Mengerti dalam keadaan tidak mengerti
Semuanya mimpi Harus diingat mimpi
Jasad yang ada cuma untuk manusia terjadi
Sifat bagaimana yang dicari dan telah dipandu untuk mencari
Terus berjuang dalam keadaan yang pasti
Yang tidak pasti adalah berkenaan dengan diri sendiri
Pasrahnya aku dalam apa yang terjadi
Adakah kerana aku adalah diriku sendiri
Kefahaman hanya datang sekali
Semuanya telah mati atau lupa diri
Mati kedua sudah pasti
Cuma belum datang menjengah diri
Aku harap dengan harapan yang tinggi
Agar apa yang terjadi adalah mimpi
Mimpi ngeri yang pasti akan pergi
Dan aku tidak berharap yang ianya akan kembali
Aku menanti hari untuk aku pergi
Sebab dunia ini bukanlah untuk aku bersemadi
Ianya bukan untuk diriku berdiri
Kerana Aku tidak layak duduk disini
DemiMu yang Abadi
Aku serahkan HATIku ini
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
No comments:
Post a Comment