Wednesday, June 7, 2017

Mimpi lagi no 2 and 17 - kisah mayat hitam wajahnya

Aku  bermimpi lagi, malam sebelumnya aku membaca kisah seorang lelaki yang ketika hendak dikebumikan  mayatnya, ada seekor ular telah keluar dari balutan kain kapan mayat tersebut. Keadaan mayat yang wajahnya amat hitam tetapi badannya putih adalah amat mengerikan sekali. Diceritakan juga yang mayat itu semasa hidupnya adalah seorang yang tidak mengerjakan Solat.

Pada waktu itu aku teringat kepada beberapa kenalan ku yang jugak tidak pernah sujud ditikar sejadah dan pada ketika matinya tidak pula Allah tunjukkan keaadaan yang luar biasa dan mengerikan seperti itu. Adakah kerana Allah tidak memilih dia untuk memberi pengajaran kepada hamba Allah yang masih hidup atau mungkin ada kebaikkan yg dia lakukan semasa hidupnya menyebabkan peristiwa2 ngeri itu tidak berlaku? Waallahualam. Yang pasti seksaan Allah itu pasti bagi sesiapa sahaja yang melanggar perintahnya. Tambahan pula persoalan pertama yang akan dipersoalkan di akhirat kelak adalah berkenaan SOLAT.

Dalam hati bertanya...mesti ada sesuatu pada mayat tu sebelum hidupnya yang menyebabkan Allah memperlakukan jasadnya dengan sedemikian rupa. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Malamnya aku bermimpi melihat no 2 dan 17 dan aku terus melihat Alquran akan tafsirnya...

Surah Albaqarah ayat 17.

"Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan tidak dapat melihat"


No comments:

Post a Comment