Monday, October 17, 2016

Dunia untuk diurus bukan untuk dirunsingkan

Orang yang beriman itu, di dalam hatinya  sentiasa ada Tuhan iaitu Allah SWT. Allah akan berikan ketenangan. Dunia ini sifatnya menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan. Dunia untuk diurus bukan untuk dirunsingkan.
Beriman dengan sifat-sifat asma iaitu nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. (Al-Hasyr, ayat 23). Kalimah La ilahaillallah – ‘ilah’ itu adalah 99 nama dalam rantaian Asmaul Husna.
La ilahaillallah bermaksud:
•    Tiada mengasihi melainkan Allah
•    Tiada yang memberikan jalan keluar di dalam masalah melainkan Allah
•    Tiada memberi rezeki melainkan Allah
•    Tiada menenangkan melainkan Allah
•    Tiada yang memberikan anugerah melainkan Allah
•    Tiada memuliakan melainkan Allah
•    Tiada segala-gala melainkan Allah
Apabila kita mengucapkan kalimah La ilahaillallah, masukkan ke dalam hati, apa ‘ilah’ itu, iaitu 99 nama Allah dalam rantaian Asmaul Husna. Pesan Nabi SAW, segarkan hati kamu dengan ucapan La ilahaillallah dan kamu akan menjadi tenang.


No comments:

Post a Comment