Dalam kehidupanku.....aku senantiasa ingin menjadikan diriku sebagai ahli Allah swt atau lebih dekat lagi senantiasa berada di zone Allah...tetapi hanya Allah yang tahu...jiwa dan rohku berada dalam golongan yang mana...hanya dikau yang mengetahuinya...Ya Allah!.
Terbahagi 3 golongan manusia
AHLI DUNIA
Mereka yang sibuk siang dan malam tenggelam dengan kesibukkan mencari dunia hingga terlupa akan diri sendiri dan hari pertemuan kita dengan Allah swt yang akan dipertanggung jawabkan semua amalan kita nanti. Kita berdoa kepada Allah swt janganlah kita menjadi golongan ini.
AHLI AKHIRAT
Mereka yang beribadah mencari rezeki seperti ramai yang lain berbuat demikian. Dalam setiap perbuatan ia akan merindukan keampunan Allah swt dan keredhaanNya. Semua perbuatannya hanya mengharapkan syurga Allah swt dan pengampunanNya. Beruntung lah golongan ini. Kita berdoa kepada Allah swt supaya termasuk di dalam golongan ini.
AHLI ALLAH swt
Mereka yang segala kehidupannya dan perbuatannya hanya tertumpu kepada Allah swt sahaja. Tiada lain yang ia inginkan hanya mengharapkan cinta Allah swt dan tidak boleh berpisah walaupun sedetik dariNYA. Semua ia tolak yang akan melalaikan dirinya kepada kekasihnya. Harapannya hanya wajah Allah swt sahaja dan tiada lain yang ia inginkan hanya Allah swt. Kita berdoa kepada Allah swt supaya Allah swt memilih kita dengan kasih dan cintaNYA dapat menyertai golongan ini. yang tiada masa untuk bercinta selain Allah dan tiada masa untuk membenci ciptaanNYA. Kerana didalam hati dan fikiran dan semua pernafasan penghidupannya hanya untuk Allah swt.
No comments:
Post a Comment