Tuesday, March 26, 2013

Kata-kata untuk ingatan bersama

Usah dengki dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya
kerana kita tidak mengetahui apa yang telah diambil oleh Allah darinya,
usahlah pula kita merasakan kesedihan diatas apa yang menimpa kepada kita diatas sesuatu itu,
kerana kita tidak tahu terhadap apa yang akan digantikan lebih baik dari apa yang ditimpa itu,
senantiasalah menyebut Alhamdulillah
pada setiap saat, ketika dan
dimana jua kita berada...

Monday, March 25, 2013

Berhadapan dengan ujian dan dugaan Allah swt

Bila kita berhadapan dengan masalah yang menganggu jiwa dan raga kita. Ianya pada pandangan mata kita amat sukar untuk kita terima dan amat sukar untuk kita menghadapinya..INGATLAH....kembalilah kepada fitrah kita dan siapa diri kita...kita ini hanyalah manusia yang lemah dan tiada daya kita melainkan dengan kuasa Allah swt. Sememangnya kita di jadikan di muka bumi ini untuk menghadapi ujian dan dugaan seperti mana firman Allah swt didalam Surah Al-Ankabut Ayat 2..


Setiap dugaan dan ujian yang terasa berat untuk kita tanggung hendaklah kita mulakan dengan menerima..menerima...menerima..dugaan tersebut....setelah kita menerima barulah ketenangan dapat kita rasai. Hanya dengan jiwa yang tenang baru kita dapat memikirkan langkah untuk mengatasinya. Mulakanlah jiwa yang tenang itu dengan bismillah dan berfikir bagaimana tindakan yang harus kita mulakan untuk berhadapan dengan situasi tersebut..

Sekiranya kita masih lagi tidak mendapat cara dan jalan untuk menyelesaikannya...ingatlah...kita makhluk Allah swt dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Berbaliklah kita kepada mukjizat Allah swt..dapatkan ia..dan mintaklah pertunjuk dari Allah swt..dan rujuklah Alquran..kita akan dapat jawapan dari apa yang sedang kita hadapi..insyallah.

Sabda Rasulluallah saw yang bermaksud:
“Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Doa ku hari ini: Surah Al-Rum Ayat 48

Hari ini aku berada didalam keadaan yang tenang dan aku menyedari bahawa Allah ada bersama ku...aku tidak mengharapkan apa-apa dari manusia kerana aku pasti kekasih nabi Muhammad saw lebih berkuasa dari segalanya...apa perlu aku khuatir dan bimbang tentang apa yang tidak mereka berikan pada ku?? kerana aku ada ALLAH dan dia senantiasa memberi hanya yang terbaik buatku..aku YAKIN dan keyakinan aku itu terserlah setelah aku bermohon dengan Allah agar berilah aku kekuatan yang terbaik melalui mukjizat al Quran yang diturunkannya...maha suci Allah....


Surah Al Maidah Ayat 8


Monday, March 18, 2013

Surah Al Maidah Ayat 91-92

Tanggal 18 Mar 2013.

Aku ke surau utk menunaikan fardhu zuhur. Sampai sahaja aku disurau aku melihat muslimat sedang bersembayang jemaah yang diimamkan oleh ustaz. Aku tergesa-gesa mengambil air sembayang untuk bersama-sama berjemaah bersama ustaz dan aku turut serta bersama jemaah dalam rakaat yang kedua.. Setelah imam memberi tahiyat akhir aku pun bangun utk menyambungkan rakaat aku yg tertinggal tadi. Bila aku bangun dengan tidak semena-mena aku terbatuk dengan batuk yg agak kuat sehingga menyebabkan aku terbuang air kecil. Lalu aku membatalkan sembayang ku dan dalam keadaan yang masih batuk lagi aku terus berlari keluar dari surau ke bilik air dimana jaraknya lebih kurang 30 meter. Tanpa aku sedari, aku tidak memakai tudung. Bila aku sampai ke bilik air tersebut, aku bersuci dan membersihkan diri ku. Ketika itu barulah aku sedar yang aku tidak memakai tudung...Astarafirullaalazimm...

Apa yg telah aku lakukan dan apa yang hendak Allah tunjukkan kepadaku. Bagiku tidaklah lain selain dari aku tidak bersungguh-sungguh dalam memenuhi perintah Allah terhadap diriku. Ya Allah ampunkan lah hambamu ini...aku tercari-cari jalan utk aku keluar agar tidak ada umat adam yang akan melihat aku dgn tidak bertudung. Lalu aku mengambil tisu di dalam tandas dan ku gulungkan di kepala ku agar sebahagian dari rambutku tertutup dengan tisu2 tersebut. Aku keluar sambil berlari dan terus menuju ke surau tanpa memandang kiri dan kanan. Hanya Allah aje yang tahu perasaan aku ketika itu.

Aku terus  mengangkat air sembayang dan meneruskan sembayang zuhur (bukan berjemaah) dan selesai sembayang zuhur aku terus langsungkan dengan sembayang taubat. Semuga Allah mengampunkan dosa-dosaku.

Aku dapat singnal dari Allah. Ini adalah pengajaran dan amaran buatku atas kelakuan aku sebelum ini. Semuga aku mendapat iktibar darinya dan insyallah akan ku cuba utk memastikan bahawa diriku akan lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajiban ku (menutup aurat) dengan lebih berhati-hati kepada Allah swt.

Ampunkan dosaku ya Allah. Berilah doa yang terbaik buatku. Amin ya raballaalamin.

Aku terus mengambil tafsiran alquran dan bermohon kepada Allah agar memberikan aku pertunjuk atas kejadian tadi.

Surah Al-Maidah (Juzuk 5) Ayat 91-92

Friday, March 15, 2013

Doaku hari ini

"Wahai Allah.....
Iblis juga adalah hambaMU, engkau berkuasa penuh ke atasnya. Dia dapat melihat aku sedangkan aku tidak dapat melihatnya.  Engkau melihatnya dan berkuasa ke atas segala tindak tanduknya dan dia tidak berkuasa walau sedikitpun ke atas segala tindakanMU. Ya Allah, jauhilah dia daripada menghasutku supaya melakukan maksiat dan bertindaklah ke atasnya sekiranya dia melakukan tipu daya terhadapku.  Aku memohon perlindunganMU daripada kejahatannya dan dengan pertolonganMU aku dapat menjauhinya"


Monday, March 11, 2013

Surah Al-Mukminun Ayat 114

Doa Jumaat Tanggal 8 Mac 2013
Pengalaman kedua aku yang ku rasakan seperti satu keajaiban.....

Aku ke kelas mengaji dan hadir lebih awal dari biasa.. Aku duduk seorang diri sambil berzikir dan hati aku terasa ingin memohon kehadrat Allah swt doa yang terbaik buat aku ketika itu...aku tanamkan dalam hati dengan niat lalu membuka tafsiran al-quran di hadapan ku dan mengalihkan jari ku terus ke mana-mana arah yang tergerak oleh jari telunjukku....setelah ku baca ayat alquran tersebut terus aku menyelak maknanya...Subahanallah! makna dalam ayat tersebut memang menjawab kepada persoalan yang aku dan temanku "kak nor" sering perkatakan untuk beberapa hari yang lalu....ayat ini memberi jawapan yang pasti tentang apa yang kami bincangkan...maha suci Allah..engkau memang mengetahui segala-galanya  dan sering memperingatkan aku tentang hal-hal yang terbaik buatku...terimakasih Allah....hanya kau lah satu-satunya tempat pergantungan ku di dunia dan akhirat...amin..

Surah Al-Mukminun 23 Ayat 114

Friday, March 8, 2013

Elakkan perkataan "KALAU"

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud " mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada ALLAH. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata "sekiranya (KALAU) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah itu merupakan takdir ALLAH dan dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya "KALAU" akan membuka kan pintu amalan syaitan...Riwayat Muslim