Surah Al' Aaraf Ayat 172 adalah menjelaskan perjanjian kita dengan Allah swt semasa kita di alam Roh lagi. Adakah kita masih mengingatinya? Tentu sekali Tidak.. kerana itulah yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta.
Yakin dan Percaya adalah dua perkara yang berbeza. Yakin biasanya didahulukan dengan percaya. Percaya tidak didulukan dengan Yakin. Kita mungkin percaya apa yang tertulis didalam AlQuran tetapi Adakah kita Yakin dengan apa yang ditulis didalamnya. Sekiranya kita Yakin dan Percaya bahawa ayat2 alquran itu adalah dari Firman Allah swt dan ianya adalah BENAR maka keraguan tidak akan wujud dalam apa sahaja yang telah diterangkan oleh Alquran berkenaan dengan kejadian Manusia amnya. Sehingga ke saat ini, belum ada satu manusia pun yang mampu untuk menidakkannya. Bepegang pada itu ..yakinlah kita bahawa memang kita pernah membuat perjanjian dengan Allah dan ingatan kita telah dilupuskan untuk mengingatinya.
Syukur Ya Allah dengan apa yang kau berikan padaku termaksuk dengan ingatan aku kepada perjanjian diantara kita kerana aku khuatir sekiranya aku mengingatinya maka bagaimana pula keadaan aku nanti disana. Masyaallah!!!
Tiada yang aku lebih Yakin dari keYakinanku padaMu. Sesungguhnya Hidup dan Matiku adalah keranaMu.
Allah Hu Akbar!!!
No comments:
Post a Comment