Friday, September 23, 2011

Pengajaran pertama buat ku



Tanggal 18 september 2011, aku pulang dari melaka dalam lebih kurang jam 10.30malam..malam tu aku agak rasa kurang senang dan tidak berapa selesa..kenapa aku tidak pasti...selepas membersihkan diri dan membaca ayat2 sebelum tidur aku melelapkan mataku..lebih kurang jam 3pagi aku tersedar dan terlihat dalam samar-samar lampu bilik air ada 2 makhluk Allah berbaju putih dan berambut panjang berdiri di hujung sebelah kanan katilku dan salah satu darinya kulihat seperti menjadi pak turut kepada yang satu lagi. Yang seperti pak turut itu berbadan lebih tinggi dari yang satu lagi. Jelas sekali yang berkedudukan di sebelah kiri itu lebih memerhatikan aku daripada yg spt pak turut itu. Dia memandang aku seperti mahu menyatakan sesuatu tetapi belum sempat itu berlaku aku telah sibuk membaca ayat kursi sehingga habis tetapi tiada kesan kepada makhluk tersebut dan mereka masih berdiri tidak berganjak. Dlm waktu itu jugak aku teringatkan bacaan "bismillahirahmanirahim" dalam mimpi aku tempuh hari. Tanpa berlengah aku terus membuat isyarat seperti mengambil pasir dari bawah katil sambil membaca "Bismillahhirahmannirahim". Dan dengan kenyakinan yang tinggi aku mencampakkannya pada kedua makhluk tersebut dan terus makhluk itu hilang dan aku bingkas bangun dan terus membuka lampu bilik aku....emmmm sampai ke pagi aku tidur dalam keaadaan terang benderang....

adakah ini merupakan dugaan bagiku untuk aku mengamalkan apa yg telah aku perolehi didalam mimpi ku ...atau ini memang gangguan dari makhluk2 halus tersebut...waallahualam!

No comments:

Post a Comment