Wednesday, July 18, 2012

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

Salam kekawanku sekalian,

Maaf yea dah lama tak menghantar Jumaat Penghulu Hari ini…dan hari ini rindu I untuk menulis termakbul..

Kita ada beberapa hari lagi nak bulan Ramadhan kan..bulan yg mulia yang semua orang tahu cuma kekadang kita terlupa nak ambil tahu akan fadilat2 nyer…ambil peluang ini ok buat apa yang termampu untuk diri kita kerana Allah swt..Yang penting bukan manusia yang akan menilai tetapi Rabb kita yang lebih mengetahui…

Untuk itu dan pada saat2 yang dipanggil saat darurat ini*ada 3 perkara yang buleh kita lakukan sekadar untuk dikongsi bersama iaitu: *saat berhampiran dengan Ramadhan dipanggil saat darurat

Berdoa
  • agar dipanjangkan umur kita sehingga cecahnya bulan Ramadhan
  •  agar disihatkan tubuh badan kita dan dapat beribadat
  • agar dipermudahkan segala urusan kita di sepanjang bulan Ramadhan
dan akhirnya seperti biasa...sajak Ramadhan untuk semua

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

 Maaf yang mudah untuk dilafaz
 memerlukan pengertian yang dalam untuk dilihat
 bukan dilihat dengan nafaz
 tapi dilihat dengan mata makrifat

 Maaf sahabat
 Paling mudah untuk dibuat
 dan paling susah untuk didapat
 dengan kemaafan tertinggal keegoan
 dengan kemaafan terlepas kesombongan
 dengan kemaafan terputus ikatan manusia dan setan

 Bila kemaafan sudah diminta
 lepaskan ianya dengan rela
 kerana bukan untuk sesiapa
 semuanya untuk kita jua akhirnya

Sempena Ramadhan yang akan tiba
 anggaplah Ramadhan ini yang terakhir buat kita
 itupun kalau sempat kita menempuhnya
 agar segala ibadah yang terlaksana
 hanya buat Allah yang maha esa

 Untukmu semua sahabat tercinta
 tidak ku kurang walaupun seela
 ku ampunkan segala dosa yang ada
 harapanku agar kalian jua membuat yang sama

salam kemaafan dan wasallam
 Zuraini Zahari

Tuesday, July 17, 2012

Mimpi Alquran dan Keris dengan kalimah Allah

Tanggal Isnin 16 Julai 2012...aku bermimpi yang tidak aku ketahui apa maknanya..yang pasti mimpi ini memang lain dari yang lain ...tapi masih lagi merangkumi ayat-ayat Allah...tapi sebelum aku mula bercerita biarlah aku mulakan dengan....

dalam mimpi itu aku berada didalam bilik yang dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali dan berada di dalam umur lingkungan lewat 40an dan mempunyai anak 3 orang. Seorang lelaki (yg ku namakan A) dan 2 orang perempuan. Semasa anak A pulang kerumah aku telah melihat dari arah tingkap diatas yang berlangsirkan langsir putih dan kelihatan anaknya balik dengan menaiki kereta besar yang juga berwarna putih..ada 3 kereta bersusun sebelah menyebelah dan kesemuanya berwarna putih...
semasa anak lelaki dan perempuannya naik tangga ke tingkat mereka tidak memandang kepadaku tetapi sebaliknya apabila mereka hendak turun ke bawah melalui tangga...aku melihat seperti ada sesuatu yg mengekori anak lelaki A lantas aku meminta A untuk menutup pintu bilik tersebut...berhadapan dengan bilik aku ada satu bilik lagi yg pintunya senantiasa tertutup dan aku buleh melihatnya kerana bilik itu bertentangan terus dengan bilik yg aku duduk itu. Kata anak bongsu A yang juga berada di bilik bersama aku "mammy takut pada bilik yang kat depan tu". Bila A menutup pintu bilik dengan secara tiba-tiba kerusi lama yang hanya mempunyai 3 kaki (berukiran lama) dicampakkan masuk ke dalam bilik yang aku duduk itu (kerusi itu tidak buleh melekat ke lantai) aku seperti kilat terus mengangkat kerusi itu dan meletakkannya ke lantai sambil berkata "engkau tidak akan bergerak dari tempat ini sehingga ada orang yg membuka kuncinya dengan kalimah "lailahaillallah" .kemudian kerusi itu tidak bergerak lagi . Kemudian aku seperti tahu apa yg hendak aku buat telah membaca selawat nabi ...


dan meniupnya ketapak tanganku lalu aku campakkan hembusan itu pada sekeliling bilik tersebut..aku lakukan itu sebanyak 3 kali ..setelah aku lakukan demikian ..tiba-tiba ada satu getaran di dalam sebuah kabinet tergantung di atas tepi dinding bilik tersebut dan kabinet itu tertutup dan pintunya (seperti tingkap rumah) yang berukir dengan ukiran kayu lama...kabinet itu bergegar utk seketika dan pintunya tiba-tiba terbuka dan keluarlah alquran diatas reha dan keris yang bersarung dengan sarung kayu...terapung rapung terbang sendiri dan keris itu hujungnya tepat mengarah kepadaku sambil masih lagi terapung-rapung di udara...


alquran yang berada di sebelah keris itu terbuka dan aku melihat tulisan "Muhammad" (spt tulisan arab kuno) tulisan itu ditulis di atas kulit kayu dan spt ada ukiran disekelilingnya...


setelah aku melihat tulisan itu aku seperti disuruh membaca ayat didalam alquran tersebut tetapi pada saat yg genting itu aku masih lagi buleh berfikiran yang belum tiba masanya utk aku membaca ayat-ayat alquran tersebut dan aku membuat pilihan utk mengeluarkan diriku dari alam tersebut....dengan kalimah  "lailahaillallah"..aku tersedar...


YA ALLAH...BERIKANLAH AKU PERTUNJUK ..APAKAH MAKNA MIMPIKU INI....

Wednesday, June 13, 2012

syaitan menyerupai arwah noi dalam mimpi

Tanggal 10 June 2012, aku bermimpikan arwah Noi..dalam mimpi tu aku berkata..eh arwah noi kan dah tiada kenapa dia datang lagi ...tapi aku buat tak tahu pertanyaan itu..keadaan dia seperti masih sakit dan aku menyuruh dia menunggu aku sehingga aku datang untuk menjemput dia ...dalam perjalanan itu aku berjumpa dengan orang yang agak pelik tapi tidak kuhiraukan...bila sampai di tempat arwah noi menunggu...dia kelihatan semakin sakit dan aku memangkunya dan berkata pada dia agar dia tidur. Dia baring dan aku cuba untuk mendodoi dia dengan perlahan dengan bacaan "laillahaillah"..sambil menepuk-nepuk bahunya...bila sahaja aku sebut ayat Allah itu dengan serta merta dia muntah dan keluar bendalir putih bukan sahaja dari mulut tapi terkeluar dari badan serta berlubang-lubang putih dan bertompok tompok penuh dengan muntah yg dia keluarkan itu..aku cuba mengelak agar muntah itu tidak terkena padaku dan terus aku tahu..yg itu bukan arwah noi yang sebenar tetapi itu adalah syaitan yg dilaknat oleh Allah swt! nauzubillahminzalik!

Belivers indeed

I put my trust in Allah
for everything...
because i am believers indeed!!!!


By which Allah guides those who pursue His pleasure to the ways of peace and brings them out from darknesses into the light, by His permission, and guides them to a straight path
Surat Al-Ma'idah 5:16

Arah dan kembali


Bergerak menuju arah
arah yang telah ditentukan dan ditetapkan dengan pasti
kena cari panduan dengan sendiri
kena tahu matlamat arah yang diberi

bagaimana nak dipastikan arah itu adalah arah yg pasti
tanpa panduan dari yang memberi
carilah ilmu pemberi arah itu sendiri
sebelum mencari matlamat yang pasti

barulah kita yakin bila kita berdiri
bergerak sambil kita berlari
berjalan dan berhenti
bila terasa penat, muhasabah diri sambil tangan kanan memberi

ruangkan waktu untuk diri sendiri
agar kita sendiri mengerti
dalam hati ada rahsia nyer tersendiri
yakinlah itu adalah panduan untuk diri

arah telah diberi
panduan telah terbukti
jalanilah dengan yakin sekali
kerana Allah adalah kekuatan diri
dari dia kita datang dan kepada dia jualah kita kembali

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Wednesday, May 23, 2012

Hidayah

Sebenarnya..apa yang dikatakan hidayah. Pada mulanya aku rasakan apa yang aku rasakan selama ini adalah sama dengan orang lain ...adakalanya bila nama Allah aku sebut aku merasa gembira yang amat sangat, dan ada kalanya bila nama Allah ku sebut..aku merasa sedih yang amat sangat...kenapa???

itu kah yang dinamakan Hidayah? atau itu memang telah dibekalkan dalam diriku.

Aku berharap aku akan mendapat hidayah dari Allah itu....

1. Hidayah/Petunjuk/Guidance

Maksud Hidayah dari AlQur'an:
Terjemah ayat," sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.." AQ 6: 104
Akhir zaman: alQur'an itu adalah Kitab Petunjuk, zaman dahulu Hidayah datang dalam bentuk perutusan nabi-nabi. Allah tidak menyiksa sesuatu kaum itu melainkan Hidayah itu terlebih dahulu disampaikan kepada mereka. Dalil: AQ:20:134

2. Sudah tentu. dalil: "barangsiapa yg Allah kehendaki mendapat petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam" AQ: 6: 125

3. Berpindah dari keadaan jahil kepada taqwa itu adalah sesuatu yg sesuai dengan kehendak Hidayah. dalil:
"sesiapa yg berbuat sesuai dgn Hidayah, sesungguhnya dia berbuat untuk keselamatan dirinya. " AQ 17: 15
"Barangsiapa yg mengerjakan amal yg soleh, maka itu kebaikan untuk dirinya sendiri." AQ 41: 46
Hidayah itu bukan statik tapi dinamik, mesti dijaga dan disuburkan. Dalil: asSyams: 7-10

Salam sayang dariku
Zuraini Zahari

Wednesday, May 2, 2012

Kisah dalam hidupku..

Dalam hidupku, ada 2 kejadian yang ku rasakan amat pelik yg pernah berlaku.

Yang pertama:
Ketika aku berusia lebih kurang 9 tahun. Aku menangis dan merasakan terharu yang amat sangat. Tidak tahu kenapa dan mengapa perasaan itu datang padaku dan diwaktu itu masih kuingat lagi. Aku telah mengambil Al-quran dan membuka hati Al-quran (waktu itu al-quran ada tulisan merah ditengah2nya bagi menandakan itu adalah hati Al-quran). Aku dalam keadaan yang menangis tersedu-sedu telah berdoa sambil mejunjung al-quran, memohon keampunan kepada Allah swt dan berdoa agar aku dimatikan ketika aku tidur....sambil mencium al-quran itu sehingga basah al-quran yang aku cium....pelik bagiku bila memikirkan bagaimana budak berusia 9 tahun buleh mempunyai jiwa yang begitu dekat rasanya dengan Allah swt...

Yang kedua:
Ketika aku berusia belasan tahun. Aku telah dikunjungi oleh seorang tua yang berpakaian jubah serba putih bersih serta berserban. Orang tua itu bukan dari keturunan melayu tetapi seperti orang berkulit hitam berketurunan badwi. Beliau telah memberi salam dan menunjukkan syarat meminta air untuk diminum. Beliau hanya berdiri di luar pintu kawasan rumah ibuku. Aku pada waktu itu tanpa ada rasa curiga telah pergi ke dapur dan menyediakan air kosong sejuk serta beralas seperti untuk menghidangkan pada tetamu. Setelah aku memberikan pada orang tua itu dia lalu membaca bismillah dan meminum air itu dengan satu nafas sehingga habis. Kemudian dia serahkan gelas itu padaku serta telah menadah tangan lalu berdoa dalam bahasa arab dan buleh didengar olehku (seolah-olah doa itu adalah untukku). Aku ketika itu hanya memerhatikannya sahaja dan kemudian orang itu berlalu dan hilang dari pandangan...pelik bagiku kerana dia menghilangkan diri begitu cepat sekali dan kenapa dia datang kerumah ku hanya sekadar utk menumpang minum dan berdoa serta menghilangkan diri dgn begitu sahaja....