Wednesday, July 18, 2012

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

Salam kekawanku sekalian,

Maaf yea dah lama tak menghantar Jumaat Penghulu Hari ini…dan hari ini rindu I untuk menulis termakbul..

Kita ada beberapa hari lagi nak bulan Ramadhan kan..bulan yg mulia yang semua orang tahu cuma kekadang kita terlupa nak ambil tahu akan fadilat2 nyer…ambil peluang ini ok buat apa yang termampu untuk diri kita kerana Allah swt..Yang penting bukan manusia yang akan menilai tetapi Rabb kita yang lebih mengetahui…

Untuk itu dan pada saat2 yang dipanggil saat darurat ini*ada 3 perkara yang buleh kita lakukan sekadar untuk dikongsi bersama iaitu: *saat berhampiran dengan Ramadhan dipanggil saat darurat

Berdoa
  • agar dipanjangkan umur kita sehingga cecahnya bulan Ramadhan
  •  agar disihatkan tubuh badan kita dan dapat beribadat
  • agar dipermudahkan segala urusan kita di sepanjang bulan Ramadhan
dan akhirnya seperti biasa...sajak Ramadhan untuk semua

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

 Maaf yang mudah untuk dilafaz
 memerlukan pengertian yang dalam untuk dilihat
 bukan dilihat dengan nafaz
 tapi dilihat dengan mata makrifat

 Maaf sahabat
 Paling mudah untuk dibuat
 dan paling susah untuk didapat
 dengan kemaafan tertinggal keegoan
 dengan kemaafan terlepas kesombongan
 dengan kemaafan terputus ikatan manusia dan setan

 Bila kemaafan sudah diminta
 lepaskan ianya dengan rela
 kerana bukan untuk sesiapa
 semuanya untuk kita jua akhirnya

Sempena Ramadhan yang akan tiba
 anggaplah Ramadhan ini yang terakhir buat kita
 itupun kalau sempat kita menempuhnya
 agar segala ibadah yang terlaksana
 hanya buat Allah yang maha esa

 Untukmu semua sahabat tercinta
 tidak ku kurang walaupun seela
 ku ampunkan segala dosa yang ada
 harapanku agar kalian jua membuat yang sama

salam kemaafan dan wasallam
 Zuraini Zahari

No comments:

Post a Comment