Permikiran setiap dari kita berlainan
Jangan di lihat pada kelainan
Masing-masing mempunyai perjalanan sendiri yang perlu dijalani
Perjalanan Aku dan Engkau adalah berbeza
kalau Aku dan Engkau dipertemukan
Itu adalah satu kehendak dan kemahuan
Si Pencipta
Adakah Aku tahu itu akan berlaku?
Aku tidak tahu.
Adakah Engkau tahu itu akan berlaku?
Engkau pun tidak tahu.
Tapi pencipta Tahu
Pencipta tahu apa yang hendak diberikan
kepada yang diciptakannya
Kerana Apa?
Aku dan Engkau juga tidak tahu tetapi
Aku dan Engkau diberi tanda2 dan jalan
Itupun kalau mata Aku dan Engkau nampak
Kalau Tidakkk???
maka Aku dan Engkau adalah dalam keadaan BUTA.
Bagaimana untuk tidak berada dalam keadaan BUTA
Semua telah diberitahu.
Fikir, Lihat dan Buat
Berhati-hati dengan setiap langkah
Agar kita tidak terus dibutakan
Agar kita tidak terus ditipu
Agar kita tidak terus digelapkan
dengan perbuatan kita sendiri.
Hanya orang yang berfikir
Akan mengerti apa yang dikatakan
Oleh orang yang diberi pemikiran.
Rahsia dari Pencipta
Untuk semua yang diciptakannya.
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
No comments:
Post a Comment