Monday, January 30, 2012

Selimut Putih

SELIMUT PUTIH


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan


Salam sayang dariku
Zuraini Zahari

Friday, January 20, 2012

Mengadap Muka Kepada Allah

MENGADAP MUKA KEPADA ALLAH
Apakah maksud ayat ini
mengadap mukamu kepada Allah
dalam setiap kelakuan diri
hanyalah padamu Allah yang ku cintai

Mendapat cinta Allah buleh kita perolehi
hadaplah mukamu kepada Allah setiap hari
beriring dengan redhanya insyallah pasti
cuma perlu mengenali diri sendiri yang tidak kita peduli

Jangan dilihat pada hakikat diri
akan menuju kita kepada duniawi
lihatlah dengan mata hati dan jiwa yang tersendiri
akan bergetar hatimu nanti dan berkata dengan sendiri
terimalah kata hati yang pertama diberi
itulah isyarat yang perlu dikau teliti

Raqib dan Atid mencatat perbuatan diri
malunya diri bila dihadapkan ke rabbmu nanti
seluruh amalan akan diberi
tidakkah kita malu dengan diri sendiri

Perhatikan cermin yang menilai diri
seperti membalik pada diri sendiri
perhatikan setiap kelakuan yang telah kita lalui
adakah layak untuk kita akui
syurga adalah tempatku di akhirat nanti

Pelik benar keadaan diri
telah dicerminkan berhari-hari
tapi tak pernah kita sedari
jasad di neraka tapi syurga yang dinanti

Mengadaplah muka kepada Allah
serahkan seluruh jiwa dan hati
baru akan terasa betapa malunya diri
entah dimana tempat kita nanti

Menghalang diri dari mengadap muka kepada illahi
samalah seperti menghinakan diri sendiri
mencipta krisis dengan pencipta diri
itulah punca keresahan hati

Allah yang memberi hati
dia jualah yang mengawal hati
tidak terlepas dirimu yang rugi
disebabkan berpalingnya wajahmu sendiri

Tanyalah yang ada didalam diri
pada siapakah harus kuhadapkan wajah ku setiap hari
pada dunia yang sementara ini
atau pada kekasihku Allah yang tidak akan mati

Insyaallah terselamat kita nanti
kalau redha Allah kita perolehi
jangan dikau palingkan mukamu kini
kerana Allah akan memalingkan rahmatnya di akhirat nanti

Mengadap muka kepada Allah
menjadi amalan ku setiap hari
akan ku pegang amanat ini
dan jadikan ayat ini sebagai pengamal diri..
insyaallah!!!

Surat Al-'An`âm (The Cattle) -
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

Salam sayang dariku
Zuraini Zahari

Mimpi Selipar


Malam tadi tanggal 19 Januari 2012 Khamis malam Jumaat. Sebelum aku masuk tidur aku memang mengamalkan 3 Qul dan ayat kursi berulang kali sehingga aku tertidur dan malam itu aku bermimpi:Aku masuk ke dalam pejabat dan suasana di pejabatku masa tu adalah suasana diantara gelap dan bercahaya. Bila aku menjejaki kakiku ke pejabatku terus aku terlihat di lantai pejabatku penuh dengan kaca-kaca halus yang hanya aku sahaja yg melihatnya. Terus berdetik didalam hati aku macam mana aku nak memijak lantai ini dan fikiran ku ada pada teman pejabatku yg dalam mimpi itu menyatakan dia pergi sembayang. Aku terus ke tempat beliau dan melihat sepasang selipar berada di bawah mejanya. Selipar itu didalam keadaan sebelah terletak elok dan sebelah lagi terbalik keatas. Terus aku mengambil selipar itu dan memakainya dan aku tersedar dari mimpi. Aku tak tahu apa makna mimpi ku itu tapi yang aku tahu siang harinya kawan ku ada menanyakan kepadaku tentang seorang teman yang bukan islam tetapi sering sakit bila pergi ke pejabat dan bila dia balik rumah sahaja keadaannya menjadi normal. Dan mungkin ini signal dari Allah untuk memberitahu pada kawanku itu yg dia harus berhati-hati. Tapi bagaimana caranya...apa simbol selipar???? pelapik kaki dari kena benda2 yg merbahaya...emmm aku yakin dia buleh gunakan ayat "Bismillah" untuk masuk ke pejabat dan insyallah akan menjadi pelapik dirinya dari benda2 yg merbahaya itu...tapi dia bukan islammm....tapi dia manusia dan ciptaan Allah jua dan sekiranya dia yakin dengan ayat Allah ini...insyaallah dia akan terhalang dari benda2 tak elok itu...insyallah.

Thursday, January 19, 2012

Hari ini Dr Haji Ustaz Zahazan Mohamed menyampaikan ceramahnya dan topik perbincangannya hari ini adalah Tafsiran Alquran - Surah Al-luqman. Surah ini berkenaan tentang Pendidikan. Luqman adalah seorang hamba pada zaman nabi daud. Beliau kuat sembayang dan berpuasa sehinggakan tuannya amat kesian melihat beliau. Beliau tiada paras rupa tetapi seorang yang bijaksana. Beliau dilahirkan dan meninggal sebelum kedatangan nabi Muhammad saw. Telah diberitahu 3 orang hitam yang akan mendahului orang lain memasuki syurga iaitu 1) Bilal 2) Mahjah 3) Luqman. Banyak juga pengajaran yang didapati dalam ceramah ini dan diantaranya adalah senantiasa melapiskan ayat kita dengan insyaallah bila menjanjikan sesuatu kepada seseorang. Dalam mengajar anak-anak ikutlah cara Luqman dia merangkumi: 1) Hidayah 2) Aqidah 3)Interaksi dengan alam sekitar 4) Ajaran agama (masukkan anak2 ke sekolah agama). Ustaz mengalakkan kita membaca buku Imam Al-Bukhairi dan menceriktan sikit pasal kehidupan imam bukhairi masa dia kecil. Masa kecilnya dia adalah seorang yang buta tapi ibunya tidak pernah padam dari berdoa untuknya. Pada usianya 7tahun, ibunya mendapat mimpi kehadiran Nabi ibrahim dan dalam mimpi itu menyatakan yg doanya telah dimakbulkan oleh Allah supaya anaknya tidak buta lagi. Bila ibunya bangun dari tidur, benarlah seperti dalam mimpinya anaknya sudah tidak buta lagi. Ibu-ibu adalah sangat digalakkan agar berdoa kerana doa ibu itu amat makbul.Berdoalah senantiasa kepada Allah...semuga doa kita dimakbulkan olehnya. Ilmu yang dicari biarlah sedikit tapi berterusan..

Wednesday, January 11, 2012

Kenyakinan pada Allah

Kenyakinan pada Allah

Apakah itu kenyakinan diri
Lihat dan tanyalah pada dirimu sendiri
Adakah Allah di dalam diri
Adakah dapat dirimu merasai

Merasa dengan hati yang tidak mati
Merasa dengan jiwa yang tidak tuli
Hubungkan Allah dengan kehidupan sendiri
Itulah dia kenyakinan diri

Lihatlah hidup yg bermasalah dan rumit sekali
Dengan pelbagai masalah yang kita lalui
Ketika kita berhadapan dengan masalah ini
Cuba perhatikan sejauh mana kenyakinan diri
Pada Allah yang empunya diri

Jika ya jawapan yang diberi
Pasti akan terasa jiwa mu nanti
Ketenangan di dalam hati
Seperti diselesaikan semua masalah yang diberi
Doamu dikalbuli dan perbuatan mu sering diawasi

Kenyakinanan sepenuhnya kepada pencipta diri
yang menguruskan rezeki berpahat teguh di dalam hati
Sambil melahirkan pengantungan sepenuh hati
Sehingga kepasrahan tulen senantiasa membenteng diri

Pabila berhadapan dengan ujian untukmu
Ingatlah pesan datuk nenekmu
Berbuatlah baik jadikan amalan harianmu
Kenapakah mereka berkata begitu
Kerana pengalaman dulu menjadi pedoman untukmu

Yakinlah temanku kepada kenyakinan dirimu
bila Allah ada didalam jiwamu
maka ketika itu Allah menemanimu
tapi bila Allah tidak ada didalam hatimu

ketika itu syaitan akan menjadi teman setiamu
jiwamu resah, mudah marah ,buruk sangka merangkum kalbu
manakan tidak terjadi begitu
kerana bersemayam syaitan menjadi ratu

Itulah punca kerumitan dan kepayahanmu
Ada kaitannya dengan kenyakinan kepada rabmu
Bila kenyakinan tidak berpasak dalam jiwamu
Berhempas pulaslah menyelesaikan masalamu
Tekanan jiwa juga akhirnya untukmu

Itulah dia punca masaalahmu
Bila syaitan telah menjadi ratu
Ingatah selalu wahai kawanku
Yakinlah keimanan ada padamu

Bukan mudah untuk dikecapi
Bukan juga susah untuk didapati
Cuma perlu berlajar sehari-hari
Agar keyakinan kepada Allah diperolehi
Jadikan ia keyakinan yang hakiki
Insyallah..itulah yang terbaik sebelum mati menjemput diri.

Salam sayang dariku
Zuraini Zahari

Kesilapan yang tidak nyata

Salam kekawanku sekalian,

Saya mulakan dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan yang menjadikan segala perkara yang tidak ada bandingannya, Tuhan yang membukakan segala pintu perkataan, Yang mengurniakan segala punca pemberian dan yang mengilhamkan setiap jawapan bagi semua persoalan.

Jumaat pertama untuk tahun ini
Terasa aman dan sejuk sekali
mungkin dosaku telah kalian ampuni
atau terperasan sendiri kerana aircond sejuk sekali

Hehehe itulah pembuka kata untuk kali ini
diharap dosaku telah kalian ampuni
segala terkutuk terkata yang menghinakan diri
bak kata perpatah segala dosaku ini telah kalian ampuni

Tapi bukan sekadar itu sahaja
bukan ianya datang dengan sengaja
tapi datangnya ia dengan penuh bermakna
untuk menghapuskan segala dosa
kekawan ku yang kemungkinan ada

Ucapan itu adalah sekadaran sahaja
yang paling penting dosamu padaku telah tiada
telah kuampunkan segala dosa
baik yang kelihatan ataupun buta

bacalah poem dariku yang tak seberapa
sekadar ingatan sesama kita
harapan tinggi agar jadi amalan bersama
bukan hanya untuk didunia bakkan di akhirat jua

KESILAPAN YANG TIDAK NYATA

bercerita pasal orang memang seronok
tapi lebih seronok bercerita pasal diri sendiri
melihat kekurangan orang memang mengelikan hati
tapi kekurangan diri sendiri sebenarnya lebih mengelikan hati

tanpa kita sedari setiap perbuatan jasad ini
sebenarnya membalikkan pada diri sendiri
cuba perhatikan setiap kejadian yang telah kita lalui
masihkah lagi kita cuba untuk tidak mengakui

sedarlah kamu wahai diri
kamu adalah manusia yang telah ternodai
bukan sahaja pada dirimu sendiri
tetapi juga pada rohmu yang suci

adalah lebih baik jasad mendiamkan diri
dari bertambah dosa yang sendiri rekai
bertaubatlah dengan diri sendiri
agar kesilapan tidak diulangi

walaupun bukan kehendak diri
tapi ianya adalah kewajipan untuk jiwa nurani
apa yang sering menghalang diri
dari pulang kepada asal diri

dari syurga kamu datang
kepada syurga juga kamu ingin pergi
itulah sebenarnya kehendak diri
cubalah kamu mengerti

agar kita tidak tersesat lagi
sediakan senjata untuk diri berdiri
amalkan ayat pendiding diri
agar kita senantisa diawasi



Salam sayang dariku
Zuraini Zahari

Kemaafan dan Keikhlasan

KEMAAFAN DAN KEIKHLASAN

kemaafan dipohon untuk setiap kesalahan diri
terasa berat dan beban meniti hari
sekiranya setiap dosa tidak kekawan ampuni
akan kubawa beban yang akan meyiksa diri
segala dosa minta diampuni

termakan terminum termengumpat dan dosa yang terkini
semua itu adalah bebanan untuk diri ani
usah berdusta dengan diri sendiri
biarlah ikhlas untuk pengampunan ini

kerana keikhlasan Allah yang memberi
tidak mampu dibeli dengan diri sendiri
rahsia Allah adalah rahsia diri
bukan semua dapat dibongkari
amin amin amin

semuga dosa kalian tidak dibebani
segala yang terpahat di dalam hatiku ini
yang menjadi dosa buat kalian teman-temanku yang ku sayangi ...
dengarlah dan terimalah ini...
dosa mu telah kuampuni

Salam sayang dariku
Zuraini Zahari
IKHLAS RAHSIA ALLAH

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”.

Perjalanan Kehidupan

PERJALANAN KEHIDUPAN

Pejalanan kehidupan selalu mengecewakan
Hilang digenggaman hajat tak kesampaian
kenyataan yang tak seiring harapan
menjadikan angan-angan tenggelam perlahan-lahan

Jiwa yang hilang pertimbangan
Ada sedetik cahaya dalam kalbu kebenaran
Menjadi kekuatan melangkah kehadapan
Terterap zikirullah memberi ketenangan

Hidup ibarat belantara di hutan
Tempat mengejar satu punca cahaya kehidupan
Berlumba-lumba tanpa kesedaran
Tetapkan pilihan yang hakiki akan berkekalan

Kenapakah hidup penuh dengan hukuman
Sedangkan jiwa memberontak kebebasan
Tidakkah terpikir oleh badan
Adakah itu satu kebaikkan atau satu hukuman

Siapakah yang meletakkan dunia hukuman
Harus berjaya, harus bahagia dan kepelbagaian
Tidakkah diri yang empunya urusan
Ingatlah hukuman Allah tiada cabaran

Fahami hak Allah juga diri sendiri
Dalami diri dan jiwa naluri
Ketenangan akan kita kecapi
Pabila cahaya diri menyinari jiwa nurani

Kejayaan dunia melupakan diri
Kejayaan diri bukannya abadi
Ingatlah pemberian asal yang diberi
segenggam tanah dan janganlah menyombong diri

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ; 22-23)

Rezeki telah dijanji menjadi milik kita itu pasti
Berpacaran telah ditetapi segala urusan sudah dimeteri
Jodoh kita telah diberi sudah ditentukan sejak azali
Mati sudah pasti dan hidup belum tentu lagi

Sekiranya dalam kehidupan kegundahan melanda diri
ingatlah pesan Allah jangan dilupai
kegundahan diberi penyelesaian harus dicari
kerana dia yang memberi sudah pasti jalan diberi
carilah punca dan jangan berpaling lagi
dan yakinlah dengan firman dari Allah ini

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Yang empunya hak bukan empunya diri
Menjadi keliru dengan identiti sendiri
Berbalik lah kepada hakiki
Siapa diri hendaklah dikaji

Semuga kita semua diberkati dan bacalah doa ini sebagai penutup untuk jumaat kali ini.

Pilihan atau Paksaan

PILIHAN ATAU PAKSAAN

telah disusun policy..tapi kita tak ikut
telah diberi peringatan tapi kita mungkar
telah diturunkan nabi tapi kita ingkar
telah dibuktikan dengan sejarah tapi tidak kita bongkar
itulah kita manusia...

kita sibuk memberi makan pada mayat yakni jasad yg matinya menjadi mayat..
padahal ROH yang akan berterusan hingga ke akhirat..tidak kita pedulikan
kesian manusia yang mempunyai kekuatan mayat
tapi kelemahan ROH yang diagungkan...

bila berpisah roh dari jasad...perjalanan harus diteruskan
bertemu dengan rabb...setiap soalan dan pilihan harus dijawab...
mampukah mayat yang reput untuk memberi jawapan
atau ROH yang lemah terketar-ketar menjawab.

adakah itu dikatakan pilihan...
atau pilihan merupakan satu paksaan...

soalan2 itu adalah untuk orang-orang yang berfikir...
life is so simple to understand tapi manusia menjadikannya complicated...