Wednesday, June 29, 2011

Ilmu Mengenal Diri



Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa


Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku
Engkau dan Aku


Kalau engkau hendak menemui aku
kan berjalan pula pada jalanku
Usahakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju


Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.


Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan


Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku


Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan


Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.


(SAJAK PENINGGALAN- BAPAK BAGINDA MUCHTAR)

Monday, June 20, 2011

Mawar rohani sucian diri

Ya Allah,
Semakin aku cuba untuk mendekatimu..semakin banyak cabarannya...yg anehnya..
aku rasakan yg kejahatan tu adalah datang dalam diriku sendiri...cubaku tepis... berjaya...yang lain pula menghampiri...yang terdekat dengan ku...yang terdekat denganku....


Ya Allah!

Sesungguhnya..kau lebih mengetahui apa yang sedang aku lalui...tolonglah Ya Allah!...dugaan ini walaupun nampak kecil tetapi terlalu besar bagiku...akan ku cuba untuk membersihkan diriku dengan lebih kuat lagi...insyaallah!



-zuraini zahari-

Taubat

Ya Allah!
Ampunkan dosaku!

Ya Allah!
Ampunkan dosaku!

Ya Allah
Ampunkan dosaku!
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat ku dgn taubat nasuha…



Jika seseorang hamba Allah!
tidak lagi mampu menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah
Justeru menangislah kerana
ketidakmampuan itu...

Astaghfirullahalazim!!!!

Friday, June 17, 2011

"Laailaha illallah"...


Di dalam hadis terdapat:
Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

Wednesday, June 15, 2011

Berjumpa dengan Pakcik Bidin - Ahad 12 June 2011

Pagi2 aku telah diajak oleh Aida, adik iparku untuk berjumpa dgn Pakcik Bidin di Melaka....sesampai disana dalam lebih kurang jam 10am, Pak Cik Bidin minta kebenaran untuk menyucikan diri dan mengambil air sembayang...selepas itu kami duduk di beranda depan rumahnya yang dibuat pondok untuk kanak2 mengaji....

Bermula dengan soalan "apa masalah kamu?"..tergugup kejap aku..kaku tak tahu apa nak jawab..dan aku mulakan dengan ingin mengenali diriku...aku jelaskan juga padanya pengalaman silam aku serta sejak dua menjak ini selalu melihat benda2 halus yg x sepatunya aku lihat..ianya muncul dalam bentuk gambaran yang susah untuk aku jelaskan disini..tapi kalau dapat dihuraikan ianya adalah spt gmbaran tv yg dipancarkan ke siaran mata kita...dan hanya kita yg terbayang oleh objek tersebut.

Lama juga perbualan kami yang banyak menjurus kepada persoalan demi persoalan berkenaan dengan Allah dan diterangkan dengan jelas oleh Pak Cik Bidin. Diantaranya, apa itu makrifat. dimana Allah, bagaimana mendekatkan diri pada Allah dan cara membersihkan rohani.. Penjelasan diberikan oleh Pak Cik Bidin dengan jalan yang mudah...contohnya...seperti jika kita diberi pinjam gelas yg kotor...sudah tentu kita akan menolak gelas itu tapi jika sekiranya kita diberi gelas yg bersih dan bercahaya...kita dengan sendirinya tertarik kepada gelas tersebut dan sekiranya gelas tersebut wangi ...kita mungkin akan meminta utk memiliki gelas tersebut...mcm itu jugaklah perumpamannya diri kita sekiranya kita bersih lagi suci...akan menjadi rebutan di kalangan mahkluk ngaib.

Mensucikan diri dangan ayat2 Allah adalah untuk membersihkan serta memberi makan pada jiwa rohani. Melalui Zikruallah...hati akan menjadi jernih, putih, bersih dan wangi...inilah yg akan menjadi rebutan bagi mahluk2 baik di bumi mahupun di alam ghaib.

Berkenaan dengan Makrifat dan Tasauf, persoalaan ini agak berat dan bukan mudah untuk difahami. Tetapi melalui pembacaanku..pintu makrifat buleh dibuka dengan cara: yg pertama Jalan Orang Yang Mencari dan yg kedua Jalan Orang Yang Dicari (Laduni, pemberian oleh Allah). Roh .. jernih dan seperti cermin yg dengannya kita lihat diri kita sendiri..aku masih kurang arif bab yg dikatakannya itu dan tambahan beliau lagi.. sekiranya kita sudah dapat melihat diri kita, kita akan dapat saksikan yang roh kita akan wujud di kiri, kanan kita dengan jelas....itu maknanya pintu makrifat yang mempunyai 7 lapisan telah dapat dikupas satu persatu....(aku perlu mempelajari dgn lebih mendalam lagi makna2 yg tersurat tersebut)

Aku katakan padanya yang aku hanya tahu yg aku sayangkan Allah, dan Pak Cik Bidin berkata kalau dah aku sayangkan Allah...terlalu sayangkan Allah...tidakkah aku ingin bertemu dengannya...tiada amalan dan cara yg terperinci macam mana untuk kita bertemu dengan Allah kecuali sekiranya Allah mengkehendakinya. Allah sendiri yg akan menunjukkan cara dan memberi jalan yg mudah untuk bertemu dengannya.....kalau dikira melalui amalan...memang aku jauh sekali tapi aku dapat apa yg dikatakan nikmat kerinduan pada Allah...menyebut nama Allah saja akan mengalir air mataku...kerana kerinduan yg amat sangat....jgn ditanya bagaimana kerinduan itu ..kerana aku sendiri tak dapat hendak menerangkannya...tapi kerinduaan itu adalah nikmat yg tidak terhingga....nama Allah terpampang dimana saja sekirannya aku terpandang...di langit..di dinding...cuma aku terasa amat jauh dan ditinggalkan sekiranya aku melakukan dosa yg menjadi kebencian Allah. Allah itu sendiri terlalu dekat dengan kita dan dekatnya Allah adalah seperti dekatnya mata hitam dan mata putih tetapi Allah lebih dekat dari itu...perkara ini disebut oleh Pak Cik Bidin untuk 3 kali...aku kena faham, apa maksud yg tersirat disitu..












Kefahaman aku mengenai itu adalah ....Allah ada dalam diri kita...

Tapi itu semua aku tak terangkan pada Pak Cik Bidin...aku hendak dia tengok sendiri apa yg sebenarnya ada dalam diriku....aku hanya memberitahu dia berkenaan pengalaman aku. Setelah kami berbicara dan setelah lebih kurang 2 jam...Pak Cik Bidin meminta kebenaran untuk bertemu-ramah dengan rohku....aku benarkan... Setelah itu barulah Pak Cik Bidin menerangkan pada aku dan Aida apa yg dibicarakan bersama roh masing2...untuk roh aku...dia membenarkan aku untuk belajar dengan lebih lanjut untuk mengenali diriku dan sekiranya aku berlajar dengan bersungguh2...aku dapat melihat diriku sendiri...insyallah di kemudian hari..dan itu mungkin telah ditakdirkan untukku... untuk roh Aida...Aida masih was-was dan ragu-ragu.

Nak katakan aku terperanjat...rasanya tidak... aku agak sikit terkedu...kerna ..telah bersediakah aku...beranikah aku...walaupun sifat takut memang ada dalam diriku...Pak Cik Bidin kata ...kita buat untuk mendekatkan diri pada Allah dan membuat amal jariah... atasi ketakutan dengan zikir pada Allah dan sebutlah dalam2 selawat nabi...insyaallah ...keberanian akan mengawal ketakutan kita. Kalau mengikut pengiraan aku ...Pak Cik Bidin adalah org yang ketiga yg telah memberitahu aku ..PINTU MAKRIFAT KU TELAH DIBUKA...yg pertama Abg Nizam, kedua Pak Din, ketiga Pak Cik Bidin...aku memiliki laduni yg tak semua org memilikinya...



Bila Abg Nizam memberitahu aku...aku ambil lewa benda2 nie sebab aku tak faham..dan agak pelikk..mengenangkan amalan aku yg tak seberapa dan ramai org lain lagi yg bersungguh2 untuk mendapatkannya tapi masih juga tak terbuka pintu makrifat nya...jadi aku tak ambil pusing...


Bila Pak Din memberitahu aku....aku masih lagi ragu2 dan mungkin ada sikit kepercayaan aku dan menerima benda2 nie dengan keizinan Allah tapi aku tak buat apa2 bagi mendalami apa yg aku ada..Bila Pak Cik Bidin memberitahu aku...dan aku linkkan dengan mimpi aku semalam...aku mulai yakin...yg aku perlu buat sesuatu dan mungkin ini telah ditakdirkan bagi ku dan yg paling penting zikir2 yg akan aku buat itu nanti adalah zikir2 yg akan mendekatkan diriku dengan diriku...yg akan mendekatkan aku dengan tuhanku...ALLAH yg satu. Pak Cik Bidin telah membenarkan Aida untuk memberi aku buku zikir2 Allah yg harus aku amalkan untuk mendekatkan diriku dengan diriku....membersihkan jiwa dan rohaniku...dan memanfaatkan apa yg aku ada untuk amal jariah kepada semua..




Ya Allah! tolonglah aku untuk mendekatkan diriku padamu
Ya Allah! ampunkan dosaku untuk mendekatkan diriku padamu
Ya Allah! berkati amalanku untuk aku mendekatkan diriku padamu

Mimpi pelik - sabtu 11/6/2011


Sabtu malam ahad..aku bermimpi suara yang mengatakan bahawa Rasullullah saw telah memilih minyak wangi dari unta yang terakhir....kelibat yg aku nampak dalam mimpi itu adalah bayangan putih dan terlihat suara itu menuju kepada unta yg terakhir untuk mengambil minyak wangi itu...unta2 itu pun berwarna putih dan semuanya adalah berunsurkan putih bersih dan bercahaya....apakah makna mimpi ku itu????

Wednesday, May 11, 2011

Makrifat


Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.

Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan diri-Nya. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t.

Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan;
jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari.

JALAN ORANG YANg MENCARI,
Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

( Ayat 69 : Surah al-�Ankabut )
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya)."

(Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )
Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

GOLONGAN YANG DICARI.
Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu.
Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t.

Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.