Monday, December 19, 2011

Doa untuk kekasih

Doa untuk kekasih hati

Ya Allah dosaku menggunung tinggi
Rahmat mu senantiasa meninggi
Selautan syukur kuberi
Sama setitis nikmat dibumimu ni

Taubat kubuat dan kumungkiri
Namun Pengampunanmu tak pernah bertepi
Terasa bebanan dibumimu ini
Kau berikan pembimbing sebagai penganti

Seringkali suruhanmu kuingkari
Seringkali itu jua peringatan kauberi
Selangkah aku menghampiri
Seribu langkah kau merapati

Bagaimana kah harus ku menipu dirku sendiri
Kerana kau senantiasa ada dihati
Kau lebih mengetahui kelemahan diriku ini
Kerana kau mengetahui rahsia diri

Ampunkan dosaku ini Ya Allah
Sesungguhnya kau lah yang meredhakan semua hakmu
Siapalah aku tanpa pengampunan mu Ya Allah
Berkatnya aku adalah atas keredhaanmu…

Nukilan rasa
Zuraini Zahari

Poem: Terpiliah atau Terpaksa


telah disusun policy..tapi kita tak ikut
telah diberi peringatan tapi kita mungkar
telah diturunkan nabi tapi kita ingkar
telah dibuktikan dengan sejarah tapi tidak kita bongkar
itulah kita manusia...

kita sibuk memberi makan pada mayat yakni jasad yg matinya menjadi mayat..
padahal ROH yang akan berterusan hingga ke akhirat..tidak kita pedulikan
kesian manusia yang mempunyai kekuatan mayat
tapi kelemahan ROH yang diagungkan...

bila berpisah roh dari jasad...perjalanan harus diteruskan
bertemu dengan rabb...setiap soalan dan pilihan harus dijawab...
mampukah mayat yang reput untuk memberi jawapan
atau ROH yang lemah terketar-ketar menjawab.

adakah itu dikatakan pilihan...
atau pilihan merupakan satu paksaan...

soalan2 itu adalah untuk orang-orang yang berfikir...
life is so simple to understand tapi manusia menjadikannya complicated...

Mukmin yang terpilih mati syahid

Mati syahid
IBNU SYAIBAH meriwayatkan dari Abdullah bin Utaiq katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Bahawa orang yang mati syahid itu ada lima, yang pertamanya orang yang mati disebabkan sakit perut, kedua orang yang mati ditikam, ketiga orang yang mati tenggelam (karam) di dalam air, keempat sobihul badmi, kelima orang yang mati berperang fi sabilillah."
(Hadith riwayat At-Termizi dari Abi Hurairah).

Berdasarkan maksud hadith di atas itu terdapat lima golongan orang yang dianugerahi Allah SWT sebagai syuhada, yang pertamanya disebut oleh nabi s.a.w. ialah orang yang mati disebabkan sakit perut. Kematian yang berpunca dari sakit perut itu mungkin disebabkan serangan wabak ta'un atau dihinggapi barah dalam perut dan sebagainya.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa mati sakit perut itu tergolong dalam kategori 'syahid dunia', walau apapun kedudukan syahid itu namun ia tetap merupakan anugerah Allah SWT yang Maha Pemurah terhadap hamba-Nya.

Andainya seorang muslim diserang sakit perut, islam memberi peluang kepadanya untuk merawat sakitnya dengan berubat. Rasulullah s.a.w. memberi tahu bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali tua dan mati, sama ada dari tabib atau ke hospital menemui doktor pakar, maka langkah yang diambil itu adalah menepati kehendak agama iaitu mengambil rukhshah dari Allah SWT.

Walau bagaimanapun seperti yang sama dimaklumi bahawa hakikat yang menyembuhkan segala penyakit itu ialah Allah SWT sendiri, walaupun setiap penyakit ada ubatnya namun tidak kurang juga orang yang tidak sembuh penyakitnya meskipun dia berusaha mendapatkan ubat dan rawatan. Oleh itu jika seseorang itu tidak berubat keranadia merasakan bahawa ada tanda peluangnya untuk mencapai syahid terbayang di hadapannya, maka tindakannya itu tidaklah dibenci oleh agama

Seorang islam boleh membuat pilihan sama ada dia hendak berubat atau tidak. berubat jika mempunyai harapan untuk sembuh, jika keadaan sudah tidak memberi sebarang harapan untuk sembuh maka tidak mengapa jika dia tidak berubat. Sesungguhnya sihat dan sakit keduanya adalah anugerah Allah Taala.

Jika dia tidak berubat tetapi sakit perutnya sembuh juga ini bererti dia menerima anugerah sihat dah bersyukurlah atas anugerah itu. Tetapi sekiranya dia tidak berusaha berubat hingga akhirnya dia mati akibat sakit perut itu, maka tindakannya itu tidak bercanggah dengan islam kerana dia telah memilih langkah yang berbentuk 'adzimah', iaitu menyarahkan segala urusan itu kepada Allah yang Maha Kuasa.

Tergolong mati syahid juga orang yang mati ditikam, sama ada ditikam oleh seseorang kerana mempertahankan diri atau mempertahankan harta dan rumah tangga dari dicerobohi dan seumpamanya, ataupun dia tertikam oleh suatu benda dalam satu kemalangan.


Walau bagaimanapun ada juga orang yang mati ditikam tetapi tidak syahid, iaitu orang yang bercita-cita hendak membunuh orang lain dengan cara yang tidak diizinkan oleh agama tetapi malangnya dia sendiri yang terbunuh. Begitu juga orang yang mati tertikam kerana mempertahankan pendirian yang bercanggah dengan aqidah Islam, maka mati dalam keadaan demikian tidak tergolong mati syahid.

Demikian juga orang yang mati lemas, sama ada karam di lautan atau terjatuh ke dalam perigi dan sebagainya, ataupun dilanda banjir besar dan dihanyutkan air lalu mati. Sebaliknya jika seorang itu sedardirinya tidak tahu berenang tetapi dia terjun ke dalam air lalu lemas, maka perbuatannya itu adalah membahayakan diri. Sesungguhnya Islam melarang perbuatan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Firman Allah Taala: walaatulku bi aidiikum ilaattahlukaatin

Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

(Surah al-Baqarah ayat 195)

Selain itu termasuk juga mati syahid iaitu orang yang mati ditimpa runtuhan, sama ada runtuhan disebabkan gempa bumi yang menyebabkan rumah kediamannya runtuh musnah, ataupun dihempap pokok tumbang dan sebagainya.

Kelima ialah mati ketika berperang Fi Sabilillah iaitu berjihad memperjuangkan agama Allah agar segala hukum dan undang-undang-Nya tertegak di dalam negara di muka bumi ini. Mati syahid seperti ini adalah syahid yang sangat difahami oleh kebanyakan orang.

Demikianlah lima jenis syahid yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai menghuraikan rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya. Begitu banyak peluang syahid yang dianugerahkan., bukan sekadar mati syahid di dalam peperangan memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam, malah atas sebab-sebab yang sengaja Allah SWT datangkan kepada hambaNya tanpa usaha manusia itu sendiri. Contohnya mati disebabkan sakit perut adalah di datangkan oleh Allah Taala kepadanya, bukanlah disebabkan dia makan benda racun dan berbahaya.

Begitu juga mati tertikam, mati lemas , mati ditimpa runtuhan semua itu merupakan anugerah Allah SWT yang di luar jangkaan manusia itu sendiri. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang terpilih untuk syahid dalam keadaan demikian, kerana mereka menerime hadiah paling berharga, kerana apapun bentuk syahid yang diterima oleh seseorang ia merupakan pahala yang diperolehi tanpa sebarang usaha. Kecuali syahid kerana berperang dan berjuang Fi Sabililla Azza wa Jalla, ia adalah suatu usaha jihad yang terancang secara jamaah. Sebab itulah usaha kerana berperang sabilillah itu mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisi Allah Taala.

Hanya Islam yang menjanjikan syahid untuk disajikann kepada orang-orang yang beriman, anugerah Allah SWT itu adalah untuk orang-orang yang terpilih. Oleh itu berusaha dan berlumbalah untuk mencari keridhaan-Nya semoga akan mendapat hadiah-hadiah percuma iaitu syahid dari Allah SWT.

Assalamualaikum.