Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Thursday, January 19, 2012
Hari ini Dr Haji Ustaz Zahazan Mohamed menyampaikan ceramahnya dan topik perbincangannya hari ini adalah Tafsiran Alquran - Surah Al-luqman. Surah ini berkenaan tentang Pendidikan. Luqman adalah seorang hamba pada zaman nabi daud. Beliau kuat sembayang dan berpuasa sehinggakan tuannya amat kesian melihat beliau. Beliau tiada paras rupa tetapi seorang yang bijaksana. Beliau dilahirkan dan meninggal sebelum kedatangan nabi Muhammad saw. Telah diberitahu 3 orang hitam yang akan mendahului orang lain memasuki syurga iaitu 1) Bilal 2) Mahjah 3) Luqman. Banyak juga pengajaran yang didapati dalam ceramah ini dan diantaranya adalah senantiasa melapiskan ayat kita dengan insyaallah bila menjanjikan sesuatu kepada seseorang.
Dalam mengajar anak-anak ikutlah cara Luqman dia merangkumi: 1) Hidayah 2) Aqidah 3)Interaksi dengan alam sekitar 4) Ajaran agama (masukkan anak2 ke sekolah agama). Ustaz mengalakkan kita membaca buku Imam Al-Bukhairi dan menceriktan sikit pasal kehidupan imam bukhairi masa dia kecil. Masa kecilnya dia adalah seorang yang buta tapi ibunya tidak pernah padam dari berdoa untuknya. Pada usianya 7tahun, ibunya mendapat mimpi kehadiran Nabi ibrahim dan dalam mimpi itu menyatakan yg doanya telah dimakbulkan oleh Allah supaya anaknya tidak buta lagi. Bila ibunya bangun dari tidur, benarlah seperti dalam mimpinya anaknya sudah tidak buta lagi. Ibu-ibu adalah sangat digalakkan agar berdoa kerana doa ibu itu amat makbul.Berdoalah senantiasa kepada Allah...semuga doa kita dimakbulkan olehnya. Ilmu yang dicari biarlah sedikit tapi berterusan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment