Thursday, August 27, 2015

Mimpi 614 - Surah Al-baqarah ayat 14






















Setiap hari aku berdoa dengan doa,

"Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku ditanganMu terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadaku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yagn Engkau namakan dengannya drirmu atau Engkau turunkan didalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib disisiMu, jadikanlah Alquran penenang hatiku, cahaya didadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku"

berbekalkan "la illaha illallah muhammadur rasullullah' aku berserah kepada Allah swt.

Tanggal 27 August 2015 3/4pagi aku bermimpi no 614 dan menjawab pertanyaan aku pada soalan malam sebelumnya.

Tuesday, August 25, 2015

Doa Sayyidul Istighfaar

Ya Allah Engkau adalah Rabbku
Tiada yang berhak disembah selain dari Engkau
Engkau yang telah menciptaku dan aku adalah hambamu.
Dan aku berada diatas sumpah dan janjimu semampuku
Aku belindung daripadamu dari segala kejahatan yang aku perbuat
Dan aku mengakui atas nikmatmu kepadaku
Dan aku juga mengakui dosa-dosaku.
Maka ampunilah aku kerana tidak satu pun yang mampu mengapuni dosa kecuali Engkau


Tuesday, July 7, 2015

Perjalanan menuju ke Nafsu Mutmainnah


"Wahai Nafsu Mutmainnah, kembalilah kepada Tuhan engkau sambil berhati suka ria serta diredhai Tuhan maka masuklah olehmu dalam golongan hamba-hamba Ku yang soleh dan masuklah ke dalam syurga-Ku" Surah Al-Fajr Ayat 27-30.


Ya Allah, aku dalam perjalanan menuju ke Nafsu Mutmainnah...aku hayati sifat-sifat menuju kearahnya...In Shaa Allah   berkat doa kedua ibubapaku

1. Murah hati dan tak lekang wang ditngan kerana bersedekah
2. Tawakkal yang benar
3. Bersifat arif dan bijaksana
4 Kuat Ibadat
5. Syukur yang benar
6. Redha pada segala hukuman Allah
7. Taqwa yang benar
8. Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat hati yang terpuji

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Friday, June 12, 2015

Surah Al'araaf Ayat 172 Perjanjian dengan Allah

Benarlah seperti apa yang dikatakan. Hidup ini adalah ujian. Bila dikatakan Ujian maka sudah tentu buku2 dan nota2 tidak buleh dijadikan rujukan ketika ujian sedang dijalankan. Hanya setelah kita selesai ujian atau peperiksaan barulah kita dibenarkan untuk melihat semua nota2 tersebut. Waktu itu semuanya sudah terlambat kerana peperiksaan telah selesai. Samada kita ingat atau pun tidak...keputusan telah ada.

Surah Al' Aaraf Ayat 172 adalah menjelaskan perjanjian kita dengan Allah swt semasa kita di alam Roh lagi. Adakah kita masih mengingatinya? Tentu sekali Tidak.. kerana itulah yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta.

Yakin dan Percaya adalah dua perkara yang berbeza. Yakin biasanya didahulukan dengan percaya. Percaya tidak didulukan dengan Yakin. Kita mungkin percaya apa yang tertulis didalam AlQuran tetapi Adakah kita Yakin dengan apa yang ditulis didalamnya. Sekiranya kita Yakin dan Percaya bahawa ayat2 alquran itu adalah dari Firman Allah swt dan ianya adalah BENAR maka keraguan tidak akan wujud dalam apa sahaja yang telah diterangkan oleh Alquran berkenaan dengan kejadian Manusia amnya. Sehingga ke saat ini, belum ada satu manusia pun yang mampu untuk menidakkannya. Bepegang pada itu ..yakinlah kita bahawa memang kita pernah membuat perjanjian dengan Allah dan ingatan kita telah dilupuskan untuk mengingatinya.

Syukur Ya Allah dengan apa yang kau berikan padaku termaksuk dengan ingatan aku kepada perjanjian diantara kita kerana aku khuatir sekiranya aku mengingatinya maka bagaimana pula keadaan aku nanti disana. Masyaallah!!!

Tiada yang aku lebih Yakin dari keYakinanku padaMu. Sesungguhnya Hidup dan Matiku adalah keranaMu.

Allah Hu Akbar!!!


Tuesday, June 9, 2015

Mimpi kertas dan bunga

Tanggal 8 June 2015 4am

Aku bermimpi lagi. Banyak bunga-bunga kecil berwarna putih bersih dan ditengah2 nya ada warna kuning dan bersaiz kecil berterbangan dan menuju serta mengelilingi aku. Ketika aku sibuk dengan bunga2 yang berterbangan disekelilingku itu, aku terlihat pula, lebaran-lebaran kertas yang bercerai-berai berwarna putih dan bersaiz kecil serta berukuran lebih kurang 2"1 berterbangan dari luar tingkap menuju ke arahku...aku ketika itu berada didalam bilikku ditingkat atas. Nampak jelas lembaran-lembaran kertas yang bercerai berai itu berterbangan dari bawah menunju kearahku. Ketika melihatkan suasana yang agak pelik itu aku menutup tingkap bilikku...dan aku pun terjaga...

Ini bukan pertama kali aku bermimpi kertas berterbangan dan bunga putih. Cuma aku masih tak mengerti apa maksudnya. Sekadar dapat bersandarkan kepada makna mimpi dalam islam dan sunnah yang diambil dari Surah An'aam:91.

Ya Allah ...hanya kau lebih mengetahui..hidup dan matiku...hanya untukMU!

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Doa Memohon agar Allah perbaiki diri setiap masa...harus diamalkan setiap hari