Tuesday, July 31, 2012

Tawakkal and pray to Allah

Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok hari..

Tiada siapa yang tahu...melainkan ALLAH..
kerana itu ada keajaiban dalam Islam iaitu TAWAKKAL
Tawakkal membuat kita jadi hebat
Hati yang penuh dengan penyerahan kepada ALLAH pasti indah


"Ya ALLAH dengan Rahmatmu aku minta pertolongan perbaikilah segala urusanku,
Janganlah engkau serahkan diriku ini kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata"
Aamiin...



Wednesday, July 25, 2012

HIASI PERCAKAPANMU


Satu yang baik untuk aku kongsi bersama...bagaimana cara kita bercakap mempengaruhi penuh sifat2 dalaman diri kita dan menyerlahkan keperibadian sebenar kita. Semuga sahabat semua dapat menjaga tutur kata dan cara kita berkomunikasi agar kita senantiasa menghiasi diri kita dan keperibadian kita sehingga Allah redha dan melihat kita dengan pandangan hamba yang disayanginya. Insyallah!

Ada baiknya sekiranya kita memahami kelebihan orang lain dalam berbicara. Ada empat jenis perkataan iaitu:

1- Perkataan yang bijak

Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata-kata orang yang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah dari percakapan itu.

2- Perkataan orang biasa

Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama 2 jam digunakan bagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu sahaja. Orang itu berada dalam kerugian.

3- Perkataan orang yang martabatnya rendah

Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapannya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang, makanan ini kurang panas.” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula,” katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, “Lebih sedap sekiranya ada kicap.” Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.

Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang bandar ada-ada saja kerjanya.” Melihat ustaz pula, “Ah, kerjanya hanya cakap kosong sahaja.” Semua menjadi perkara yang kurang senang dimatanya.” Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja. Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.

4- Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya.” Orang seperti ini mahu dirinya dihargai masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya.  Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

Semoga Allah Yang Maha Mendengar meletakkan kita di kalangan orang-orang yang berasa dirinya sentiasa hampir dengan Allah, dan Allah sentiasa mendengar semua daripadanya.  Terjadinya pembohongan adalah kerana orang yang membuat pembohongan itu tidak merasakan segala percakapannya didengari oleh Allah. Kita tidak perlu kepada kata-kata yang indah. Apa yang kita perlukan adalah kata-kata yang dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan manusia. Allah menjadikan setiap kata-kata kita terpahat di hati orang yang mendengarnya.

Wednesday, July 18, 2012

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

Salam kekawanku sekalian,

Maaf yea dah lama tak menghantar Jumaat Penghulu Hari ini…dan hari ini rindu I untuk menulis termakbul..

Kita ada beberapa hari lagi nak bulan Ramadhan kan..bulan yg mulia yang semua orang tahu cuma kekadang kita terlupa nak ambil tahu akan fadilat2 nyer…ambil peluang ini ok buat apa yang termampu untuk diri kita kerana Allah swt..Yang penting bukan manusia yang akan menilai tetapi Rabb kita yang lebih mengetahui…

Untuk itu dan pada saat2 yang dipanggil saat darurat ini*ada 3 perkara yang buleh kita lakukan sekadar untuk dikongsi bersama iaitu: *saat berhampiran dengan Ramadhan dipanggil saat darurat

Berdoa
  • agar dipanjangkan umur kita sehingga cecahnya bulan Ramadhan
  •  agar disihatkan tubuh badan kita dan dapat beribadat
  • agar dipermudahkan segala urusan kita di sepanjang bulan Ramadhan
dan akhirnya seperti biasa...sajak Ramadhan untuk semua

Kemaafan terakhir sebelum Ramadhan tahun ini

 Maaf yang mudah untuk dilafaz
 memerlukan pengertian yang dalam untuk dilihat
 bukan dilihat dengan nafaz
 tapi dilihat dengan mata makrifat

 Maaf sahabat
 Paling mudah untuk dibuat
 dan paling susah untuk didapat
 dengan kemaafan tertinggal keegoan
 dengan kemaafan terlepas kesombongan
 dengan kemaafan terputus ikatan manusia dan setan

 Bila kemaafan sudah diminta
 lepaskan ianya dengan rela
 kerana bukan untuk sesiapa
 semuanya untuk kita jua akhirnya

Sempena Ramadhan yang akan tiba
 anggaplah Ramadhan ini yang terakhir buat kita
 itupun kalau sempat kita menempuhnya
 agar segala ibadah yang terlaksana
 hanya buat Allah yang maha esa

 Untukmu semua sahabat tercinta
 tidak ku kurang walaupun seela
 ku ampunkan segala dosa yang ada
 harapanku agar kalian jua membuat yang sama

salam kemaafan dan wasallam
 Zuraini Zahari

Tuesday, July 17, 2012

Mimpi Alquran dan Keris dengan kalimah Allah

Tanggal Isnin 16 Julai 2012...aku bermimpi yang tidak aku ketahui apa maknanya..yang pasti mimpi ini memang lain dari yang lain ...tapi masih lagi merangkumi ayat-ayat Allah...tapi sebelum aku mula bercerita biarlah aku mulakan dengan....

dalam mimpi itu aku berada didalam bilik yang dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali dan berada di dalam umur lingkungan lewat 40an dan mempunyai anak 3 orang. Seorang lelaki (yg ku namakan A) dan 2 orang perempuan. Semasa anak A pulang kerumah aku telah melihat dari arah tingkap diatas yang berlangsirkan langsir putih dan kelihatan anaknya balik dengan menaiki kereta besar yang juga berwarna putih..ada 3 kereta bersusun sebelah menyebelah dan kesemuanya berwarna putih...
semasa anak lelaki dan perempuannya naik tangga ke tingkat mereka tidak memandang kepadaku tetapi sebaliknya apabila mereka hendak turun ke bawah melalui tangga...aku melihat seperti ada sesuatu yg mengekori anak lelaki A lantas aku meminta A untuk menutup pintu bilik tersebut...berhadapan dengan bilik aku ada satu bilik lagi yg pintunya senantiasa tertutup dan aku buleh melihatnya kerana bilik itu bertentangan terus dengan bilik yg aku duduk itu. Kata anak bongsu A yang juga berada di bilik bersama aku "mammy takut pada bilik yang kat depan tu". Bila A menutup pintu bilik dengan secara tiba-tiba kerusi lama yang hanya mempunyai 3 kaki (berukiran lama) dicampakkan masuk ke dalam bilik yang aku duduk itu (kerusi itu tidak buleh melekat ke lantai) aku seperti kilat terus mengangkat kerusi itu dan meletakkannya ke lantai sambil berkata "engkau tidak akan bergerak dari tempat ini sehingga ada orang yg membuka kuncinya dengan kalimah "lailahaillallah" .kemudian kerusi itu tidak bergerak lagi . Kemudian aku seperti tahu apa yg hendak aku buat telah membaca selawat nabi ...


dan meniupnya ketapak tanganku lalu aku campakkan hembusan itu pada sekeliling bilik tersebut..aku lakukan itu sebanyak 3 kali ..setelah aku lakukan demikian ..tiba-tiba ada satu getaran di dalam sebuah kabinet tergantung di atas tepi dinding bilik tersebut dan kabinet itu tertutup dan pintunya (seperti tingkap rumah) yang berukir dengan ukiran kayu lama...kabinet itu bergegar utk seketika dan pintunya tiba-tiba terbuka dan keluarlah alquran diatas reha dan keris yang bersarung dengan sarung kayu...terapung rapung terbang sendiri dan keris itu hujungnya tepat mengarah kepadaku sambil masih lagi terapung-rapung di udara...


alquran yang berada di sebelah keris itu terbuka dan aku melihat tulisan "Muhammad" (spt tulisan arab kuno) tulisan itu ditulis di atas kulit kayu dan spt ada ukiran disekelilingnya...


setelah aku melihat tulisan itu aku seperti disuruh membaca ayat didalam alquran tersebut tetapi pada saat yg genting itu aku masih lagi buleh berfikiran yang belum tiba masanya utk aku membaca ayat-ayat alquran tersebut dan aku membuat pilihan utk mengeluarkan diriku dari alam tersebut....dengan kalimah  "lailahaillallah"..aku tersedar...


YA ALLAH...BERIKANLAH AKU PERTUNJUK ..APAKAH MAKNA MIMPIKU INI....