Friday, January 25, 2013

Dosa terhadap kedua ibubapa dan keredhaan Allah pada kita semua

Pernahkah kita terfikir...apa akan jadi sekiranya dosa-dosa kita sebagai anak tidak diampuni oleh ibubapa kita terutamanya ibu kita...bila aku fikirkan itu semua naik bulu romaku. Bagaimana kita dapat menanggung segala dosa-dosa yang kita lakukan kepada mereka,tambahan pula doa mereka tiada hijab dan bayangkan segala dosa-dosa itu akan dibalikkan kepada kita tanpa kita sedari. Yakinlah kepada ayat-ayat Allah dan sesiapa yang jauh dari kenyakinan itu akan menyebabkan mereka tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi seperti dalam surah Al-Ahqaf ayat 17-18


kita adalah apa yg kita lakukan...sekiranya baik yang kita lakukan maka  baik jugaklah datangnya kepada kita...lahirnya kita adalah seperti kain putih yang bersih tanpa dosa dan noda...dan apabila kehidupan bermula maka tercoraklah kita dengan pelbagai warna-warna kehidupan yang penuh noda dan dosa....bagaimana untuk kita tentukan agar roh yang kita bawa ke alam barzakh nanti adalah sama bersihnya seperti kain yang meyelimuti kita nanti..

Kita tidak tahu apa yang ada dialam barzakh tetapi kita telah belajar dan mendapat ilmu tentang apa yg akan berlaku di sana. Dengan kepercayaan ilmu itu jualah kita sedaya upaya cuba untuk menjauhkan diri kita dari dosa dan kerosakan diri kita sendiri. Risaulah kamu wahai hati kerana dengan kerisauan itu akan menyebabkan kamu lebih berhati-hati agar tidak termasuk dari kalangan yang rugi.

Pada ketika dan saat ini, aku telah dapat merasakan yang setiap apa yang aku lakukan samada baik atau buruk akan kembali kepada diriku sendiri...benda yang datang itu sama cuma pada cara dan keadaan yang berbeza.

Ya Allah, kau ampunkanlah dosa kedua ibu dan bapaku dan kau ampunkanlah dosaku serta ahli keluargaku. Kau perliharalah mereka dari bahang api neraka dan kau selamatkan aku dari dosa dan nerakamu. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk hidup berdiri dengan kakiku sendiri tanpa mendapat pertolongan darimu..redhamu adalah kehidupanku..dan kehidupanku atas redhamu.

Ya Allah,
Jika sekiranya dengan mengampunkan segala dosa orang yang membuat dosa kepadaku akan mendapat keredhaan mu, telah ku ampunkan segala dosa mereka Ya Allah.

Jika sekiranya dengan meniti kehidupan yang penuh dugaan ini melalui ketenangan walaupun hati bergelora dengan kedukaan, akan ku lalui dengan penuh ketenangan Ya Allah

Jika sekiranya, keinginan ku didunia terpaksa ku ketepikan demi untuk mendapat keredhaan mu akan ku lakukankan Ya Allah..

Semuanya ku lakukan hanya satu...dan hanya satu iaitu bagi MENDAPAT KEREDHAANMU!

Tiada kehidupan bagiku tanpa keredhaanmua.

Amin Ya rabalallamin!


No comments:

Post a Comment