Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Wednesday, July 25, 2012
HIASI PERCAKAPANMU
Satu yang baik untuk aku kongsi bersama...bagaimana cara kita bercakap mempengaruhi penuh sifat2 dalaman diri kita dan menyerlahkan keperibadian sebenar kita. Semuga sahabat semua dapat menjaga tutur kata dan cara kita berkomunikasi agar kita senantiasa menghiasi diri kita dan keperibadian kita sehingga Allah redha dan melihat kita dengan pandangan hamba yang disayanginya. Insyallah!
Ada baiknya sekiranya kita memahami kelebihan orang lain dalam berbicara. Ada empat jenis perkataan iaitu:
1- Perkataan yang bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata-kata orang yang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah dari percakapan itu.
2- Perkataan orang biasa
Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama 2 jam digunakan bagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu sahaja. Orang itu berada dalam kerugian.
3- Perkataan orang yang martabatnya rendah
Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapannya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang, makanan ini kurang panas.” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula,” katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, “Lebih sedap sekiranya ada kicap.” Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.
Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang bandar ada-ada saja kerjanya.” Melihat ustaz pula, “Ah, kerjanya hanya cakap kosong sahaja.” Semua menjadi perkara yang kurang senang dimatanya.” Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja. Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.
4- Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya.” Orang seperti ini mahu dirinya dihargai masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.
Semoga Allah Yang Maha Mendengar meletakkan kita di kalangan orang-orang yang berasa dirinya sentiasa hampir dengan Allah, dan Allah sentiasa mendengar semua daripadanya. Terjadinya pembohongan adalah kerana orang yang membuat pembohongan itu tidak merasakan segala percakapannya didengari oleh Allah. Kita tidak perlu kepada kata-kata yang indah. Apa yang kita perlukan adalah kata-kata yang dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan manusia. Allah menjadikan setiap kata-kata kita terpahat di hati orang yang mendengarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment