Thursday, September 18, 2014

Mimpi Makhluk di luar jendela

Tanggal 18 Sept 2014

Malam tadi setelah selesai membaca ayat2 sebelum tidur ..aku berdoa dan terus terlena...terus sahaja aku masuk ke alam roh dan aku melihat persekitaran bilik ku seperti ketika aku sedang tidur...dan melihat suamiku sedang duduk berzikir sama seperti mana yang aku lihat ketika aku sebelum tidur..

Didalam keadaan gelap dan hanya lampu diluar rumah yang memasuki bilik ...aku terdengar suara
seperti ramai yang membaca doa secara berkumpulan dari luar rumah. Ketika itu aku melihat suamiku terus ke jendela untuk melihatnya...aku mengikut jejak yang sama. Aku menyingkap langsir yang disebelah kanan dengan berhati-hati ...apa yang aku lihat diluar rumahku adalah sekumpulan makhluk yang berpakaian serba putih berada dalam lingkungan 10-20 berbaris-baris dan mangalunkan zikir seperti doa. Dalam waktu yang sama, suamiku ingin melihat makhluk itu di bahagian langsir tempatku...tetapi dia membuka langsir itu agak luas sehingga salah seorang dari makhluk yang sedang bermain-main didalam taman halaman rumahku terperasan akan kehadiran kami. Ketika itu, aku menegur suamiku kerana perbuatan dia menyebabkan makhluk2 itu terlihat kami yg terhendap2 hendak melihat mereka bermain di taman halaman rumahku.

Setelah mereka perasan kehadiran kami, aku terus membuka tingkap dengan luas dan berkata.....

 " Assalammualaikum ....saya benarkan kamu bermain di halaman rumah saya...hari sudah malam ...pulanglah kamu semua ..Assalammualaikum"

Habis sahaja aku berkata demikian aku melihat mereka semua keluar dari rumahku dan aku terus ke tempat tidurku dan masuk kembali ke dalam jasadku...

Setelah tersedar..suamiku menegur aku dan bertanya apa yg aku mimpi kerana katanya dia mendengar aku berkata ..."Assalammualaikum ..." dengan jelas sekali . Aku berkata yang aku tidak bermimpi dan aku menceritakan apa yang aku nampak ketika aku berada di dalam alam roh tadi..

Persoalannya disini...siapakah makhluk2 itu? Pakaianya putih dan mereka seperti berada dalam alam kabus...mereka semuanya tidak jelas dan berkabus...aku pernah melihat makhluk ini ketika aku bermimpi dahulu bersama dengan arwah Noi dan makhluk2 ini membawa Noi kesatu tempat di sebelah kanan. Diwaktu itu juga..aku dan Noi berada di dalam taman dan mereka membawa Noi pergi  dan bermain dengan aku sehingga aku tersedar...didalam alam nyata...Noi pergi buat selama-lamanya dan aku tetap dengan persoalan aku..Siapakah makhluk ini???? bagi aku..."hanya Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui"

Surah Al Isra Ayat 85


No comments:

Post a Comment