Friday, September 30, 2011

Poem: That's why

Why should i love you
Why should i believe in you
It's you ...in me...
That's why... i should love you
That's why... i should believe in you












You are in me
That's why..
I should always be with you..

I leave you
I will die..
You leave me
I would rather die

That's why
I should always be with you...
with my heart...
with my soul..
with you and me..

Love you Allah!
Thats will never die..

Thursday, September 29, 2011

Amannabillahi! Khatammullah!


"WE BELIEVE IN ALLAH, ALLAH HAS SET A SEAL ON THEIR HEARTS"


Masih ingat tak lagi mimpi aku pada tanggal 1 September yang lalu..dan aku tercari-cari apa maknanya...Ya Allah...hari ini adalah hari yang gembira buatku....sedang aku mencari makna "Kullu nafsin za iqatul maut"...aku terjumpa ayat yg aku mimpi itu..dan maknanya adalah "We believe in Allah, Allah has set a seal on their hearts"..dari surah albaqarah ayat 7 dan ayat 136..betul kata ustaz yunus....Aku kena baca al-quran dan aku akan jumpa ayat tu...untuk apa ayat tu aku tak tahu tapi peliknya..maknanya memang ada kena mengena dengan surah al nahl...(yang aku kata ada mcm magnet aje tu) ..iaitu kita kena berserah bulat-bulat pada Allah...BELIEVE IN ALLAH! BELIEVE IN HIM! BELIEVE IN YOU!....subahanallah!

aku benar2 bersyukur padamu ya allah...hanya kau yang mengerti apa kehendaknya hati ku ini...

Kullu nafsin za iqatul maut

Ayat ini aku perolehi dari kak ida,Melaka...masa menghantar ibu mentuaku mengambil air minuman untuk sakit ghout kakinyer. Sambil2 itu aku menambahkan ilmu pengetahuanku untuk diamalkan...sebab dalam menuntut ilmu ini kita tak perlu malu bertanya....dan ayat ini yg diberi padaku sekiranya aku berhadapan dengan syaitan ...berbekalkan kenyakinan, bacakan ayat ini dan jadikan apa saja disekeliling kita sebagai senjata untuk membunuh makhluk yang durjana itu...". Ayat ini digunakan sekiranya makhluk itu menyerang dan bertujuan menyakitkan kita...

"Kullu nafsin za iqatul maut"
"Every soul will taste death"

Wednesday, September 28, 2011

Surah Al-Nahl


Ayat 98:
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

Ayat 99:
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

Ayat 100:
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

Untuk ayat ini, aku tidak tahu kenapa tapi seperti ada magnet yg menarik aku pada ayat Allah ini...bila sahaja aku membacanya membuatkan kenyakinan aku tentang kekuatan roh insani. Jelas kelemahan syaitan adalah pada manusia yg beriman dan berserah kepada Allah swt. Dan kekuatan syaitan adalah pada wujudnya kepimpinan syaitan dalam diri mereka...nauzubillahminzalik!

Aku berserah pada Allah dan ayat-ayatnya...

Penantian


Berapa lama mesti kunanti
Sinar Cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku...

Hukum Mandi Bunga dalam Islam



Tanggal 3 September 2011
Rumah ku dikunjungi oleh jiranku..jiran yg agak jauh tapi masih dalam kawasan yg sama. Namanya Mala, Kak Aza dan anaknya, Ijat dan isterinya. Borak2 punya borak sehinggalah mencecah jam 1.30pagi...banyak cerita dan pengetahuan yg aku dapat dari perbualan kami sebabnya Ijat merupakan salah sorang yg banyak mempelajari ilmu tasauf dan paranormal. Pengalaman dia banyak dan dia kongsi bersama dengan kami semua. Dalam bercerita itu Ijat ada menceritakan tentang seorang kenalan perempuannya yg tahu mengenai ilmu menaikkan seri wajah melalui mandi bunga dan mala adiknya terus mengajak kami utk pergi ke tempat itu. Aku yg tanpa segan silu terus bersetuju..dan mala akan menetapkan tarikh untuk ijat confirmkan.

Tanggal 26 September 2011
Mala sms dan confirmakan tarikh untuk bergerak ke tampin dan dia senaraikan brg2 yg perlu dibawa iaitu: 7 helai sireh temu urat, 7 jenis bunga wangi, limau purut, 3 biji kelapa muda, 1 botol air mineral, 1 helai kain batik.

....dak atan..mengingatkan aku tentang,unsur2 lain yg akan masuk ke dalam diri aku nanti bila aku telah dimandikan kerana secara logiknya utk menaikkan seri wajah sudah tentulah ada faktor2 lain atau bacaan2 tertentu yg akan digunakan utk menaikan seri wajah itu...emmmm pendapat dak atan itu aku boleh terima...dan setelah aku membaca tentang hukum2 mandi bunga ini ..jawapan aku sudah semestinya tidakkk.

Apa kata kita baca pendapat didalam Islam berkenaan Mandi Bunga kerana dikuatiri akan mengundang syirik.

Untuk diriku sendiri..aku perlu berhati-hati dalam setiap langkahku kini. Ini adalah diantara dugaan yang perlu aku ambil perhatian... remeh tapi memberi impak yang besar dalam perjalananku..

Amannabillahi! Khatammullah!

Jawapan:
Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w." – Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.

Waallahualam....

Tuesday, September 27, 2011

Mimpi yang aku tak ingat




Tanggal 25 September 2011. Malam tadi kata dak atan..aku mengigau sehingga dia terpaksa membaca dan menghembuskan ke mukaku ayat-ayat Allah..sedar aje dari mimpi aku mintak dak atan dok tido kat sebelah aku....emmmm yang peliknya...aku langsung tak ingat pada mimpiku ...kenapa aku mimpi...siapa yg aku jumpa dalam mimpi tu...ini memang jarang berlaku..selalunya kalau aku mimpi aku jarang lupa...terutama sekali kalau mimpi yang menyebakan aku sehingga mengigau..tapi kali nie memang pelikk..aku buleh lupa...aku ingat tentang bila aku mintak dak atan tido sebelah aku tapi aku langsung tak ingat apa yang menyebabkan aku mimpi sampai mengigau begitu sekali...dak atan kata...aku seperti berlawan dengan sesuatu. Dia hanya bertanya padaku bila aku bangun pagi..dan aku mcm blur sebab tak ingat apa2...emmm..aku cuba untuk mengingati mimpi aku tapi hampeh..tak ingat! mungkin malam tadi aku berjumpa dengan benda yang mencakar aku tu kot....kalau dah Allah tidak membenarkan aku utk mengingatinya..apa boleh aku buat...aku hanya berserah...Amannabillahi! Khatammullah!