Dalam hidupku, ada 2 kejadian yang ku rasakan amat pelik yg pernah berlaku.
Yang pertama:
Ketika aku berusia lebih kurang 9 tahun. Aku menangis dan merasakan terharu yang amat sangat. Tidak tahu kenapa dan mengapa perasaan itu datang padaku dan diwaktu itu masih kuingat lagi. Aku telah mengambil Al-quran dan membuka hati Al-quran (waktu itu al-quran ada tulisan merah ditengah2nya bagi menandakan itu adalah hati Al-quran). Aku dalam keadaan yang menangis tersedu-sedu telah berdoa sambil mejunjung al-quran, memohon keampunan kepada Allah swt dan berdoa agar aku dimatikan ketika aku tidur....sambil mencium al-quran itu sehingga basah al-quran yang aku cium....pelik bagiku bila memikirkan bagaimana budak berusia 9 tahun buleh mempunyai jiwa yang begitu dekat rasanya dengan Allah swt...
Yang kedua:
Ketika aku berusia belasan tahun. Aku telah dikunjungi oleh seorang tua yang berpakaian jubah serba putih bersih serta berserban. Orang tua itu bukan dari keturunan melayu tetapi seperti orang berkulit hitam berketurunan badwi. Beliau telah memberi salam dan menunjukkan syarat meminta air untuk diminum. Beliau hanya berdiri di luar pintu kawasan rumah ibuku. Aku pada waktu itu tanpa ada rasa curiga telah pergi ke dapur dan menyediakan air kosong sejuk serta beralas seperti untuk menghidangkan pada tetamu. Setelah aku memberikan pada orang tua itu dia lalu membaca bismillah dan meminum air itu dengan satu nafas sehingga habis. Kemudian dia serahkan gelas itu padaku serta telah menadah tangan lalu berdoa dalam bahasa arab dan buleh didengar olehku (seolah-olah doa itu adalah untukku). Aku ketika itu hanya memerhatikannya sahaja dan kemudian orang itu berlalu dan hilang dari pandangan...pelik bagiku kerana dia menghilangkan diri begitu cepat sekali dan kenapa dia datang kerumah ku hanya sekadar utk menumpang minum dan berdoa serta menghilangkan diri dgn begitu sahaja....
No comments:
Post a Comment