Friday, February 27, 2015

Jumaat Penghulu Hari

Hari ini hari Jumaat..Penghulu Hari...Hari yang bertuah...hari yang dimana pada hari ini aku dilahirkan...diwaktu subuh ...diwaktu Dhuha...diwaktu keagungan, diwaktu keindahan, diwaktu kekuatan, diwaktu kekuasaan, diwaktu perlindungan..

Hari yang begitu indah..hari yang Nabi Adam as dilahirkan pada waktunya..dan pada hari Jumaat jugalah hari pertama kemunculan matahari di dunia dan akan berlakunya Kiamat dan Allah swt mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Para Malaikat menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibukakan dan Allah swt melimpahkan kurnia-NYA dan menabur kebaikan_NYA.

.....Dan aku terpilih diantara mereka untuk dilahirkan pada hari JUMAAT. Syukur kepadamua ya ALLAH dan aku bermohon agar aku juga akan diakhiri pada hari dan waktu yang sama. Insyallah.

Marilah kita menyambut pada setiap hari Jumaat Penghulu Hari ini dengan sunnah Nabi Muhammad saw yang mengalakkan kita untuk membaca Surah Al-Khafi pada setiap hari ini...Itulah dia Hari Penghulu Hari.





Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Thursday, February 26, 2015

Kata-Kata Nasihat

Info yang baik untuk dikongsi bersama. Semuga kita semua mendapat manfaat darinya. Insyallah.

Di dalam kitab Tanbihul Ghafilin karangan Abul Laits Assamarqandi ada menyebut bahawa:

Berkata Muhammad bin Abdullah Al-Abid :

1. Siapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, ia akan mendapat taufik untuk khusyu’.
2. Siapa yang meninggalkan sombong, diberi taufik untuk bertawadhu’.
3. Siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting, ia akan mendapat hikmah.
4. Siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan, ia akan diberi taufik untuk merasakan lazatnya ibadah.
5. Siapa yang meninggalkan senda gurau, ia diberi wibawa dan keindahan.
6. Siapa yang meninggalkan tertawa, maka ia berwibawa dan hebat.
7. Siapa yang tidak menginginkan kekayaan, maka ia dicinta.
8. Siapa yang tidak menyelidiki hal orang lain, maka ia diberi taufik untuk meyelidiki kesalahan diri sendiri.
9. Siapa yang meninggalkan ragu-ragu terhadap sifat-sifat Allah, maka ia akan selamat dari nifak.

Dari Malik bin Dinar dari Al-Ahnaf bin Qays berkata, Umar berkata kepadaku:

1. Siapa yang banyak tertawa kurang wibawanya.
2. Siapa yang suka bergurau diremehkan orang.
3. Siapa yang membiasakan sesuatu, terkenal dengan kebiasaannya.
4. Siapa yang banyak bicara, banyak salahnya dan siapa yang banyak salahnya hilang malunya, dan siapa yang hilang malunya kurang waraknya (hati-hati) dan siapa yang kurang waraknya, mati hatinya dan siapa yang mati hatinya maka NERAKA lebih layak baginya.

Bahaya terlalu banyak bergelak ketawa:

1. Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akalnya.
2. Memberanikan orang bodoh kepadamu.
3. Jika bodoh akan bertambah kebodohan dan bila alim akan berkurang ilmunya. Ini kerana seseorang alim bila tertawa (yang berlebihan) bererti telah memuntahkan ilmunya.
4. Melupakan dosa-dosa yang lampau.
5. Memberanikan berbuat dosa pada masa akan datang, sebab bila bergelak ketawa akan mengeraskan hati.
6. Akan menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu. Lebih-lebih lagi pelawak yang mereka cerita untuk membuatkan orang lain ketawa.
7. Akan menyebabkan banyak menangis di akhirat kelak.

Sekian untuk info kali ini. Mudah-mudahan kita akan dapat membersihkan diri rohani kita dengan beramal perkara-perkara yang dicatatkan di atas tadi.

Wednesday, February 25, 2015

Mengenal Diri Sendiri

Mengenal Diri Sendiri???

Masa aku masih remaja, persoalan Mengenal diri sendiri nie dah berada dalam permikiran aku dan sering jugak aku  bertanya..apa yang nak kenal sangat diri sendiri..nama dah ada, aku adalah aku kenapa pulak aku nak mengenal diri aku sendiri? disaat itu aku tak faham dan amat sukar untuk memahami kerana aku masih jauh lagi dari landasan untuk mengenal diri aku sendiri.

Kini setelah usia semakin dewasa dan pengalaman kehidupnan banyak mengajar aku dan ilmu banyak mendewasakan aku . Aku mula sedikit demi sedikit memahami apa itu erti kata Mengenali Diri Sendiri...Perjalanannya bukan mudah tapi dengan izin Allah..insyallah segalanya dipermudahkan. Walaupun masih lagi belajar dan terus belajar..Demi Ilmu Allah akan aku teruskan. semuga semua usaha dan kemampuan aku sebagai hamba Allah yang amat kedil ini akan terus mendapat hidayah darinya...kerana hidayah itu bukan kosong..ianya penuh makna dan ianya adalah satu pemberian. Syukur Alhamdulillah!

Baca...
Baca....
Baca...

Perjalanan untuk mengenal diri sendiri nie panjang..sepanjang hidup..dan apa sahaja ilmu yang baik kita pelajari dan terapkan didalam diri. Senantiasa lah berFIKIR dan gurunya ada dalam diri kita sendiri. Kitalah Gurunya dan Kita jugaklah muridnya. Ilmu dan Hidayah datang dari Allah dan DIA jugalah yang memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menyesatkan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Wallahu a’lam.

(Surah Fatir Ayat 2)
(Surah Fatir Ayat 8)

Jom belajar mengenal diri sendiri semuga kita mendapat manfaat darinya dan kita mulakan dengan Bismillah ...

(Artikel di bawah ini dipetik dari RahsiaAlif)

PENGENALAN

Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenal nya.

Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad??? dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA

Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??

Kita semua tahu bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh " siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:

Kisah Roh memasukki jasad Adam

Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya " dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH " dan ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang kamu senangi " Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.

Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.

Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:

1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.

2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.

MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD

Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya

Perlukah roh di kenali?

Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI"


"BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA"

APA KAH "DIRI" ITU"

Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?

Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..

Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)


BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .

Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:

Terbuka dengan sendiri nya
Ushakan sendiri untuk membukanya
Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)

Apakah yang di maksudkan “dibuka”

Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.

Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian

Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.

Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????


Tuesday, February 24, 2015

Nafsu Mutmainnah Surah Al Fajr Ayat 27 - 30

Dipetik dari sumber Dicatat oleh Azaruddin MJ. Al-Ansari

Assalamu’alaikum wwt.

Perjalanan hidup manusia di dunia ini penuh dengan pancaroba. Terlalu banyak dugaan yang perlu dihadapi untuk mecapai matlamat yang dikehendaki lebih-lebih lagi mencari redha Allah. Sebelum kita lahir ke dunia ini, ada banyak lapisan alam yang kita tempuhi sehinggalah lahir ke dunia bernama alam Insan. Alam Insan ini adalah alam kesempurnaan kejadian dan memikul tanggungjawab yang berat untuk memulangkan kembali amanah yang diikrar dahulu.

Setelah kita lahir ke dunia, kita terpesona dengan warna-warni dan keindahan dunia yang membuatkan kita lupa akan ikrar dan tanggungjawab tersebut. Lalu kita terpaksa mengharungi tujuh tingkat nafsu untuk kembali mencapai kesempurnaan. Nafsu-nafsu tersebut menurut ilmu tasauf ialah:

1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawwamah
3. Nafsu Mulhimah
4. Nafsu Mutmainnah
5. Nafsu Radhiah
6. Nafsu Mardhiah
7. Nafsu Kamil

Saya tidak berminat untuk mengupas secara lengkap akan ketujuh-tujuh nafsu tersebut. Saudara bolehlah merujuk buku-buku yang berkaitan atau berjumpa dengan orang yang arif mengenainya. Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah mengenai tahap nafsu yang ke-4 iaitu nafsu Mutmainnah. Nafsu Mutmainnah ini merupakan nafsu pertengahan yang sekurang-kurangnya kita perlu duduk. Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran Surah al-Fajr ayat 27-30 :




Maksudnya:

“Wahai nafsu Mutmainnah, kembalilah kepada Tuhan engkau sambil berhati suka ria serta diredhai Tuhan maka masuklah olehmu dalam golongan hamba-hamba-Ku yang soleh dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”

Sebaiik-baiknya untuk menjadi perawat Islam yang sejati, perlu mempunyai tahap nafsu mutmainnah. Menurut Mustapha Muhamad Al-Jayasi dalam bukunya “Mengenal Diri dan Wali Allah” berkata; antara sifat-sifat orang yang mencapai nafsu mutmainnah ialah seperti berikut:


1. Murah hati dan tak lekang wang di tangan kerana bersedekah
2. Tawakkal yang benar
3. Bersifat arif dan bijaksana
4. Kuat ibadat
5. Syukur yang benar
6. Redha pada segala hukuman Allah
7. Taqwa yang benar
8. Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat hati yang terpuji.


Cabaran sebagai perawat Islam sangatlah luas dan halus. Jin atau syaitan sentiasa menunggu peluang untuk mencari titik kelemahan kita lalu menyerang kita. Jika iman kita lemah atau nafsu masih di tahap Ammarah, Lawwamah atau Mulhimah nescaya pertolongan daripada Allah lambat dimakbulkan. Sebab itulah kita ada mendengar perawat Islam menipu orang, mengambil kesempatan ke atas pesakit wanita dan sebagainya.. Puncanya, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana nafsunya belum sampai ke tahap nafsu Mutmainnah. Cara mengatasinya ialah dengan berguru dengan guru yang mursyid, tekun menjalankan wirid zikir tarekat yang diijazahkan dan sebagainya. Selain itu, kita perlu sentiasa berzikir atau ingat kepada Allah dengan berkekalan sama ada bersendirian ataupun berada di khalayak ramai. Kebiasaannya orang yang berada pada tahap nafsu mutmainnah ini doanya mudah dimakbulkan oleh Allah kerana hatinya sudah menjadi suci dan bersih.


Mujahadah melawan nafsu.





Wednesday, February 18, 2015

JANJI ALLAH PASTI

ALLAH telah berjanji didalam Al-Quran dalam surah Al Baqarah (152), Surah Ibrahim (7), Surah Ghafir (60) dan Surah Anfaal (33). ALLAH tidak pernah mungkir janji. Dalam surah-surah tersebut dengan jelas dan nyata ALLAH menerangkan  janji-janjinya. Merangkumi:

1) INGAT:     Ingatlah AKU /AKU akan ingat dikau
2) BERSYUKUR: Kalau kau bersyukur /Aku akan tambahkan nikmatKU
3) BERDOA:  Berdoalah padaKU /AKU akan perkenankan
4) BERISTIGHFAR: ALLAH tidak menghukum / sedang mereka beristighfar

Dari keempat-empat janji itu yang mana satu yg kita mungkiri???
sedangkan ALLAH tidak pernah memungkiri janji.

JANJI ALLAH ADALAH JANJI YANG PASTI maka berpegang teguhlah pada JANJI ALLAH semuga kita semua terselamat didunia dan akhirat.

Senantiasalah Ingat akan DIA dan DIA akan ingatkan kita
Senantisaalah Bersyukur pada DIA dan dia akan tambakan nikmatNYA
Berdoalah kepadaNYA dan DIA akan perkenankan doa kita
Beristighfarlah dan DIA tidak akan menghukum kita.

Susah sangatkah untuk kita ingatkan ALLAH?
Susah sangatkah untuk kita bersyukur?
Susah sangatkah untuk kita berdoa?
Susah sangatkah untuk kita beristighfar?

Sekiranya susah adalah jawapannya..maka jangan salahkan ALLAH jika
Susah juga jawapanya untuk kehidupan kita.


ALLAHUAKBAR!

Surah Al-Baqarah:152
So remember Me: I will remember you

Surah Ibrahim: 7
If you're grateful, I will surely increase you [in favours]...

Surah Ghafir: 60
Call upon Me, I will respond to you

Surah Anfaal:33
...And Allah will not punish them, while they seek forgiveness....

Tuesday, February 17, 2015

Ya Allah....


I have never find comfort in any talk like I have with u.


Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Monday, February 16, 2015

Why ALLAH created Human beings?


It comes across my mind "Why actually ALLAH swt created human beings? and the answer is in ..

Surah Al Dhariyat: 56

"We must ask our question again: What does Allah want from me as a Muslim in my dealings with others? To answer this question, we must return to the Qur’an and Sunnah. When we do, we find there can be no doubt that the texts point us to at least two types of concerns.

First, it is obvious that we are supposed to propagate the faith and convey the message of Islam to others. There are many verses of the Qur’an and Prophetic hadith that call us to this duty. However, that is not all. There are also numerous texts that call upon us to serve humanity. How often are we told to respect, honor, and assist others? These texts help us to complete the picture of how we are expected to worship Allah in our daily lives".

We need Allah to feel our own being and to taste the happiness of life. Our need for Him is like the need of a baby for a supporting father and a merciful mother. We need to admit our powerlessness before Him and to trust Him to give us might and power, since He is the source of all might and power.

With all the explaination, completely answered all my question.

Thanks Allah for granted me with ISLAM.




Keinsafan - Krabat

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Dingin terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi seksa yang tak sudah...

Mendung berlalu sepi tiada purnama
Di dalam kelam terlihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda apa rahsia?

Oh tuhanku yang maha esa
Maha pengasih Maha pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku mencari hidayahmu

Maka ku tadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam...

Cukup setakat ini aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran yang aku ciptakan...

Dan kini aku mengerti antara dosa pahala
Yang mana lebih utama dalam meniti
Kehidupan dan hari kematian...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukur pada ilahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan
Satu penangguhan
Untuk aku mengucapkan

Kalimah terakhir

Sunday, February 15, 2015

Kata-kata Keinsafan

"Terasa AKU ingin berlari menuju kepadaMU membuang beban dosa . Bersama alunan Kalimah mentauhidkanMU

Ya ALLAH betapa AKU berdosa tiada daya AKU selain rahmatMU
AKU ingin laungkan Kalimat itu biar bergema penjara dosa".

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari