Monday, September 15, 2014

Mimpi No 2192 dan No 2198

Tanggal Khamis 4 Sept 2014,

Aku bermimpi ada 2 no rumah yang diberikan kepada aku dan kawanku Rena Norman. Di dalam mimpi itu aku diberitahu yang no rumahku adalah 2198 dan no rumah untuk kawanku adalah 2192.

Apakah makna mimpiku itu. Seperti biasa aku telah biasa dengan mimpi dengan no-no yang diberikan padaku kerana itu maknanya ...ada sesuatu yang hendak diberitahu kepadaku atas apa yang aku perlukan penjelasan atau apa2 yang akan berlaku untuk aku beri perhatian lebih dalam perkara itu.

Untuk mimpi kali ini. Aku melihat dari sudut no yang pertama..no 2..surah albaqarah no 198 ayat yang ke 198..ianya adalah seperti dibawah:

Memang mempunyai maksud seperti apa yang aku tanyakan dalam diriku berkenaan dengan menyebut nama Allah atas setiap perbuatan aku ...dan sememangnya aku dahulu adalah dari kalangan orang2 yang jahil...

dan untuk no 2192 aku bukakan surah albaqarah ayat 192 dan aku serahkan kepada Rena Norman untuk menyelesaikan sendiri ...hanya Rena yang tahu maknanya. Dan Rena mengakuinya yang mimpi itu memberi jawapan pada persoalan didalam dirinya.


No comments:

Post a Comment