Thursday, January 21, 2016

Sahabatku - Al-Quran

Wahai sahabatku,
Yakin dan percayalah

Sekiranya ada sesuatu yang menjadi kemusykilanmu
Rujuklah Al-Quran

Sekiranya ada sesuatu yang kau perlu tahu
Rujuklah Al-Quran

Sekiranya kesempitan menghimpit kamu
Rujuklah Al-Quran

Sehingga pertanyaan mana yang benar dan mana yang salah sekalipun
Rujuklah Al-Quran

Al-Quran bukan terletak hanya untuk dibaca
Kajilah

Al-Quran bukan terletak hanya untuk perhiasan
Bukalah

Al-Quran bukan terletak hanya untuk warisan
Tataplah

Jadikanlah Al-Quran sebagai sahabat sejatiMu.
Percaya Dan Yakinlah dan simpan dalam dadamu
Tak kan Lama HidupMu
Perjalanan Hidupmu belum tentu
Tetapkan Arah dan Tuju akhirmu
Kamu akan tahu apa maksudku

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari


No comments:

Post a Comment