentu
Tetapkan Arah dan Tuju akhirmu
Kamu akan tahu apa maksudku

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari


Doa Tawassul / Hajat (Doa Paling Ajaib)














Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku memohon dan Aku menghadap kepadaMu dengan keberkatan Nabi kami Muhammad saw Nabi yang membawa Rahmat, Ya Muhammad, sesungguhnya dengan keberkatanmu, Aku menyerahkan hajatku kepada Allah ........
(sambung dengan doa hajat kita)

Doaku hari ini - Surah Talaq Ayat 7

Bermula dengan BISMILLAH! semuga Allah mempermudahkan bagiku segalanya...


Surah Talaq Ayat 7

20012016
Zuraini Zahari

Thursday, January 14, 2016

Tuhanku Adalah Satu

Setiap hari kita berhadapan dengan ilmu
samada kita menilai itu sebagai ilmu
atau kita membiarkannya berlalu tanpa merasakan otak belum tepu
dan tanpa kita sendiri sendari betapa rugi
masa dan ilmu yang berada didepan mata berdiri
terbuang begitu sahaja tanpa rasa terkilan dan mengerti

Setiap hari pengajaran kehidupan mengajar kita
samada kita sedar atau tidak
samada ianya terus atau terselindung
mata yang kita ada jangan ditutupkan
mata hati yang diberi jangan disia-siakan
gunakan ia dengan sebaik mungkin
selagi sang pencipta masih bersetuju untuk memberi
dan terus memberi
selagi kita masih mampu menerima dan terus menerima

Setiap detik yang diberikan
adalah emas dan berlian
adalah mutiara dan intan
gunakannya sebaik mungkin
selagi masih ada lagi emas dan berlian
selagi masih ada kegunaan untuk mutiara dan intan

Setelah waktu yang baik diberikan
dan kita tidak mengunakan sebaik mungkin
dan kita alpa dengan apa itu kebaikkan
dan kita lupa apa yang telah disesatkan
kita sibuk dengan kebutaan pemikiran
kita sibuk dengan kehambaan insan
kita sibuk dengan kepekakan pengetahuan

Setelah itu masa akan datang
masa untuk kita dibutakan
masa untuk kita dipekakkan
masa untuk kita disesatkan
agar kita tersasar dari tujuan asal
agar kita terkeluar dari erti kehidupan
agar kita tidak kenal apa erti itu Tuhan

Saksikan ketika itu
kita bukan lagi akan dimuliakan
kita akan ketinggalan
kita akan papa kehausan
kita akan menjadi hamba yang lebih hina dari hamba kemiskinan

Aku hidup kerana Tuhan
Aku mati kerana Tuhan
Aku hidup seterusnya kerana Tuhan

Tiada apa yang bermakna dalam kehidupan aku
Tiada apa yang bererti bagi aku
Sekiranya Tuhan tidak memperdulikan Aku

Aku bersembah pada yang SATU
Aku adalah Aku
Tuhanku adalah SATU

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari