Tanggal 18 Mar 2013.
Aku ke surau utk menunaikan fardhu zuhur. Sampai sahaja aku disurau aku melihat muslimat sedang bersembayang jemaah yang diimamkan oleh ustaz. Aku tergesa-gesa mengambil air sembayang untuk bersama-sama berjemaah bersama ustaz dan aku turut serta bersama jemaah dalam rakaat yang kedua.. Setelah imam memberi tahiyat akhir aku pun bangun utk menyambungkan rakaat aku yg tertinggal tadi. Bila aku bangun dengan tidak semena-mena aku terbatuk dengan batuk yg agak kuat sehingga menyebabkan aku terbuang air kecil. Lalu aku membatalkan sembayang ku dan dalam keadaan yang masih batuk lagi aku terus berlari keluar dari surau ke bilik air dimana jaraknya lebih kurang 30 meter. Tanpa aku sedari, aku tidak memakai tudung. Bila aku sampai ke bilik air tersebut, aku bersuci dan membersihkan diri ku. Ketika itu barulah aku sedar yang aku tidak memakai tudung...Astarafirullaalazimm...
Apa yg telah aku lakukan dan apa yang hendak Allah tunjukkan kepadaku. Bagiku tidaklah lain selain dari aku tidak bersungguh-sungguh dalam memenuhi perintah Allah terhadap diriku. Ya Allah ampunkan lah hambamu ini...aku tercari-cari jalan utk aku keluar agar tidak ada umat adam yang akan melihat aku dgn tidak bertudung. Lalu aku mengambil tisu di dalam tandas dan ku gulungkan di kepala ku agar sebahagian dari rambutku tertutup dengan tisu2 tersebut. Aku keluar sambil berlari dan terus menuju ke surau tanpa memandang kiri dan kanan. Hanya Allah aje yang tahu perasaan aku ketika itu.
Aku terus mengangkat air sembayang dan meneruskan sembayang zuhur (bukan berjemaah) dan selesai sembayang zuhur aku terus langsungkan dengan sembayang taubat. Semuga Allah mengampunkan dosa-dosaku.
Aku dapat singnal dari Allah. Ini adalah pengajaran dan amaran buatku atas kelakuan aku sebelum ini. Semuga aku mendapat iktibar darinya dan insyallah akan ku cuba utk memastikan bahawa diriku akan lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajiban ku (menutup aurat) dengan lebih berhati-hati kepada Allah swt.
Ampunkan dosaku ya Allah. Berilah doa yang terbaik buatku. Amin ya raballaalamin.
Aku terus mengambil tafsiran alquran dan bermohon kepada Allah agar memberikan aku pertunjuk atas kejadian tadi.
Surah Al-Maidah (Juzuk 5) Ayat 91-92
No comments:
Post a Comment