dalam mimpi itu aku berada didalam bilik yang dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali dan berada di dalam umur lingkungan lewat 40an dan mempunyai anak 3 orang. Seorang lelaki (yg ku namakan A) dan 2 orang perempuan. Semasa anak A pulang kerumah aku telah melihat dari arah tingkap diatas yang berlangsirkan langsir putih dan kelihatan anaknya balik dengan menaiki kereta besar yang juga berwarna putih..ada 3 kereta bersusun sebelah menyebelah dan kesemuanya berwarna putih...
semasa anak lelaki dan perempuannya naik tangga ke tingkat mereka tidak memandang kepadaku tetapi sebaliknya apabila mereka hendak turun ke bawah melalui tangga...aku melihat seperti ada sesuatu yg mengekori anak lelaki A lantas aku meminta A untuk menutup pintu bilik tersebut...berhadapan dengan bilik aku ada satu bilik lagi yg pintunya senantiasa tertutup dan aku buleh melihatnya kerana bilik itu bertentangan terus dengan bilik yg aku duduk itu. Kata anak bongsu A yang juga berada di bilik bersama aku "mammy takut pada bilik yang kat depan tu". Bila A menutup pintu bilik dengan secara tiba-tiba kerusi lama yang hanya mempunyai 3 kaki (berukiran lama) dicampakkan masuk ke dalam bilik yang aku duduk itu (kerusi itu tidak buleh melekat ke lantai) aku seperti kilat terus mengangkat kerusi itu dan meletakkannya ke lantai sambil berkata "engkau tidak akan bergerak dari tempat ini sehingga ada orang yg membuka kuncinya dengan kalimah "lailahaillallah" .kemudian kerusi itu tidak bergerak lagi . Kemudian aku seperti tahu apa yg hendak aku buat telah membaca selawat nabi ...
dan meniupnya ketapak tanganku lalu aku campakkan hembusan itu pada sekeliling bilik tersebut..aku lakukan itu sebanyak 3 kali ..setelah aku lakukan demikian ..tiba-tiba ada satu getaran di dalam sebuah kabinet tergantung di atas tepi dinding bilik tersebut dan kabinet itu tertutup dan pintunya (seperti tingkap rumah) yang berukir dengan ukiran kayu lama...kabinet itu bergegar utk seketika dan pintunya tiba-tiba terbuka dan keluarlah alquran diatas reha dan keris yang bersarung dengan sarung kayu...terapung rapung terbang sendiri dan keris itu hujungnya tepat mengarah kepadaku sambil masih lagi terapung-rapung di udara...
alquran yang berada di sebelah keris itu terbuka dan aku melihat tulisan "Muhammad" (spt tulisan arab kuno) tulisan itu ditulis di atas kulit kayu dan spt ada ukiran disekelilingnya...
setelah aku melihat tulisan itu aku seperti disuruh membaca ayat didalam alquran tersebut tetapi pada saat yg genting itu aku masih lagi buleh berfikiran yang belum tiba masanya utk aku membaca ayat-ayat alquran tersebut dan aku membuat pilihan utk mengeluarkan diriku dari alam tersebut....dengan kalimah "lailahaillallah"..aku tersedar...
YA ALLAH...BERIKANLAH AKU PERTUNJUK ..APAKAH MAKNA MIMPIKU INI....
No comments:
Post a Comment