Bila dalam hati ada CINTA
apa yang kita buat adalah untukNYA
bila berbicara...rasa gembira
keluar bunga2 cinta
yang nampak hanya pada KITA
sebab CINTA kita tidak BUTA
Nanti bila ditanya
kenapa kita ingin jumpa dengan CINTA kita
jawapannya tentulah sama
kerana KITA ingin kemaafan atas segala kemaafan
dari CINTA hati KITA
sebab terlalu banyak yang kita buat diluar kemampuan kita
hati kita CINTA tapi jasad pula mencorak warna yang berbeza
terlalu banya dosa kita
hanya satu yang kita pinta
kalau ditanya oleh CINTA hati KITA
Kemaafan adalah kunci pada jawapannya.
YA ALLAH maafkan AKU
Kerana Aku terlalu menyintaiMU
Hanya engkau yang tahu
Kerana HATIku ini adalah
MilikMU selamaNYA.
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Monday, October 31, 2016
Thursday, October 27, 2016
Wednesday, October 19, 2016
Bismillah 5
Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Bismillaahisy syafi,
Bismillaahil kaafi
Bismillaahil mu’aafi,
Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
Fadhilat Bismillah 5
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.
Kaedah Merawat
- Letakkan tangan di tempat yang sakit.
- Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
- Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
- Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
- Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
- Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
- Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
- Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
Amalan Bismillah 5
- Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
- Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
- Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
- Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
- Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
Subscribe to:
Posts (Atom)