Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Wednesday, September 28, 2011
Hukum Mandi Bunga dalam Islam
Tanggal 3 September 2011
Rumah ku dikunjungi oleh jiranku..jiran yg agak jauh tapi masih dalam kawasan yg sama. Namanya Mala, Kak Aza dan anaknya, Ijat dan isterinya. Borak2 punya borak sehinggalah mencecah jam 1.30pagi...banyak cerita dan pengetahuan yg aku dapat dari perbualan kami sebabnya Ijat merupakan salah sorang yg banyak mempelajari ilmu tasauf dan paranormal. Pengalaman dia banyak dan dia kongsi bersama dengan kami semua. Dalam bercerita itu Ijat ada menceritakan tentang seorang kenalan perempuannya yg tahu mengenai ilmu menaikkan seri wajah melalui mandi bunga dan mala adiknya terus mengajak kami utk pergi ke tempat itu. Aku yg tanpa segan silu terus bersetuju..dan mala akan menetapkan tarikh untuk ijat confirmkan.
Tanggal 26 September 2011
Mala sms dan confirmakan tarikh untuk bergerak ke tampin dan dia senaraikan brg2 yg perlu dibawa iaitu: 7 helai sireh temu urat, 7 jenis bunga wangi, limau purut, 3 biji kelapa muda, 1 botol air mineral, 1 helai kain batik.
....dak atan..mengingatkan aku tentang,unsur2 lain yg akan masuk ke dalam diri aku nanti bila aku telah dimandikan kerana secara logiknya utk menaikkan seri wajah sudah tentulah ada faktor2 lain atau bacaan2 tertentu yg akan digunakan utk menaikan seri wajah itu...emmmm pendapat dak atan itu aku boleh terima...dan setelah aku membaca tentang hukum2 mandi bunga ini ..jawapan aku sudah semestinya tidakkk.
Apa kata kita baca pendapat didalam Islam berkenaan Mandi Bunga kerana dikuatiri akan mengundang syirik.
Untuk diriku sendiri..aku perlu berhati-hati dalam setiap langkahku kini. Ini adalah diantara dugaan yang perlu aku ambil perhatian... remeh tapi memberi impak yang besar dalam perjalananku..
Amannabillahi! Khatammullah!
Jawapan:
Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.
Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w." – Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.
Waallahualam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment