Thursday, November 29, 2012

Ya Allah..

Ya Allah
please remove from my heart
the love of anything
that you dont love...

Surah Taha

Pada 25 Nov. Aku bermimpi yang menyebabkan aku tersedak dan batuk tidak henti-henti. Dalam mimpi itu spt tudung aku diangkat keatas dan setiap kali diangkat terdapat lapisan didalamnya (spt aku memakai tudung yang belapis-lapis) dan kali ketiga tudung aku diangkat dan terlihat warna merah didalamnya aku tersedak dan terus tersedar dan batuk tanpa berhenti..dalam mimpi itu kejadian itu seperti berlaku pada 20/6...aku terus ingat pada angka itu dan bila bangun dari tidur aku terlupa utk melihat didalam alquran maknanya ..tetapi setelah 2 hari kemudian baru aku teringat dan bila aku buka surah 20 (Surah Taha) ayat 6..inilah maknanya...

Wednesday, November 7, 2012

Pengalaman semasa sembayang sunat dipagi hari

pagi tadi aku menunaikan sembayang hajat, taubat dan dhuha...biasanya aku akan menunaikan sembayang sunat taubat dahulu tetapi kali ini aku mulakan dengan sunat hajat kerana aku mempunyai hajat kepada Allah swt...ketika aku baru mula untuk menunaikan sembayang yg terakhir iaitu sembayang sunat dhuha, aku ternampak bayangan awan hitam kelabu mula datang dari arah kiri dan menutupi sebahagian dari tubuh ..aku seperti biasa hanya memandang sekali lalu dan aku tidak hiraukan bayangan itu ...tetapi bila aku mula membaca doa iftitah..sesuatu kejadian telah berlaku...aku hanya dapat membaca 2 rangkap seperti dibawah dan bersambung dengan rangkap terakhir surah al-kursi...kejadian ini berulang-ulang..aku seperti terlupa dan lidahku seperti berhenti di rangkap yg kedua dan meneruskan dgn ayat al-kursi...lama aku berhenti untuk mengingati semula ayat penuh doa iftitah tetapi terbaca jua gabungan ayat dibawah..perasaan aku ketika itu tidaklah lain selain dari menganggap syaitan sedang cuba utk menganggu sembayangku dan ibadah ku kepadanya. Aku akhirnya mengambil keputusan utk meneruskan dengan bacaan al-fatihah memandangkan ayat al-fatihah adalah ayat wajib dalam sembayang..selepas aku membaca al-fatihah aku cubakan semula utk membaca doa iftitah dan alhamdulillah...aku dapat membacanya dengan lancar sekali tanpa sekatan...setelah selesai sembayang...aku mencari makna dalam doa iftitah itu dan makna dalam surah ayat kursi. Inilah maknanya...
Allah Maha Besar akan segala kebesaranya dan segala puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Maha suci Allah....tiada lah keraguan aku akan kebesaran mu Ya Allah!

Thursday, November 1, 2012

Lirik Lagu Wajah - Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu 
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup 
tak pernah luntur

Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa