Setiap hari kita berhadapan dengan ilmu
samada kita menilai itu sebagai ilmu
atau kita membiarkannya berlalu tanpa merasakan otak belum tepu
dan tanpa kita sendiri sendari betapa rugi
masa dan ilmu yang berada didepan mata berdiri
terbuang begitu sahaja tanpa rasa terkilan dan mengerti
Setiap hari pengajaran kehidupan mengajar kita
samada kita sedar atau tidak
samada ianya terus atau terselindung
mata yang kita ada jangan ditutupkan
mata hati yang diberi jangan disia-siakan
gunakan ia dengan sebaik mungkin
selagi sang pencipta masih bersetuju untuk memberi
dan terus memberi
selagi kita masih mampu menerima dan terus menerima
Setiap detik yang diberikan
adalah emas dan berlian
adalah mutiara dan intan
gunakannya sebaik mungkin
selagi masih ada lagi emas dan berlian
selagi masih ada kegunaan untuk mutiara dan intan
Setelah waktu yang baik diberikan
dan kita tidak mengunakan sebaik mungkin
dan kita alpa dengan apa itu kebaikkan
dan kita lupa apa yang telah disesatkan
kita sibuk dengan kebutaan pemikiran
kita sibuk dengan kehambaan insan
kita sibuk dengan kepekakan pengetahuan
Setelah itu masa akan datang
masa untuk kita dibutakan
masa untuk kita dipekakkan
masa untuk kita disesatkan
agar kita tersasar dari tujuan asal
agar kita terkeluar dari erti kehidupan
agar kita tidak kenal apa erti itu Tuhan
Saksikan ketika itu
kita bukan lagi akan dimuliakan
kita akan ketinggalan
kita akan papa kehausan
kita akan menjadi hamba yang lebih hina dari hamba kemiskinan
Aku hidup kerana Tuhan
Aku mati kerana Tuhan
Aku hidup seterusnya kerana Tuhan
Tiada apa yang bermakna dalam kehidupan aku
Tiada apa yang bererti bagi aku
Sekiranya Tuhan tidak memperdulikan Aku
Aku bersembah pada yang SATU
Aku adalah Aku
Tuhanku adalah SATU
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
No comments:
Post a Comment