Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Monday, December 19, 2011
Doa untuk kekasih
Ya Allah dosaku menggunung tinggi
Rahmat mu senantiasa meninggi
Selautan syukur kuberi
Sama setitis nikmat dibumimu ni
Taubat kubuat dan kumungkiri
Namun Pengampunanmu tak pernah bertepi
Terasa bebanan dibumimu ini
Kau berikan pembimbing sebagai penganti
Seringkali suruhanmu kuingkari
Seringkali itu jua peringatan kauberi
Selangkah aku menghampiri
Seribu langkah kau merapati
Bagaimana kah harus ku menipu dirku sendiri
Kerana kau senantiasa ada dihati
Kau lebih mengetahui kelemahan diriku ini
Kerana kau mengetahui rahsia diri
Ampunkan dosaku ini Ya Allah
Sesungguhnya kau lah yang meredhakan semua hakmu
Siapalah aku tanpa pengampunan mu Ya Allah
Berkatnya aku adalah atas keredhaanmu…
Nukilan rasa
Zuraini Zahari
Poem: Terpiliah atau Terpaksa
telah disusun policy..tapi kita tak ikut
telah diberi peringatan tapi kita mungkar
telah diturunkan nabi tapi kita ingkar
telah dibuktikan dengan sejarah tapi tidak kita bongkar
itulah kita manusia...
kita sibuk memberi makan pada mayat yakni jasad yg matinya menjadi mayat..
padahal ROH yang akan berterusan hingga ke akhirat..tidak kita pedulikan
kesian manusia yang mempunyai kekuatan mayat
tapi kelemahan ROH yang diagungkan...
bila berpisah roh dari jasad...perjalanan harus diteruskan
bertemu dengan rabb...setiap soalan dan pilihan harus dijawab...
mampukah mayat yang reput untuk memberi jawapan
atau ROH yang lemah terketar-ketar menjawab.
adakah itu dikatakan pilihan...
atau pilihan merupakan satu paksaan...
soalan2 itu adalah untuk orang-orang yang berfikir...
life is so simple to understand tapi manusia menjadikannya complicated...
Mukmin yang terpilih mati syahid
IBNU SYAIBAH meriwayatkan dari Abdullah bin Utaiq katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bahawa orang yang mati syahid itu ada lima, yang pertamanya orang yang mati disebabkan sakit perut, kedua orang yang mati ditikam, ketiga orang yang mati tenggelam (karam) di dalam air, keempat sobihul badmi, kelima orang yang mati berperang fi sabilillah."
(Hadith riwayat At-Termizi dari Abi Hurairah).
Berdasarkan maksud hadith di atas itu terdapat lima golongan orang yang dianugerahi Allah SWT sebagai syuhada, yang pertamanya disebut oleh nabi s.a.w. ialah orang yang mati disebabkan sakit perut. Kematian yang berpunca dari sakit perut itu mungkin disebabkan serangan wabak ta'un atau dihinggapi barah dalam perut dan sebagainya.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa mati sakit perut itu tergolong dalam kategori 'syahid dunia', walau apapun kedudukan syahid itu namun ia tetap merupakan anugerah Allah SWT yang Maha Pemurah terhadap hamba-Nya.
Andainya seorang muslim diserang sakit perut, islam memberi peluang kepadanya untuk merawat sakitnya dengan berubat. Rasulullah s.a.w. memberi tahu bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali tua dan mati, sama ada dari tabib atau ke hospital menemui doktor pakar, maka langkah yang diambil itu adalah menepati kehendak agama iaitu mengambil rukhshah dari Allah SWT.
Walau bagaimanapun seperti yang sama dimaklumi bahawa hakikat yang menyembuhkan segala penyakit itu ialah Allah SWT sendiri, walaupun setiap penyakit ada ubatnya namun tidak kurang juga orang yang tidak sembuh penyakitnya meskipun dia berusaha mendapatkan ubat dan rawatan. Oleh itu jika seseorang itu tidak berubat keranadia merasakan bahawa ada tanda peluangnya untuk mencapai syahid terbayang di hadapannya, maka tindakannya itu tidaklah dibenci oleh agama
Seorang islam boleh membuat pilihan sama ada dia hendak berubat atau tidak. berubat jika mempunyai harapan untuk sembuh, jika keadaan sudah tidak memberi sebarang harapan untuk sembuh maka tidak mengapa jika dia tidak berubat. Sesungguhnya sihat dan sakit keduanya adalah anugerah Allah Taala.
Jika dia tidak berubat tetapi sakit perutnya sembuh juga ini bererti dia menerima anugerah sihat dah bersyukurlah atas anugerah itu. Tetapi sekiranya dia tidak berusaha berubat hingga akhirnya dia mati akibat sakit perut itu, maka tindakannya itu tidak bercanggah dengan islam kerana dia telah memilih langkah yang berbentuk 'adzimah', iaitu menyarahkan segala urusan itu kepada Allah yang Maha Kuasa.
Tergolong mati syahid juga orang yang mati ditikam, sama ada ditikam oleh seseorang kerana mempertahankan diri atau mempertahankan harta dan rumah tangga dari dicerobohi dan seumpamanya, ataupun dia tertikam oleh suatu benda dalam satu kemalangan.
Walau bagaimanapun ada juga orang yang mati ditikam tetapi tidak syahid, iaitu orang yang bercita-cita hendak membunuh orang lain dengan cara yang tidak diizinkan oleh agama tetapi malangnya dia sendiri yang terbunuh. Begitu juga orang yang mati tertikam kerana mempertahankan pendirian yang bercanggah dengan aqidah Islam, maka mati dalam keadaan demikian tidak tergolong mati syahid.
Demikian juga orang yang mati lemas, sama ada karam di lautan atau terjatuh ke dalam perigi dan sebagainya, ataupun dilanda banjir besar dan dihanyutkan air lalu mati. Sebaliknya jika seorang itu sedardirinya tidak tahu berenang tetapi dia terjun ke dalam air lalu lemas, maka perbuatannya itu adalah membahayakan diri. Sesungguhnya Islam melarang perbuatan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
Firman Allah Taala: walaatulku bi aidiikum ilaattahlukaatin
Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan."
(Surah al-Baqarah ayat 195)
Selain itu termasuk juga mati syahid iaitu orang yang mati ditimpa runtuhan, sama ada runtuhan disebabkan gempa bumi yang menyebabkan rumah kediamannya runtuh musnah, ataupun dihempap pokok tumbang dan sebagainya.
Kelima ialah mati ketika berperang Fi Sabilillah iaitu berjihad memperjuangkan agama Allah agar segala hukum dan undang-undang-Nya tertegak di dalam negara di muka bumi ini. Mati syahid seperti ini adalah syahid yang sangat difahami oleh kebanyakan orang.
Demikianlah lima jenis syahid yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai menghuraikan rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya. Begitu banyak peluang syahid yang dianugerahkan., bukan sekadar mati syahid di dalam peperangan memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam, malah atas sebab-sebab yang sengaja Allah SWT datangkan kepada hambaNya tanpa usaha manusia itu sendiri. Contohnya mati disebabkan sakit perut adalah di datangkan oleh Allah Taala kepadanya, bukanlah disebabkan dia makan benda racun dan berbahaya.
Begitu juga mati tertikam, mati lemas , mati ditimpa runtuhan semua itu merupakan anugerah Allah SWT yang di luar jangkaan manusia itu sendiri. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang terpilih untuk syahid dalam keadaan demikian, kerana mereka menerime hadiah paling berharga, kerana apapun bentuk syahid yang diterima oleh seseorang ia merupakan pahala yang diperolehi tanpa sebarang usaha. Kecuali syahid kerana berperang dan berjuang Fi Sabililla Azza wa Jalla, ia adalah suatu usaha jihad yang terancang secara jamaah. Sebab itulah usaha kerana berperang sabilillah itu mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisi Allah Taala.
Hanya Islam yang menjanjikan syahid untuk disajikann kepada orang-orang yang beriman, anugerah Allah SWT itu adalah untuk orang-orang yang terpilih. Oleh itu berusaha dan berlumbalah untuk mencari keridhaan-Nya semoga akan mendapat hadiah-hadiah percuma iaitu syahid dari Allah SWT.
Assalamualaikum.
Tuesday, October 25, 2011
Perginya seorang sahabat
Tanggal 18 Oktober 2011...aku kehilangan seorang sahabat ...Norasiah Haji Jafar...selama 22tahun aku berkawan dan bersahabat dengannya..banyak kenangan suka duka kami bersama dan rahsia kami tersimpan bersama....tanggal august 2006 dia disahkan mengidap kanser usus...masa tu masih aku ingat lagi dia call aku dan menceritakan detik cemas itu dan aku spt biasa banyak menenangkan dia dengan memberi kata2 positif agar dia tidak terbawa-bawa dengan pemikiran yang negatif....
Sejak dari itu...kesakitan demi kesakitan yang ditanggungnya sendiri. Keluarga dan suaminya banyak membantu dia...dia terlalu risaukan anak-anaknya ...itulah perasaan seorang ibu...
Sejak dari tahun 2009 dia asyik mengajak aku pergi bercuti bersama-sama..hanya berdua...spt biasa aku nie memang sibuk...dan tiada satu date pun yg sesuai untuk kami bersama sehinggalah 23/6/2011 aku bertolak dengan Noi ke Kota Kinabalu Sabah...itupun mendapat halangan dari keluarga Noi tetapi Noi hanya memberitahu aku setelah tiket dibeli. Bersungguh benar dia ingin bersamaku. Disana aku banyak menghabiskan masa berjalan dan berbual...dan banyak juga yang dia luahkan kepada aku...akan aku simpan sampai mati...
Aku kerap menelefon dia dan aku telah memberitahunya yg aku akan menelefon dia hari2 untuk mendengar suaranya...sehinggalah satu hari aku menelefon dia dan dia memberitahu aku yg dia tak dapat menjawab panggilan ku kerana dia sudah tidak ada tenaga lagi....dan dia sedang berada di hospital beacon untuk mendapat injection morphine bagi mendapatkan tenaga...terkedu aku...Noi menangis...dan aku marah dia sebab aku memang tak suka dia menangis sebab bagi aku itu akan melemahkan dia...katanya dia takut...bila aku tanya kenapa dia takut...sebab badan dia dah kurus...masa tu...aku bercakap dgn dia dalam keadaan aku tabah tapi sebenarnya hati aku sudah menangis....aku katakan padanya supaya perbanyakkan berzikir kerana ubat doktor hanya akan mematikan jasad dan hanya dengan zikrullah aje kekuatan dalaman dapat dicari...aku tak boleh nak menyambungkan lagi percakapan aku dengan dia dan terus mengatakan nanti aku kan call balikk...
Tapi...selepas itu ...Noi semakin tenat...panggilan aku tidak dijawab...dia dah tak larat lagi....aku melawat dia pada 11 Oktober 2011 dan dia cuba membuka matanya...dia bercakap dgn aku, Nora, Ella dan Mas. Kami buat dia spt tidak sakit dan bergurau spt biasa...itu kali terakhir aku melihat Noi membuka mata dan memandang kami...
Tanggal 17 Oktober 2011 aku mendengar berita yg Noi telah tidak sedarkan diri dan aku mendapat berita ini dari suaminya melalui sms...aku terus bergerak dari senawang ke KL dan menghabiskan masa bersama Noi dari jam 10.30mlm sehingga 01.00pagi..Noi..sebenarnya bukan koma tapi tak boleh bergerak dan hanya boleh mengerakkan bibirnya dan berbicara melalui gerak penafasannya...Aku maafkan segala kesalahan dia padaku dan aku harap dia maafkan segala kesalahan aku padanya...aku bisikkan ditelinga Noi agar dia mengingati Allah...kataku Allah ada dalam hati kita...kataku...'ALLAH....ALLAH.....ALLAH..." Aku pesan pada Noi agar tidak mempercayai sesiapa kecuali apa yg ada didalam hatinya....aku cium Noi beberapa kali dan itulah ciuman yang terakhir untuk Noi semasa dia masih hidup...aku katakan padanya...yg mungkin kami akan berpisah...dan insyaallah kalau diizikan Allah...kita akan berjumpa lagi....kesakitan ini hanya sementara....semuga Noi dapat bertahan dan berjaya dengan tenang.."
Tanggal 18 Oktober jam 5.30ptg aku terima berita yg Noi telah meninggal dunia...dan aku jadi kaku...aku cuba untuk mengawal perasaan ku tapi aku lemah...aku menangis akhirnya....sampai di hospital jam 8.35malam. Jenazahnya telah sedia untuk dibawa pulang...aku rasa kulitnya..masih panas sedangkan dia telah meninggal selama 3jam lebih...dan hidungnya berpeluh..tanpa merasakan takut aku terus mengelap peluhnya....tapi peluh itu keluar lagi...aku lap lagi dan peluh tu keluar lagi...aku cuitkan pada kawanku Nora...supaya dia juga dapat merasakan tanda-tanda kematian yang baik ada pada Noi...setelah itu jenazahnya dibawa pergi.Aku dihantar oleh Nora ke station bus dan didalam bus aku menangis lagi..dan kulapkan tangisan ku keseluruh mukaku dengan tangan kananku...tangan yg mengelap peluh Noi...tanpa aku membersihkan tanganku terlebih dahulu...sampai di rumah aku terus memberitahu jiranku zu berita tentang kematian Noi..dan astarafirullahalazim...ada lembaga tanpa wajah mula2nya berada di atas sebelah kanan jiranku tetapi bila aku tidak memperdulikannya dan aku alihkan padangan ku ke arah jiranku..lembaga itu beralih ke arah belakang jiranku...lembaga ini tidak berwajah dan berambut putih dan hanya pada paras bahu...dan agak besar...setelah aku melihat dia mengalih kearah belakang jiranku ...terus aku hentikan perbicaraanku dan masuk kerumah dan terus mandi sambil membaca ayat kursi dan ayat2 allah untuk menghilangkan segala kekotoan yg mungkin ada di badanku...alhamdulillah malam itu tiada gangguan tapi aku kurang tido kerana teringatkan sahabatku Noi...
Keesokkan harinya aku menghadirkan diri ke pengkebumian Noi dan jelas sekali lagi jenazah nya berada dalalam linkungan org2 mukmin yg baik kerana jenazahnya masih lagi lembut walaupun sudah lebih 16jam ...syukur alhamdulillah....
Noi...sudah pasti dikau akan kurindu...kebaikkan, kemesraan, gurauan akan tetap bersemadi di dalam diri ini...insyallah!
Friday, September 30, 2011
Poem: That's why
Why should i believe in you
It's you ...in me...
That's why... i should love you
That's why... i should believe in you
You are in me
That's why..
I should always be with you..
I leave you
I will die..
You leave me
I would rather die
That's why
I should always be with you...
with my heart...
with my soul..
with you and me..
Love you Allah!
Thats will never die..
Thursday, September 29, 2011
Amannabillahi! Khatammullah!
"WE BELIEVE IN ALLAH, ALLAH HAS SET A SEAL ON THEIR HEARTS"
Masih ingat tak lagi mimpi aku pada tanggal 1 September yang lalu..dan aku tercari-cari apa maknanya...Ya Allah...hari ini adalah hari yang gembira buatku....sedang aku mencari makna "Kullu nafsin za iqatul maut"...aku terjumpa ayat yg aku mimpi itu..dan maknanya adalah "We believe in Allah, Allah has set a seal on their hearts"..dari surah albaqarah ayat 7 dan ayat 136..betul kata ustaz yunus....Aku kena baca al-quran dan aku akan jumpa ayat tu...untuk apa ayat tu aku tak tahu tapi peliknya..maknanya memang ada kena mengena dengan surah al nahl...(yang aku kata ada mcm magnet aje tu) ..iaitu kita kena berserah bulat-bulat pada Allah...BELIEVE IN ALLAH! BELIEVE IN HIM! BELIEVE IN YOU!....subahanallah!
aku benar2 bersyukur padamu ya allah...hanya kau yang mengerti apa kehendaknya hati ku ini...
Kullu nafsin za iqatul maut
"Kullu nafsin za iqatul maut"
"Every soul will taste death"
Wednesday, September 28, 2011
Surah Al-Nahl
Ayat 98:
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
Ayat 100:
Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar Cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku...
Hukum Mandi Bunga dalam Islam
Tanggal 3 September 2011
Rumah ku dikunjungi oleh jiranku..jiran yg agak jauh tapi masih dalam kawasan yg sama. Namanya Mala, Kak Aza dan anaknya, Ijat dan isterinya. Borak2 punya borak sehinggalah mencecah jam 1.30pagi...banyak cerita dan pengetahuan yg aku dapat dari perbualan kami sebabnya Ijat merupakan salah sorang yg banyak mempelajari ilmu tasauf dan paranormal. Pengalaman dia banyak dan dia kongsi bersama dengan kami semua. Dalam bercerita itu Ijat ada menceritakan tentang seorang kenalan perempuannya yg tahu mengenai ilmu menaikkan seri wajah melalui mandi bunga dan mala adiknya terus mengajak kami utk pergi ke tempat itu. Aku yg tanpa segan silu terus bersetuju..dan mala akan menetapkan tarikh untuk ijat confirmkan.
Tanggal 26 September 2011
Mala sms dan confirmakan tarikh untuk bergerak ke tampin dan dia senaraikan brg2 yg perlu dibawa iaitu: 7 helai sireh temu urat, 7 jenis bunga wangi, limau purut, 3 biji kelapa muda, 1 botol air mineral, 1 helai kain batik.
....dak atan..mengingatkan aku tentang,unsur2 lain yg akan masuk ke dalam diri aku nanti bila aku telah dimandikan kerana secara logiknya utk menaikkan seri wajah sudah tentulah ada faktor2 lain atau bacaan2 tertentu yg akan digunakan utk menaikan seri wajah itu...emmmm pendapat dak atan itu aku boleh terima...dan setelah aku membaca tentang hukum2 mandi bunga ini ..jawapan aku sudah semestinya tidakkk.
Apa kata kita baca pendapat didalam Islam berkenaan Mandi Bunga kerana dikuatiri akan mengundang syirik.
Untuk diriku sendiri..aku perlu berhati-hati dalam setiap langkahku kini. Ini adalah diantara dugaan yang perlu aku ambil perhatian... remeh tapi memberi impak yang besar dalam perjalananku..
Amannabillahi! Khatammullah!
Jawapan:
Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.
Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w." – Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.
Waallahualam....
Tuesday, September 27, 2011
Mimpi yang aku tak ingat
Tanggal 25 September 2011. Malam tadi kata dak atan..aku mengigau sehingga dia terpaksa membaca dan menghembuskan ke mukaku ayat-ayat Allah..sedar aje dari mimpi aku mintak dak atan dok tido kat sebelah aku....emmmm yang peliknya...aku langsung tak ingat pada mimpiku ...kenapa aku mimpi...siapa yg aku jumpa dalam mimpi tu...ini memang jarang berlaku..selalunya kalau aku mimpi aku jarang lupa...terutama sekali kalau mimpi yang menyebakan aku sehingga mengigau..tapi kali nie memang pelikk..aku buleh lupa...aku ingat tentang bila aku mintak dak atan tido sebelah aku tapi aku langsung tak ingat apa yang menyebabkan aku mimpi sampai mengigau begitu sekali...dak atan kata...aku seperti berlawan dengan sesuatu. Dia hanya bertanya padaku bila aku bangun pagi..dan aku mcm blur sebab tak ingat apa2...emmm..aku cuba untuk mengingati mimpi aku tapi hampeh..tak ingat! mungkin malam tadi aku berjumpa dengan benda yang mencakar aku tu kot....kalau dah Allah tidak membenarkan aku utk mengingatinya..apa boleh aku buat...aku hanya berserah...Amannabillahi! Khatammullah!
Cakaran di lengan kanan
Tanggal 24 September 2011. Aku keseorangan dirumah..dan aku hanya rehat dan berkemas pada apa yang patut...tiba2 aku terlihat ada 2garis cakaran di lengan kananku...emmm pelik jugak tapi aku anggapkan yang ianya mungkin dari cakaran ketika aku membuat kerja2 rumah...tapi rasa2nya tidak mungkin...emmm aku mesti perfikiran positif...tapi bila waktu petang...aku ingin mandi dan terlihat ada satu cakaran pada peha sebelah kanan aku...yang ini memang agak pelik..sebab aku sedari pagi memakai seluar nike yg bergetah dan bukan senang utk duri menebusi seluar getah ku itu...tambahan pula..aku banyak berehat hari ini daripada melakukan tugas-tugas harian rumah ku....aku jadi marah...aku warning pada benda yang telah menyebabkan kaki aku dicakar dengan mengatakan " kau telah berhutang pada aku kerana telah menyebabkan kaki aku berdarah disebabkan cakaran itu" kalau kau tak nak berhutang dengan aku...tunjunkkan dirimu padaku..." aku jadi sakit hati pada benda2 yg buleh menyebabkan diriku tercalar....dia siapa...aku mahluk Allah yang dimuliakan sedangkan dia hanya mahluk Allah yang dilaknat...berani benda tu mengusik aku keturunan anak cucu nabi adam yang tidak ada langsung berniat jahat pada dia...ishkkkkk!!!
Friday, September 23, 2011
Hentian pengertian
Melindungi diri dari gangguan
aku perolehi ilmu ini dari seseorang yang mempeolehinya dari seorang imam...
untuk melindungi diri dari gangguan:-
1. baca ayat kursi sekali dan hembus sebelah kanan
2. baca lagi dan hembus sebelah kiri
3. baca lagi dan hembus didepan kita
4. baca lagi dan hembus di belakang kita
5. baca lagi dan hembus di atas kita
6. baca lagi dan hembus di bawah kita
7. baca lagi yg terakhir, tangan seperti berdoa dan hembus ke tapak tangan dan sedut semula.....
dilakukan sewaktu masih berwuduk selepas solat subuh dan selepas solat isyak.....sambil diniatkan dilindungi oleh NYA drpd gangguan mahluk halus dan perbuatan hasad dengki manusia dgn sihir mereka......
untuk memagar rumah.....bacalah ayat kursi sebanyak 51x...dalam keadaan berwuduk....dari depan pintu rumah....mara kearah kanan...terus keliling rumah....dgn niat dilindungi oleh NYA rumah dan ahli kluarga drp gangguan mahluk halus dan perbuatan hasad dengki manusia dgn sihir mereka......
selamat mencuba....
Kelebihan Bismillah / Al Fatihah / Al Kursi
1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Amannabiallahi! Khatammullah!
Tanggal 1 september 2011. Aku bermimpi dan dalam mimpi itu aku berada dalam kumpulan yang sedang mengaji al-quran. Bilangan orang yang mengaji itu lebih kurang dalam 8-9 org dan tok guru kami duduk mengadap anak muridnya dengan memakai baju putih dan berserban. Dalam mimpi itu aku diarahkan untuk mencari ayat "Amannabiallahi! Khatammullah! aku pun cuba mencari di dalam al-quran yang aku baca tu melalui juzuk2 yang berada di tepi alquran itu...tetapi aku tidak menemuinya dan dalam waktu itu tok guru yang mengajar aku cuba datang ke arah aku dan waktu itu juga aku tersedar dari mimpi...
bila aku tersedar aku terus mengingati ayat yg diberikan oleh tok guru dalam mimpi tadi dan bila bangun pagi aku terus masukkan ke dalam phone aku.
Aku bertanyakan hal ini kepada guru pengajar tahfiz Ustaz Yunus bin Kamaruddin dan dia menyatakan yg makna ayat itu adalah iman kepada Allah, khatamnya kepada Allah.
Tapi untuk apa ayat itu dibaca tidak lah pula aku ketahui...kata ustaz yunus adalah lebih baik aku mengaji alquran dan aku akan dapat melihat ayat tersebut nanti..insyallah!
Pengajaran pertama buat ku
Tanggal 18 september 2011, aku pulang dari melaka dalam lebih kurang jam 10.30malam..malam tu aku agak rasa kurang senang dan tidak berapa selesa..kenapa aku tidak pasti...selepas membersihkan diri dan membaca ayat2 sebelum tidur aku melelapkan mataku..lebih kurang jam 3pagi aku tersedar dan terlihat dalam samar-samar lampu bilik air ada 2 makhluk Allah berbaju putih dan berambut panjang berdiri di hujung sebelah kanan katilku dan salah satu darinya kulihat seperti menjadi pak turut kepada yang satu lagi. Yang seperti pak turut itu berbadan lebih tinggi dari yang satu lagi. Jelas sekali yang berkedudukan di sebelah kiri itu lebih memerhatikan aku daripada yg spt pak turut itu. Dia memandang aku seperti mahu menyatakan sesuatu tetapi belum sempat itu berlaku aku telah sibuk membaca ayat kursi sehingga habis tetapi tiada kesan kepada makhluk tersebut dan mereka masih berdiri tidak berganjak. Dlm waktu itu jugak aku teringatkan bacaan "bismillahirahmanirahim" dalam mimpi aku tempuh hari. Tanpa berlengah aku terus membuat isyarat seperti mengambil pasir dari bawah katil sambil membaca "Bismillahhirahmannirahim". Dan dengan kenyakinan yang tinggi aku mencampakkannya pada kedua makhluk tersebut dan terus makhluk itu hilang dan aku bingkas bangun dan terus membuka lampu bilik aku....emmmm sampai ke pagi aku tidur dalam keaadaan terang benderang....
adakah ini merupakan dugaan bagiku untuk aku mengamalkan apa yg telah aku perolehi didalam mimpi ku ...atau ini memang gangguan dari makhluk2 halus tersebut...waallahualam!
Monday, August 15, 2011
Bismillahirahmannirahhim
Malam sabtu yang lepas aku bermimpi..
Dalam mimpi tu berjalan dan terlihat benda2 halus di tanah..aku seperti di beritahu supaya mengambil segenggam tanah dan campakkan nyer pada benda2 itu...dan bacakan "Bismillahirahmannirahim"..bila aku buat seperti itu,benda2 itu pun hilang di telan tanah...lepas tu keluar lagi dan aku pun buat benda yg sama dan hilang lagi di telan tanah...selepas itu ada satu benda yang menyatakan padaku " engkau sekarang dah ada halimunan"...baru aku perasan di sebelah aku ada mcm satu halimunan yang buleh ditembus dan aku tak pedulikan benda tu..selepas itu aku di hadapakan pula dengan satu mahluk yang di depannya aku membaca surah albaqarah ayat 255 (ayat kursi)..tapi benda tu tak hilang2 sehinggalah aku membacanya 3kali baru aku tersedar....aku anggap ini adalah diantara pembelajaran aku dalam bidang ini...amin!
Jiwa Roh Jiwa Rohani
Menanti siang menanti malam
Bergerak jiwa bergerak pantas
Kekaburan berada diawangan kelam
melihat tanpa melihat jiwa-jiwa yang teratas
Bulan penuh makna jiwa mewarnai
Mencari diri berlagu bibir menari-nari
Membawa erti siapakah diri
Laungan Zikir bergema sendiri
Ya Allah ditakdirkan diri
Siapa kah aku dalam kekelaman ini
Haruskan aku menurut yang empunya hati
sedangkan jiwa ku masih lagi tak mengerti
Yang Pasti kenyakinanan ini
Yang Pasti jiwaku dimiliki
Yang Pasti aku sudah dipunyai
Dialah yang pemilik hati..
Jiwa Roh
Jiwa Rohani
-zuraini zahari-
Friday, August 12, 2011
Travel far and fast, travel light...
Kenali diri sendiri...
Who am i ?
Tuesday, August 9, 2011
Gambaran Alien
Malam kemarin aku bermimpi...aku pergi ke satu tempat menaiki sebuah kenderaan...aku duduk didepan dan kawan-kawan ku duduk di belakang. Sebelum aku menaiki kenderaan itu aku melihat kawan ku Hazlina berbual2 dengan sahabatku Nor...setelah itu Nor menaiki kenderaan bersama ku dan duduk di hadapan bersebelahan dgn ku. Pemandunya memberikan Nor payung kerana hujan lebat di luar...payung berwarna merah, aku hairan kenapa dia hanya meberikan payung itu pada Nor sahaja dan tidak padaku. Kami menuju jalan ke sebuah rumah dan hujan lebat sekali. Bila sampai dirumah itu kelihatannya seperti rumah peranginan..aku dan Nor menuju ke satu bilik...kelihatan di bilik itu menyeramkan ..dan aku terus ke bilik air...untuk mencuci muka..di bilik air itu ada 2 buah kolah yg bersebelahan...dan dihadapan aku adalah kolah yg airnya dipenuhi air yg kurang bersih...aku ambil air tu tapi bila aku tengok kekotorannya aku mengubah pikiranku untuk mengambil air dari kolah sebelah...aku cedok airnya dan siram ke wajahku...kemudian aku keluar dan berjumpa nor dan mengajak nor keluar dari tempat tu..semasa dlm perjalanan keluar aku berjumpa dgn Aween yg hendak menyewa di tempat itu...setelah itu aku dan nor pergi menuju ke sebuah taman..di taman tu aku melihat budak2 kecil yg berumur dalam lingkungan 10tahun dan mereka seperti alimunan..aku melayan seorang daripada mereka dan bermain dengannya..aku main one two soom..bila aku kalah...aku tunduk utk budak tu menekan belakang leherku dgn tangannya...tapi bila aku tunduk...aku dapat rasakan yg ada sesuatu yang merayap seperti labah-labah di atas rambutku...aku menepis dan terjaga dari mimpi...aku periksa rambut ku tiada apa2 binatang yg merayapa dan aku terus buka api dan menukar position tidur ku...emmmm
Syaitan di bulan puasa...
Ramadhan yang ke 7..malamnya aku membaca zikrullah yang diajar oleh Pak Bidin...setelah selesai semuanya aku tertidor dan malamnya aku terjaga dan terlihat lembam biru di bawah lengan kiriku...lembam ini biasa aku alami sekiranya aku bermimpi berlawan dgn syaitan2 durjana yg dilaknat oleh Allah itu...tapi ini kan bulan puasa....syaitan2 di ikat...ini merupakan pengalaman aku yg kedua yg menyakinkan aku bahawa syaitan masih ada yg berkeliaran walaupun pada bulan ramadhan...sebab aku pernah mendengar suara potianak menangis di belakang rumah ibuku ..dan suara itu bukan aku seorang sahaja yg mendengarnya...soalan ini pernah aku tanyakan pada guru agama dan mereka mengatakan, syaitan diikat pada bulan Ramadhan, dimana mereka diikat tidak ketahuan dan syaitan yang diikat adalah ketua2 mereka..dan yg berkeliaran adalah suruhannya....nauzubillah!
Rindu..ramadhan datang lagi
Semakin Rindu....Ramadhan datang lagi
Bulan yang penuh nikmat syadu..Penuh Rahmat tersendiri
Hanya yang tahu akan tahu
Hanya yang mengerti tidak akan rugi
Ramadhan datang lagi...
Bibir basah melahirkan kerinduan...
Hati sayu mengenangkan kekesalan...
Jiwa resah terpancar kekesalan...
Mata melihat semakin berkilauan...
Terpancar nikmat kasihmu kehadapan...
Aku buat hanya untukmu
Setiap gerak geriku bergerak untukmu
Setiap degup jantungku adalah kerinduanku
Setiap nadiku melahirkan rindu syahduku
Apalah yang ada padaku
Selain kasih sayang yang kau pinjamkan untukku
Sekiranya terhenti kerinduan ini
Sekiranya berjauhan kerinduan ini
Walaupun seketika walaupun sementara
Jiwaku akan mati
Menanti pada yang tak pasti
Matinya aku sebelum matinya aku..
Ramadhan datang lagi!
-zuraini zahari-
Monday, July 18, 2011
Mimpi bertemu Syaitan
Malam tadi tangan aku lenguh...lenguh sangat...dan sakit...aku merengek sehingga lah aku terpikir mungkin tuhan bagi aku sakit utk aku merintih kepadanya...aku pun berzikir dan mengadu pada Allah tentang sakitku...kemudian aku tertido..dan aku bermimpi gigi aku patah dan aku bertemu dengan sepupuku berpakaian berwarna ungu (cantik) tapi baju tidak berlengan dan memberitahu aku yg dia nak pergi...emmm..terjaga dari mimpi ..waktu tu lebih kurang dalam pukul 1.30pagi tersedar sekejap aku teruskan tido ku..dan kali ni aku bermimpi lagi...dan mimpi kali ini memang tak pernah aku alami...aku bermimpi berjumpa dengan orang tua yang berpakain jubah putih dan berjanggut putih..dari matanya aku dapat merasakan yg dia bukan manusia biasa...dan dia mengaku yang dirinya SYAITAN!..walaupun aku cuba utk mendekatkan diriku dengan tuhanku...dia memberi isyarat kepada keningku yg menunjukkan aku masih lagi mengikut nya...astarafirullah alazimmm!!! aku terjaga ...apakah maksud mimpi ku itu???
Friday, July 15, 2011
Poem: Maulana Jalaluddin Rumi
When you seek Him look for Him
In your looking closer to you
Than yourself to yourself
Why run outside
Melt like snow, wash yourself with yourself
Urged by Love
Tongues sprout from the soul
Like stamens from the lily
But learn this custom
From the flower
Silence your tongue
Thursday, July 7, 2011
Fana didalam dirinya
Aku tertanya-tanya kenapa Allah menjadikan manusia dan memuliakan manusia melebihi dari makhluk yang lain..kenapa Allah memerintahkan para malaikat dan iblis supaya sujud kepada Adam...kenapa??? mengapa???
Nafs aku dapat merasakannya...dari kalimah... "Aku adalah aku dan Engkau adalah aku"
..bila kita mengenal diri kita...kita akan mati...matinya segala nafsu untuk berbuat kejahatan dan kerosakan...kerana dalam diri kita ada roh....roh suci..
http://netlog.wordpress.com/category/fana-segalanya-adalah-bayangan/
Disebutkan Nabi saw. bersabda, Aku telah mengenal Tuhanku melalui Tuhanku. Perumpamaan seseorang yang berusaha mencapai makrifat Tuhan dengan menggunakan cahaya Suci adalah seperti orang menyaksikan matahari dengan cahaya matahari. Jelas bahwa yang disaksikannya benar-benar matahari dan cahayanya yang tersebar ke seluruh penjuru arah, sekalipun penyaksiannya masih membedakan antara penyaksi (cahaya matahari) dengan yang disaksikan (matahari itu sendiri) bukan penyaksian ke-esa-an murni akan Tuhan.
Inilah keadaan dimana jiwa (nafs) menyaksikan kehadiran-Nya (Rabb), yang adalah bentuk-bentuk rasional dari nama-nama-Nya atau kehadiran ke-esa-an-Nya yang tersifati oleh nama-nama-Nya. Sebagaimana kita tahu kata rabb mengacu pada pengertian; pencipta, pengatur, pemelihara dan pendidik. Dengan demikian, hakikat-hakikat di dalam ilmu-Nya yang tadinya tersembunyi di balik ke-esa-an dzat-Nya yang mutlak (di alam non-eksistensi) kemudian aktual dan mewujud dalam alam fenomenal.
Matilah kamu sebelum datang kematian-mu. Dan inilah yang dimaksud dengan fana di dalam diri-Nya.
Wednesday, June 29, 2011
Ilmu Mengenal Diri
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku
Engkau dan Aku
Kalau engkau hendak menemui aku
kan berjalan pula pada jalanku
Usahakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.
(SAJAK PENINGGALAN- BAPAK BAGINDA MUCHTAR)
Monday, June 20, 2011
Mawar rohani sucian diri
Semakin aku cuba untuk mendekatimu..semakin banyak cabarannya...yg anehnya..
aku rasakan yg kejahatan tu adalah datang dalam diriku sendiri...cubaku tepis... berjaya...yang lain pula menghampiri...yang terdekat dengan ku...yang terdekat denganku....
-zuraini zahari-
Taubat
Ampunkan dosaku!
Ya Allah!
Ampunkan dosaku!
Ya Allah
Ampunkan dosaku!
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat ku dgn taubat nasuha…
Jika seseorang hamba Allah!
tidak lagi mampu menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah
Justeru menangislah kerana
ketidakmampuan itu...
Astaghfirullahalazim!!!!
Friday, June 17, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Berjumpa dengan Pakcik Bidin - Ahad 12 June 2011
Bermula dengan soalan "apa masalah kamu?"..tergugup kejap aku..kaku tak tahu apa nak jawab..dan aku mulakan dengan ingin mengenali diriku...aku jelaskan juga padanya pengalaman silam aku serta sejak dua menjak ini selalu melihat benda2 halus yg x sepatunya aku lihat..ianya muncul dalam bentuk gambaran yang susah untuk aku jelaskan disini..tapi kalau dapat dihuraikan ianya adalah spt gmbaran tv yg dipancarkan ke siaran mata kita...dan hanya kita yg terbayang oleh objek tersebut.
Lama juga perbualan kami yang banyak menjurus kepada persoalan demi persoalan berkenaan dengan Allah dan diterangkan dengan jelas oleh Pak Cik Bidin. Diantaranya, apa itu makrifat. dimana Allah, bagaimana mendekatkan diri pada Allah dan cara membersihkan rohani.. Penjelasan diberikan oleh Pak Cik Bidin dengan jalan yang mudah...contohnya...seperti jika kita diberi pinjam gelas yg kotor...sudah tentu kita akan menolak gelas itu tapi jika sekiranya kita diberi gelas yg bersih dan bercahaya...kita dengan sendirinya tertarik kepada gelas tersebut dan sekiranya gelas tersebut wangi ...kita mungkin akan meminta utk memiliki gelas tersebut...mcm itu jugaklah perumpamannya diri kita sekiranya kita bersih lagi suci...akan menjadi rebutan di kalangan mahkluk ngaib.
Mensucikan diri dangan ayat2 Allah adalah untuk membersihkan serta memberi makan pada jiwa rohani. Melalui Zikruallah...hati akan menjadi jernih, putih, bersih dan wangi...inilah yg akan menjadi rebutan bagi mahluk2 baik di bumi mahupun di alam ghaib.
Berkenaan dengan Makrifat dan Tasauf, persoalaan ini agak berat dan bukan mudah untuk difahami. Tetapi melalui pembacaanku..pintu makrifat buleh dibuka dengan cara: yg pertama Jalan Orang Yang Mencari dan yg kedua Jalan Orang Yang Dicari (Laduni, pemberian oleh Allah). Roh .. jernih dan seperti cermin yg dengannya kita lihat diri kita sendiri..aku masih kurang arif bab yg dikatakannya itu dan tambahan beliau lagi.. sekiranya kita sudah dapat melihat diri kita, kita akan dapat saksikan yang roh kita akan wujud di kiri, kanan kita dengan jelas....itu maknanya pintu makrifat yang mempunyai 7 lapisan telah dapat dikupas satu persatu....(aku perlu mempelajari dgn lebih mendalam lagi makna2 yg tersurat tersebut)
Aku katakan padanya yang aku hanya tahu yg aku sayangkan Allah, dan Pak Cik Bidin berkata kalau dah aku sayangkan Allah...terlalu sayangkan Allah...tidakkah aku ingin bertemu dengannya...tiada amalan dan cara yg terperinci macam mana untuk kita bertemu dengan Allah kecuali sekiranya Allah mengkehendakinya. Allah sendiri yg akan menunjukkan cara dan memberi jalan yg mudah untuk bertemu dengannya.....kalau dikira melalui amalan...memang aku jauh sekali tapi aku dapat apa yg dikatakan nikmat kerinduan pada Allah...menyebut nama Allah saja akan mengalir air mataku...kerana kerinduan yg amat sangat....jgn ditanya bagaimana kerinduan itu ..kerana aku sendiri tak dapat hendak menerangkannya...tapi kerinduaan itu adalah nikmat yg tidak terhingga....nama Allah terpampang dimana saja sekirannya aku terpandang...di langit..di dinding...cuma aku terasa amat jauh dan ditinggalkan sekiranya aku melakukan dosa yg menjadi kebencian Allah. Allah itu sendiri terlalu dekat dengan kita dan dekatnya Allah adalah seperti dekatnya mata hitam dan mata putih tetapi Allah lebih dekat dari itu...perkara ini disebut oleh Pak Cik Bidin untuk 3 kali...aku kena faham, apa maksud yg tersirat disitu..
Tapi itu semua aku tak terangkan pada Pak Cik Bidin...aku hendak dia tengok sendiri apa yg sebenarnya ada dalam diriku....aku hanya memberitahu dia berkenaan pengalaman aku. Setelah kami berbicara dan setelah lebih kurang 2 jam...Pak Cik Bidin meminta kebenaran untuk bertemu-ramah dengan rohku....aku benarkan... Setelah itu barulah Pak Cik Bidin menerangkan pada aku dan Aida apa yg dibicarakan bersama roh masing2...untuk roh aku...dia membenarkan aku untuk belajar dengan lebih lanjut untuk mengenali diriku dan sekiranya aku berlajar dengan bersungguh2...aku dapat melihat diriku sendiri...insyallah di kemudian hari..dan itu mungkin telah ditakdirkan untukku... untuk roh Aida...Aida masih was-was dan ragu-ragu.
Nak katakan aku terperanjat...rasanya tidak... aku agak sikit terkedu...kerna ..telah bersediakah aku...beranikah aku...walaupun sifat takut memang ada dalam diriku...Pak Cik Bidin kata ...kita buat untuk mendekatkan diri pada Allah dan membuat amal jariah... atasi ketakutan dengan zikir pada Allah dan sebutlah dalam2 selawat nabi...insyaallah ...keberanian akan mengawal ketakutan kita. Kalau mengikut pengiraan aku ...Pak Cik Bidin adalah org yang ketiga yg telah memberitahu aku ..PINTU MAKRIFAT KU TELAH DIBUKA...yg pertama Abg Nizam, kedua Pak Din, ketiga Pak Cik Bidin...aku memiliki laduni yg tak semua org memilikinya...
Bila Abg Nizam memberitahu aku...aku ambil lewa benda2 nie sebab aku tak faham..dan agak pelikk..mengenangkan amalan aku yg tak seberapa dan ramai org lain lagi yg bersungguh2 untuk mendapatkannya tapi masih juga tak terbuka pintu makrifat nya...jadi aku tak ambil pusing...
Bila Pak Din memberitahu aku....aku masih lagi ragu2 dan mungkin ada sikit kepercayaan aku dan menerima benda2 nie dengan keizinan Allah tapi aku tak buat apa2 bagi mendalami apa yg aku ada..Bila Pak Cik Bidin memberitahu aku...dan aku linkkan dengan mimpi aku semalam...aku mulai yakin...yg aku perlu buat sesuatu dan mungkin ini telah ditakdirkan bagi ku dan yg paling penting zikir2 yg akan aku buat itu nanti adalah zikir2 yg akan mendekatkan diriku dengan diriku...yg akan mendekatkan aku dengan tuhanku...ALLAH yg satu. Pak Cik Bidin telah membenarkan Aida untuk memberi aku buku zikir2 Allah yg harus aku amalkan untuk mendekatkan diriku dengan diriku....membersihkan jiwa dan rohaniku...dan memanfaatkan apa yg aku ada untuk amal jariah kepada semua..
Ya Allah! tolonglah aku untuk mendekatkan diriku padamu
Ya Allah! ampunkan dosaku untuk mendekatkan diriku padamu
Ya Allah! berkati amalanku untuk aku mendekatkan diriku padamu
Mimpi pelik - sabtu 11/6/2011
Sabtu malam ahad..aku bermimpi suara yang mengatakan bahawa Rasullullah saw telah memilih minyak wangi dari unta yang terakhir....kelibat yg aku nampak dalam mimpi itu adalah bayangan putih dan terlihat suara itu menuju kepada unta yg terakhir untuk mengambil minyak wangi itu...unta2 itu pun berwarna putih dan semuanya adalah berunsurkan putih bersih dan bercahaya....apakah makna mimpi ku itu????
Wednesday, May 11, 2011
Makrifat
Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.
Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan diri-Nya. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.
Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t.
Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.
Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan;
jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari.
JALAN ORANG YANg MENCARI,
Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
( Ayat 69 : Surah al-�Ankabut )
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya)."
(Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )
Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.
GOLONGAN YANG DICARI.
Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu.
Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t.
Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.
Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.
Tuesday, April 26, 2011
Suara tanpa wajah
Tuesday, April 19, 2011
Hakikat Cinta
Usah di kesal yang berlaku
Saat ku lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika
Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita
Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita
Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah dia penawarku
Thursday, March 31, 2011
Jerat percintaan...
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan
Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya
Tuesday, March 22, 2011
Cinta Dalam Diam
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…