Wednesday, April 24, 2013

Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi



Saya meminta KEKUATAN
dan Allah memberikan saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT

Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN
dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN

Saya meminta untuk KEMAKMURAN
dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA

Saya meminta KEBERKATAN 
dan Allah memberikan saya BAHAYA untuk DIATASI

Saya meminta CINTA
dan Allah memberikan saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU

Saya meminta NIKMAT
dan Allah memberikan saya PELUANG

Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA 
tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN

Tuesday, April 16, 2013

Kata-kata indah dari Khubaib bin Adi


Mati bagiku tak menjadi masalah
Asalkan ada dalam redha dan rahmat Allah
Dengan jalan apapun kematian itu terjadi
Asalkan kerinduan kepadaNya terpenuhi
Kuberserah menyerah kepadaNya
Sesuai dengan takdir dan kehendakNya

-Khubaib bin Adi-

Surah Alfatihah

Aku membaca dengan penuh penghayatan.ianya memang memberi kesan yang amat mendalam dalam diriku...aku amati setiap maknanya dan jelas tersembunyi banyak kalimah yang menyusuk kalbuku ..nyatanya ayat ini dapat mengalirkan air mataku dengan penghayatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata....thanks Allah...luv u so much!


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).  Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

Doa memudahkan urusan

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbitammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimim"

"Ya Allah Permudahkanlah, Jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan Kebaikan"

Amin.

Monday, April 15, 2013

kata-kata hikmat Ustaz Azhar

" melupakan seseorang yang telah memberikanmu banyak kenangan indah adalah perkara yang sangat sukar..tapi..jika itu yang tebaik..relakanlah...

-Ustaz Azhar-

apa sahaja untukmu ya Allah, ya Rahman. ya Rahim..

Thursday, April 11, 2013

Surah Ghafir Ayat 40

Doa untuk hari ini...apabila aku membuka alquran dan mengharapkan doa untuk hari ini....inilah ayat yang keluar sebagai peringatan untuk ku dan untuk orang2 yang beriman ke jalan Allah..





ceramah dari ustaz Nizam tadi baru membincangkan isu-isu semasa tentang pemilihan pemimpin. Pilihanraya sudah hampir dan tanggungjawab kita sebagai rakyat harus kita jalankan dengan sebaik mungkin. Tidak kiralah siapa yang kita pilih yang penting kita tahu apa jawapan yang harus kita berikan di hadapan Allah swt kelak apabila ditanya kenapa kita memilih pemimpin itu sebagai pemimpin kita. Kerana amaran Allah swt itu jelas dan kita kena peka dan senantiasa berhati-hati dengan amaran tersebut.

Berjihad lah ke jalan Allah swt dengan apa cara sekalipun semuga Allah swt redha dengan apa yang kita buat. Bersatulah kita semua yang beriman dengan iman yang kukuh kepada Allah swt dan minta dan pohonlah dari Allah swt agar kita dapat membuat pemilihan yang terbaik untuk agama,  bangsa dan negara kita, semuga kita berada di jalan yang benar.

Janganlah kita berbalah sesama kita kerana perbalahan itu amat disukai oleh iblis dan inilah cara yang terbaik untuk iblis memecah belahkan bangsa kita dan iman kita.  Perbalahan diantara kita hanya menjerumuskan kita kepada jurang perbezaan yang semakin luas dan secara tidak langsung menenggelamkan kita ke arus dan jalan yang tidak sepatutnya kita lalui.

Surah Ghafir ini jelas menerangkan tentang perlakuan ahli neraka yang serupa dengan penghuni dunia masa kini. Walaupun sedang berada di dalam seksaan yang Allah swt timpakan pada mereka, TETAP sifat kesombongan dan takbur manusia itu masih ada. Memang layaklah orang-orang begini menjadi ahli neraka. Nauzubillahiminzalik...semuga Allah swt menjauhkan kita dan melindungi kita dari terjerumus kedalam lingkungan ahli neraka..

INGATLAH!

Allah swt amat benci kepada manusia yang bersifat takbur dimana sifat itu bukan milik kita tetapi berada didalam diri kita yang bergelar manusia.

Berhati-hatilah. wahai manusia semuga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.


Thursday, April 4, 2013

Bacaan untuk mengelak gangguan syaitan


Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Hadis: HR Bukhari dan Muslim



Dugaan diri sendiri

bagi mereka yang tidak menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai dugaan, mereka akan merasakan bahawa dirinya dikasihi kerana hidup tanpa ada dugaan kehidupan.....BERHATI-HATILAH...kerana tanpa kita sedari dugaan sebenarnya datang dalam diri kita sendiri dan diri kita inilah dugaan besar yang perlu kita hadapi...


Tuesday, April 2, 2013