Ya Allah
Aku menjalani kehidupan ini kerana aku dilahirkan bersama kehidupan
dan aku berada dalam perjalanan yang penghujungnya adalah kematian
banyak pengalaman yang telah aku kumpulkan
dan banyak juga kesilapan yang telah aku taburkan.
Aku berlajar dari pengalaman dan bertaubat dari kesilapan....
bila ku kenangkan kembali terlalu banyak dosa kesilapan dari banyaknya kesyukuran
tapi keyakinan aku menebal bersama kasih dan sayangmu
kerana itu aku berpegang kepada dua bahagian didalam agamamu
yang telah disabdakan oleh Rasullullah saw kekasihmu
itulah dia kesyukuran dan kesabaran
Aku bersyukur kerana aku dihidupkan
bersama pilihan sendiri dan berpaksikan apa yang telah kau tetapkan
mengharung tahap kesabaran pada apa yang hanya kau benarkan
janji pada diriku sendiri cuba untuk ku lunaskan
walaupun banyak rintangan akan ku pertahankan
kerana aku percaya pada apa yang telah kau janjikan
Aku pegang ilmu kepimpinanmu
keyakinan menebal dalam diriku
untuk meneruskan kehidupan duniaku
bersama mutiara kesyukuran dan kesabaran
hanya terjawab pada penghujung hayat dikandung badan
pengakhiran yang mengharapkan nikmat kesyukuran
dan berakhirnya kesabaran bersama redhamu tuhan
amin ya rabbalalamin!
No comments:
Post a Comment