Friday, May 9, 2014

Perakuan Pada Kekuasan Allah

Ya Allah saksikanlah, inilah perakuan aku kepada kekuasaanmu Ya Allah.

Aku amat menyayangi dirimu dan hanya itu diantara aku dan dikau....diantara Tuhan yang Maha Agung dan Hambanya yang dikurniakan sifat kasih sayang yang mendalam ke atasnya..




Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai Tuhan yagn mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.  Dalam kekuasaaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikkan.  Sesungguhnya Engkau maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Al-Imran _ Ayat 26


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.  Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.  Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Surah Al-Imran _ Ayat 27

No comments:

Post a Comment