Orang yang beriman itu, di dalam hatinya sentiasa ada Tuhan iaitu Allah SWT. Allah akan berikan ketenangan. Dunia ini sifatnya menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan. Dunia untuk diurus bukan untuk dirunsingkan.
Beriman dengan sifat-sifat asma iaitu nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. (Al-Hasyr, ayat 23). Kalimah La ilahaillallah – ‘ilah’ itu adalah 99 nama dalam rantaian Asmaul Husna.
La ilahaillallah bermaksud:
• Tiada mengasihi melainkan Allah
• Tiada yang memberikan jalan keluar di dalam masalah melainkan Allah
• Tiada memberi rezeki melainkan Allah
• Tiada menenangkan melainkan Allah
• Tiada yang memberikan anugerah melainkan Allah
• Tiada memuliakan melainkan Allah
• Tiada segala-gala melainkan Allah
Apabila kita mengucapkan kalimah La ilahaillallah, masukkan ke dalam hati, apa ‘ilah’ itu, iaitu 99 nama Allah dalam rantaian Asmaul Husna. Pesan Nabi SAW, segarkan hati kamu dengan ucapan La ilahaillallah dan kamu akan menjadi tenang.
Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Monday, October 17, 2016
Tuesday, September 20, 2016
Surah Albaqarah ayat 254
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (Kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah 2 Ayat 254
Thursday, September 15, 2016
Janganlah kamu jadi seperti BATU.
Lihat kepada batu, hanya dapat melihat tak dapat berbuat apa2
Sedangkan kita manusia, dapat melihat, dapat berfikir, dan dapat berbuat sesuatu yang buleh menjadi kebanggaan utk diri sendiri dan makhluk yang lain tapi kesiannn....pelbagai kelebihan yang kita perolehi tidak kita gunakan malahan kita mempersiakannya...maka samalah taraf kita seperti batu yang hanya dapat melihat dan tidak dapat berbuat apa2...kesiannn.
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Monday, September 5, 2016
Aku terima dan Aku redha
Apa yang perlu aku buat Ya Allah
Kerana setiap yang kau berikan
Adalah amat sesuai buatku
Walaupun pada pandangan aku
Berlainan sekali dengan apa yang tidak jelas pada matahatiku
Itulah yang AKU TERIMA dan AKU REDHA
kerana aku pasti dan aku YAKIN
Hanya engkau yang terbaik dalam setiap sesuatu.

Akal pikiran
Hidup berbekalkan akal pikiran
akan hanya termampu pada akal pikiran
hidup berbekalkan yang memberi akal pikiran
akan menghasilkan lebih dari yang termampu oleh akal pikiran
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
akan hanya termampu pada akal pikiran
hidup berbekalkan yang memberi akal pikiran
akan menghasilkan lebih dari yang termampu oleh akal pikiran
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
Subscribe to:
Posts (Atom)