Wednesday, September 12, 2012

Hatiku kau kunci hanya untukmu illahi

YA ALLAH...

diwajah nampak tenang
diwajah nampak berseri
diwajah nampak ketabahan
diwajah nampak keriangan

tenang hanya hati yang merasa
berseri hanya pada wajah yang dimamah usia
ketabahan hanya pada jiwa yang ketara
keriangan pada hati yang berbunga

terduduk aku hari ini mengenang kesilapan silam
aku tahu itu adalah dugaan semata mata
terduduk aku mengenangkan dosa aku yang silam
aku tahu itu untuk kesilapan aku yang nyata
terduduk aku mengenangkan kedaifan aku pada ilmu yang mendalam
aku tahu itu untuk menguatkan aku menghadapi hari muka

aku pasrah seperti dian
aku kabur dalam terang
aku lemah dalam kekuatan
aku lemas dalam ketenangan

tergetar terkadang-kadang
merusuk jiwa yang kadang-kadang tegang
menikam kalbu apabila dia datang
tak tahu pada siapa yang harus ku terang
melainkan kamu yang tahu pada siapa yang ku bentang

aku tidak mampu berdiri sendiri
mengharapkan dikau melahirkan jati diri
mengembalikan keimanan yang adakala tenggelam dan ada kala sepi
menerbitkan semangat jiwa nurani
timbul semangat tun fatimah ini
agar segala keimanan akan senantiasa tersemat di hati
tidak lain hanyalah untuk mu illahi

akan aku pegang amanah ini
amanah yang dilahirkan bersama Adam kedunia ini
semangat para nabi akan menebal di hati
tidak akan kugusar walau seinci
cuma ketakutan aku bersendiri
menghadapi ujian ini

tapi

ku yakin aku tidak bersendiri
akan ku pegang segala janji
yang telah ku jadikan tiang didalam hati
dan akan kutegakkan dikala masa menanti
dihadapan mu ya illahi

ku pegang segala janji
kerana engkau tidak memungkiri
aku tidak akan berpatah lagi
ku buat ini semua hanyalah untuk dirimu illahi
hanya kau yang mengetahui
kenapa aku jadi begini...

YA ALLAH

berilah kekuatan pada hambamu ini
kekuatan yang luarbiasa yang selalu kau beri
pada hamba-hambamu yang kau sayangi
dan kepada mereka yang kau kasihi

tidak akan sia-sia airmata ini
kerana ianya tumpah untukmu bukan hanya sekali
jadilah dikau saksi kepada peristiwa ini
hatiku kau kunci hanya untuk mu illahi

Nukilan rasa
Zuraini Zahari




Monday, September 10, 2012

Perihal Mimpi

Adapun mengenai mimpi, ia adalah adalah salah satu cara Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Tetapi disyaratkan mimpi itu adalah mimpi yang baik (الرؤيا الصالحة) iaitu mimpi yang menepati Syari'at Allah dan berupa dorongan kepada mentaati Allah, bukan kepada munkar dan maksiat. Sabda Nabi s.a.w.; "Mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 45 juzuk kenabian" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Baginda juga bersabda; 'Tidak akan tinggal lagi selepas kenabianku melainkan al-mubasysyirah (pemberi khabar gembira)". Baginda ditanya; 'Apa yang kamu maksudkan dengan al-mubasysyirah itu, ya Rasulullah?'. Jawab baginda; 'Mimpi yang baik yang dilihat oleh orang beriman atau diperlihatkan kepadanya'" (HR Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).

Mimpi bukan semuanya dari Allah. Para ulamak membahagikan mimpi kepada tiga jenis;
(1) Mimpi dari Allah,
(2) Mimpi diri jiwa sendiri dan,
(3) Mimpi dari Syaitan (syaitan sebagaimana ia dapat melontarkan bisikannya ke dalam hati manusia ketika sedang jaga, begitu ia dapat melakukannya ketika tidur).

Pembahagian ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.; “Mimpi ada tiga jenis; khabar gembira dari Allah, percakapan dalam diri sendiri dan ancaman ketakutan dari Syaitan. Jika seseorang dari kamu melihat mimpi yang menggembirakannya, ceritakanlah mimpi itu jika ia mahu. Jika ia melihat sesuatu yang dibencinya, janganlah ia menceritakannya kepada sesiapa, akan tetapi hendaklah ia bangun menunaikan solat” (HR Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)

Oleh kerana ada kemungkinan mimpi datang dari diri sendiri atau dari Syaitan, maka ia perlulah diujuk kepada Syari’at (yakni al-Quran dan as-Sunnah) terutamanya apabila timbul keraguan. Jika kita bermimpi dan di dalam mimpi itu kita diberi petua atau ilmu tertentu, hendaklah kita merujuk petua atau ilmu itu kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika selari, maka dapatlah mimpi itu dipakai, tetapi jika bersalahan, maka tidak haruslah mimpi itu dipakai kerana ia dari lontaran syaitan atau nafsu jahat sendiri. Jika kita mendengar orang lain bermimpi, terserahlah kepada kita untuk mempercayainya atau tidak. Tetapi jika kandungan mimpinya itu ternyata bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah, wajiblah kita menolaknya tanpa mengira siapa yang menceritakan mimpi itu. Hanya para Nabi sahaja yang maksum (terpelihara dari salah dosa) sama ada ketika jaga atau di dalam tidur. Kerana itu, mimpi para Nabi adalah wahyu atau ilham dari Allah. Adapun mimpi manusia lain, ia belum pasti kerana ada kemungkinan datang dari Syaitan atau nafsu sendiri. Kerana itu, ia perlu dirujuk kepada sumber ilmu yang muktamad iaitu al-Quran dan as-Sunnah.


Mengenai soalan; “adakah orang biasa atau orang awam seperti kita layak mendapat petunjuk dari Allah melalui mimpi?”, jawapannya adalah ya. Allah berkuasa memberi mimpinya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya termasuklah orang kafir atau orang fasiq. Jika kita merujuk kepada surah Yusuf, ada tiga mimpi yang diceritakan Allah dalam surah tersebut;
1. Mimpi Nabi Yusuf a.s. (ayat 5)
2. Mimpi dua orang pemuda yang bersama Nabi Yusuf dalam penjara (ayat 36)
3. Mimpi raja yang kafir (ayat 43)

Tatkala menghuraikan ayat tentang mimpi raja itu (yakni ayat 43 dari surah Yusuf), Imam Ibnu al-‘Arabi berkata; “Ayat ini menunjukkan sah (harus) mimpi orang kafir terutamanya jika berkait dengan urusan orang mukmin” (Ahkam al-Quran, Imam Ibnu al-‘Arabi). Jika harus -mengikut pandangan ulamak- Allah memberi mimpinya kepada orang kafir, maka lebih-lebih lagilah harus kepada orang mukmin sama ada yang taat atau yang fasiq. Cuma mimpi orang kafir dan orang fasiq tidaklah sentiasa dari Allah, tetapi banyak yang datang dari bisikan nafsu atau dari syaitan. Kerana itu, Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah menegaskan; “Sesiapa ingin agar mimpinya sentiasa benar, hendaklah ia sentiasa jujur/benar, memakan yang halal, menjaga perintah dan tegahan Allah, tidur dalam keadaan suci (yakni tidak berhadas) dan berzikir kepada Allah hinggalah terlelap matanya, nescaya mimpinya hampir tidak akan berdusta bila-bila pun” (Madarij as-Salikin, 1/52).

Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Mauqif al-Islam Min al-Ilham Wa al-Kasyfi Wa ar-Ru-a…, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 115-136.
2. Ahkam al-Quran, Imam Ibnu al-‘Arabi, juz 3 (surah Yusuf).

Makhluk yang tidak diundang

Tengahhari hari sabtu 8 september, aku tidur kerana badan rasa terlalu penat. Aku bermimpi arwah mak saudara ku datang yang telah lebih 4tahun meningal dunia. Semasa bertemu dia didalam mimpi itu aku dapat merasakan yang dia bukanlah roh arwah yang sebenarnya kerana naluri kerohanian ku berkata begitu. Bagi memastikan apa yang aku rasakan itu benar, aku telah menguji dengan berkata " mak cik kalau balik nanti sampaikan salam saya kepada Rasullullah saw" ...terus sahaja dia buat tak tahu dan tidak memperdulikan langsung apa yang aku katakan kepadanya...emmm jelas dia bukanlah roh arwah mak saudaraku tetapi jelas seperti apa yang aku rasakan....dia adalah makhluk yg tidak diundang...

"syaitan didalam mimpi tidak buleh menyebut selawat ke atas nabi muhammad saw"

Friday, September 7, 2012

Mimpi Noi lagi

Tanggal 18 August 2012 hari tu bersamaan dengan hari terakhir ramadhan bagi tahun ini malamnya aku terlah bermimpi bertemu dengan sahabatku arwah Noi. Dia memakai baju kurung dan mengatakan padaku yang dia akan pergi. Dia menghulurkan bag pada ku dan menyuruh aku memilih dan mengambil salah satu dari barang yang berada di dalam bag itu ...aku pun membuka bag itu dan melihat ada beberapa utas tasbih yang pelbagai warna dan dia menyuruh aku  pilih mana satu yg aku suka. Aku pun memilih dan warna yang aku pilih adalah warna kuning air...setelah itu dia lenyap dari mimpi ku.

Noi...walaupun itu sekadar mimpi tetapi mimpi itu dapat menghilangkan rasa rinduku padamu...kan kita telah  berjanji untuk menjadi kakak dan adik sehingga akhir hayat kita dan kalau diizinkan sehingga ke akhirat nanti...moga apa yg kita janjikan akan termakbul..dan kita akan berjumpa disana..semuga Allah swt membenarkan itu berlaku...insyaallah...

agar ikatan persahabatan kita tidak terputus hanya disebabkan kematian...setiap hari akan kudoakan seiring dengan alfatihah dan ianya tidak pernah lekang dari bibir ini...semuga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...aamiin.

semuga kita bertemu lagi ...insyaallah

Pertemuan menuju ke arah Pengakhiran

pertemuan...
yang akan berakhir dengan perpisahan
dimana ada pertemuan disitu menuju kita kepada perpisahan
dimana bermula kehidupan disitu mengejar kita kearah pengakhiran

pertemuan...
tidak aku ingat dimana pertemuan
tapi setiap kehidupan bermula dengan pertemuan
tidak aku lihat dimana pengakhiran
tapi setiap perjalanan akan menuju kepada pengakhiran

aku hanya barharap pada pertemuan yang satu
pertemuan pada Allah yang maha tahu
disitulah mungkin pengakhiran ku
atau satu titik permulaan di dunia yang baru....

Nukilan rasa zuraini zahari

will meet u one day....insyallah!

debu kehidupan

"kenapa aku perlu takut untuk menghadapi kehidupan, aku ada Allah dalam diriku, yang lain hanyalah sekadar debu yang menghalang pandangan pada kehidupan ini"

nukilan rasa zuraini zahari




Thursday, September 6, 2012

Mencari Ilmu Allah

Sabda Rasulluallah saw yang maksudnya, "Barang siapa ingin mudah menghafaz akan ilmunya, maka wajar baginya melazimkan lima perkara"...
1. Mendirikan sembahyang malam (qiamullail) meskipun hanya dua rakaat..
2. Senantiasa berada dalam keadaan berwuduk.
3. Senantiasa bertakwa kepada Allah sama ada di khalayak ramai ataupun ketika seorang diri... ..
4. Mengambil makanan sekadar yang perlu bagi menguatkan diri beribadat kepada Allah.
5. Senantiasa bersugi.