Memang benarlah kata-kata mu Ya Allah. Setiap apa yang kita
persoalkan di benak kepala kita semuanya berada didalam pengetahuanMU.
Komunikasi yang terbaik adalah Alquran. Itulah segala-galanya yang akan
menjawab segala permasalahan dan kebuntuan kita. Mukjizat yang tiada siapa dapat
mengubahnya. Bila kita membacanya semua persoalan akan terjawab komunikasi dua
hala diantara kita dengan NYA.
Kisah hidupku.
Dalam pejalanan aku tempuh hari aku mempunyai pelbagai persoalan dan aku lepaskan kepada Allah untuk menjawabnya. Hanya padaNYA lah tempat untuk aku mengadu segala permasalahanku. Bagi aku hidup ini adalah dugaan dan cabaran yang diperbentangkan untuk aku mengahadapinya.
Malamnya aku bermimpi.
Aku diberi peluang untuk membeli satu bekas yang berisi makanan yang berharga RM14 . Aku teringin makanan itu kerana bagi aku harganya murah dan aku sukakannya tetapi aku tidak mengambilnya. Kemudian aku didatangi oleh seseorang yang berpakaian putih dan memberi aku peluang untuk membeli makanan itu dengan harga RM10. Dan dia sendiri akan menolong aku untuk membeli nya. Aku berminat dengan harga yang ditawarkan dan aku membeli 2 dan aku serahkan RM20 (RM10 sebanyak 2 keping). Kemudian aku tersedar dari mimpi.
Esoknya aku melihat didalam tafsiran alquran. Subhanallah! Apa yang aku kata dan tanyakan didalam persoalan aku pagi tadi sudah terjawab. Aku mencari di dalam tafsiran alquran melalui 3 cara.
Yang pertama: RM14 dan RM10 = Surah Ibrahim 14 Ayat 10
Yang kedua: RM10 dan RM14 = Surah Yunus 10 Ayat 14
Yang ketiga: RM20 dan RM14 = Surah Ta'ha 20 Ayat 14
Ayat ini benar-benar menyentap hatiku dan menyusuk kalbuku
Ya Allah...tiadalah AKU tanpa MU.
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
No comments:
Post a Comment