Tuesday, June 21, 2016

Nilai sekeping hati



Nilai sekeping hati bukan terletak pada hati
tapi lebih kepada yang pencipta hati itu sendiri
Umpama kita mencipta  sesuatu yang hanya kita sahaja yang tahu kekurangan dan kelebihannya
kita tidak memberitahunya pada orang lain kerana itu adalah RAHSIA ciptaan kita
bagi mereka yang tidak tahu tentangnya
mereka hanya akan menilai dari hasil ciptaan itu sendiri
TETAPI

punca ciptaan kita itu
hanya kita yang mengetahui

SEBAB

Kita adalah penciptanya
Rahsianya ada pada kita

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Thursday, April 14, 2016

Doa for today

“Ya Allah Ya Tuhanku! masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “

” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .
Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

Nukilan Doa
Zuraini Zahari 

Friday, February 26, 2016

Pendekatan dalam Penyelesaian

Assalammualaikum sahabat...

Bagaimana kita melihat sesuatu permasalahan
Kesan yang besar telihat dalam cara kita melihat cara penyelesaian nya
Timbul satu pemasalahan.
Bagaimana cara kita melihatnya
Begitu lah cara kita menyelesaikan nya
Melihat ke Arah positive, maka positive lah yang akan timbul.
Melihat ke Arah Negative maka negative lah yang akan timbul.
Senantiasa mengingati ALLAH maka ALLAH yang Akan membantu.
Selalu mendekati syaitan maka syaitan lah yg akan menghampiri.
Setiap permasalahan telah dijanjikan Jalan penyelesaian.
Hanya cuma cara penyelesaian memerlukan cara pendekatan bagaimana cara pemilihan.

Pemilihan milik kita
Penyelesaian milik ALLAH

Salam sayang dari saya
Semuga apa yang disampaikan
Akan lebih dimengertikan
Oleh penerima lebih dari penyampai Itu sendiri..

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari

Tuesday, February 23, 2016

Surah Al Araf Ayat 27

"Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia (syaitan) telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari Syurga, is berjaya menyebabkan terlucutnya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum Itu tertutup). Sesungguhnya syaitan Dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.  Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman"

Surah Al Araf: 27

Sunday, February 7, 2016

Doa untuk hari ini

Ya Allah janganlah Engkau jadikan aku sebagai bahan caci maki dan tertawaan bagi musuhku janganlah Engkau jadikan aku sebagai orang yang menyulitkan sahabaktu, janganlah Engkau jadikan musibahku mengenai agamaku dan janganlah Engkau kuasakan aku terhadap orang yang tidak memiliki kasih sayang terhadapku.

dipetik dari Ensiklopedia Kisah Para Nabi

Kata2 Nabi Isa as

Abdul Razak berkata, Ma'mar memberitahu kami dari seorang lelaki, Ikrimah dia berkata bahawa Isa as pernah berkata "Jangalah kamu melemparkan permata pada babi hutan kerana dia tidak memakai (tidak memerlukan) sedikitpun darinya; janganlah kamu memberikan ilmu hikmah kepada orang yang tidak memerlukannya kerana hikmah itu lebih berharga daripada mutiara dan orang yang tidak menginginkannya dia lebih buruk daripada babi hutan"

Tuesday, February 2, 2016

Surah Anbiya Ayat 19 - Doa untuku agar tidak merasa letih


Tanggal Sat 06 Feb 2016

Pagi selepas menjalankan semua tanggung jawab aku dirumah...aku teruskan dengan menjalankan tanggung jawabku kepada pencipta semesta alam. Setelah selesai terasa badan letih sekali lalu aku mengambil alquran dan memohon agar Allah berikan aku satu doa yang terbaik buat diriku...dan doa inilah yang diberikan kepadaku.

Semuga aku dapat mengamalkannya dan menjadi salah seorang hamba yang disayangi oleh penciptanya. Insyaa Allah...Aamiin.

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari