Tuesday, October 30, 2012

meminta pada allah dengan sembayang hajat

Tanggal 28 october, aku mimpi kan temanku.. yang telah lama teringin untuk mengandung lagi setelah melahirkan anak yang pertama 9 tahun yang lalu ..dalam mimpi itu aku diberitahu agar dia meminta kepada Allah swt dan mengerjakan sembayang sunat semuga hajat nya tercapai...

Aku telah sampaikan kepadanya...emmm.. bagiku mimpi itu adalah mimpi yang baik sekadar untuk memberitahu agar dia berdoa dan mudah-mudahan dengan sembayang hajat nya itu nanti akan mendekatkan diri temanku dengan yang empunya alam dan semuga hajatnya akan diperkenankan oleh Allah swt ..aminn...insyallah.

halal dan haram sebelum maruah

Tanggal  27 October aku bermimpi diberitahu dan diperlihatkan perbuatan buruk seseorang yang rapat dengan ku dibelakangku ...ketika orang tua itu memberitahu aku dia duduk disebelahku tetapi tidak memandang ke arahku....setelah melihat kejadian itu aku lantas menjawab kepadanya

"halal dan haram harus didahulukan sebelum maruah..kerana sekiranya mereka mendahulukan yang halal dan yang haram ..maruah akan mengikut "...aku terjaga ...personally aku tidak faham dengan apa yang aku katakan dalam mimpi itu..kenapa pulak halal dan haram mesti didahulukan dari maruah..tetapi bila aku kaji semula dapat aku simpulkan..sekirannya kita menjaga setiap dari makanan dan perbuatan kita dari sumber yg haram dan mengambil hanya yang halal..ianya akan dapat mejaga maruah kita dan terhalang kita dari sesuatu yg akan memalukan dan memburukkan diri kita ..tetapi kalau kita hanya menjaga maruah kita tanpa memperdulikan hukum halal dan haram..ianya tidak akan kekal lama kerana maruah buleh dipengarhui oleh hawa nafsu yg jahat..emmmm

Monday, October 29, 2012

Mimpi 53 & 68

Salam semua,

malam tadi aku bermimpi lagi ..kali ini ada 2 no yang begitu jelas dan bila terjaga di tengah dinihari, bersungguh aku cuba untuk mengingati no itu agar aku tidak lupa dan aku kembali lena....dan bila aku tersedar di pagi hari ingatan pada no itu masih ada....ku kupas alquran dan kucari makna dalam ayat-ayat alquran...ku selak surah 68 tetapi tiada ayat 53..ku selak surah 53 tetapi tiada ayat 68 dan akhirnya aku jumpa ayat 68 dan ayat 53 didalam surah al-baqarah...dan maknanya memberi penjelasan kepada apa yang aku bualkan sebelum aku lena....


Syukur padamu Ya Allah kerana menjawab semua persoalan ku sebelum ini....:)

Aku harus belajar membezakan diantara yang benar dengan yang salah. Melalui isu korban yang terlalu banyak persoalan yang timbul pada hari raya korban di kampung ku pada tahun ini telah memyebabkan aku berfikir dan semuanya telah terjawab didalam alquran...aku perlu tabah dan sabar dalam menjalankan tanggungjawabku dalam segala hal yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku..semuga perjalanan aku  mendapat restu mu Ya Allah....Amin.


Wednesday, October 10, 2012

Kesyukuran dan Kesabaran

Ya Allah

Aku menjalani kehidupan ini kerana aku dilahirkan bersama kehidupan
dan aku berada dalam perjalanan yang penghujungnya adalah kematian
banyak pengalaman yang telah aku kumpulkan
dan banyak juga kesilapan yang telah aku taburkan.

Aku berlajar dari pengalaman dan bertaubat dari kesilapan....
bila ku kenangkan kembali terlalu banyak dosa kesilapan dari banyaknya kesyukuran
tapi keyakinan aku menebal bersama kasih dan sayangmu
kerana itu aku berpegang kepada dua bahagian didalam agamamu
yang telah disabdakan oleh Rasullullah saw kekasihmu
itulah dia kesyukuran dan kesabaran

Aku bersyukur kerana aku dihidupkan
bersama pilihan sendiri dan berpaksikan apa yang telah kau tetapkan
mengharung tahap kesabaran pada apa yang hanya kau benarkan
janji pada diriku sendiri cuba untuk ku lunaskan
walaupun banyak rintangan akan ku pertahankan
kerana aku percaya pada apa yang telah kau janjikan

Aku pegang ilmu kepimpinanmu 
keyakinan menebal dalam diriku
untuk meneruskan kehidupan duniaku
bersama mutiara kesyukuran dan kesabaran
hanya terjawab pada penghujung hayat dikandung badan
pengakhiran yang mengharapkan nikmat kesyukuran
dan berakhirnya kesabaran bersama redhamu tuhan

amin ya rabbalalamin!

Wednesday, October 3, 2012

Makna mimpi ayat-ayat Allah


Menurut Buku Tafsir Mimpi: Menurut Al Quran dan As Sunnah by Muhammad Ibnu Sirin...


"Semuga Allah menutup dan melindungi aku dari setiap muslihat manusia dan syaitan yang direjam...insyallah!"

Bermimpi membaca Al-Quran

"Semuga aku dapat memnunaikan amanat yang diberikan kepadaku semasa aku hidup dengan bimbingan dari Allah swt...insyallah"

Bermimpi lagi ayat-ayat Allah

Tanggal 30 September 2012

Aku bermimpi lagi ayat-ayat Allah tapi kali ini aku tak ingat ayat apa. Yang peliknya bila aku tersedar dan dalam hayal2 aku tertido kembali dan mimpi itu seolah-olah bersambung dan aku bermimpi ayat yg sama kemudian aku tersedar lagi kali kedua. Selepas itu aku tertidor lagi dan kali ketiga aku bermimpi aku disuruh membaca alquran dan aku membaca ayat-ayat itu dengan barisan ayat sebanyak 3 baris dan aku masih ingat lagi bentuk ayat2 itu tetapi aku tidak dapat menghafal ayat apa yg disuruh aku membacanya kerana ayat itu berada dalam 3 baris. contoh yg ku lihat adalah seperti berikut..

tapi ayatnya bukanlah surah Al-Qodr....tulisan gambarannya adalah lebih kurang sama..

Semuga Allah mengampunkan segala dosaku...mungkin aku disuruh untuk lebih mengingatinya dan membaca ayat-ayatnya agar aku tidak jauh darinya...insyallah ...

Ya Allah,

berilah aku kekuatan untuk lebih mendekati diriku denganmu...tiada daya hidupku hanya dengan kehendak dan kekuasaanmu...aku hanyalah hambamu yg lemah dan tiada dayaku untuk meneruskan hidup ini sekirannya tidak dengan kehendakmu...aku serahkan jiwa dan ragaku hanya untukmu...

Ya Allah.............

amin ya rabalallamin...

Bermipi ayat2 Allah

Aku bermimpi lagi pada tanggal 29 September 2012

kali ini aku bermimpi diingatkan aku 2 ayat ini dapat membantu aku di akhirat...insyallah!

yang pertama

yang kedua


Tiada gambaran cuma ada gambaran ayat2 ini sahaja itupun aku dapat menghafalnya dari huruf yang pertama...untuk apa ayat ini dan kenapa aku diberitahu ..aku tidak tahu...yang aku tahu...aku memang sedang cuba untuk menhafal ayat2 manzil ini...dan setiap ayat2 Allah itu adalah berfaedah untuk kita yang bergelar manusia....hanya Allah yang mengetahui setiap rahsia yg tersembunyi....