Friday, April 20, 2012

Kehidupan yang berpasangan

Dalam hidup ada pasang surutnya..adakala kita gembira, adakala kita duka dan ada kala kita boring bagai nak gile..kehidupan yang diulang-ulang dan berbalik-balik..seperti bumi kita yang berpusing-pusing tanpa meninggal kesan yang sedikit pun kepada diri kita disebabkan graviti (yg ghaib) yang telah diciptakan oleh Allah diatas paksi bumi agar kita berpaksi dibumi yang nyata dengan kehadiran graviti yang tidak dilihat dek mata..kehidupan yang tiada logiknya..tetapi bersandarkan keimanan setiap kejadian itu diciptakan ada fungsi dan penyebabnya...

Kilauan yang indah

Tanggal 12 April 2012 diwaktu sembayang asar di surau. Aku sembayang bersama temanku dan dia nie seorang yg buleh aku kategorikan sebagai seorang yg mempunyai hati yang dicari. Semasa sembayang dengan beliau dan masuk rakaat yg kedua semasa sujud aku ternampak kilauan keluar dari satu lubang yang tak berapa besar tapi cukup untuk memancarkan kilauan hijau yang cantik sekali. Gambaran tu hanya timbul untuk beberapa saat sahaja dan aku terpegun. Selesai sembayang aku masih lagi terbayang-bayang warna hijau berkilauan tu...sungguh indah!...Apakah maksud kilauan itu!..emmm

Luahan hati dariku untukmu

Ya Allah
terasa berdebar hatiku teringatkan mu
terasa mengalir airmataku teringkatkan mu
terasa jantungku berdengup teringatkan mu
aku terasa seperti kau kekasihku
aku terasa seperti kau ku inginkan
aku terasa seperti kau terlalu hampir denganku

mengalir airmataku
rindu
mengarlir airmataku
sendu
mengalir airmataku
pasrah
mengarlir airmataku
..............

aku kelu untuk berbicara
maafkan ku Ya Allah
kerana
ini adalah perasaanku
perasaanku ketika ini
disaat ini
diwaktu ini

mungkin aku keterlaluan
pada diriku
mungkin aku keterlaluan
pada kata-kataku

maafkan aku Ya Allah
aku adalah aku
ini adalah apa yg aku rasakan

ampunilah hambamu
yang lemah ini..

Wednesday, March 21, 2012

Mimpi Ayat Al-Fatihah

Tanggal 19 March bersamaan 2012 hari isnin aku bermimpi dibacakan dengan ayat Al-fatihah. Suara yang aku dengar adalah suara aku sendiri tapi bacaan itu adalah bacaan surah al-fatihah yang sungguh merdu suaranya seperti orang-orang di tanah suci. Ayat tu diulangi berulang kali dan aku seperti memandang sekeliling untuk melihat dari mana datang suara itu....tiba-tiba aku tersedar! apa maknanya mimpi itu...

Tuesday, February 21, 2012

Memaafkan

Memang nampak seperti mudah memaafkan orang setiap hari tapi disebalik kemaafan yang diberi mesti ada ceritanya yang tersendiri.

Bukan mudah memaafkan orang ditambah susah melupakan perbuatan yang menyakitkan hati.

Yang mudah adalah mengelak dari membuat sesuatu yang menyebabkan kita terpaksa menutut kemaafan dari orang yang tidak kita gemari. Tetapi....setiap kejadian itu ada hikmah tersendiri dan setiap kesalahan itu ada sebab yang harus kita pelajari kerana kita hidup sampailah mati akan terus belajar dari kesilapan diri sendiri.

Merendahkan diri bukan bererti rendahnya martabat diri.
Meninggikan diri bukannya bererti tingginya martabat diri.
Bila ilmu mula meninggi, dunia akan kita lihat dari pandangan yang berbeza dan tersendiri
Kerana itu jualah kita manusia mempunyai perbezaan pandangan setiap hari
kerana perbezaan pengetahuan yang kurang kita mengerti.

Harapan saya agar sudilah kiranya dosa-dosa saya diampunkan dan hilangkan segala apa yang akan memberatkan pertimbangan saya di akhirat kelak. Untuk u'alls semua, dosa-dosamu telah ku ampunkan.

Amin..amin..amin yaraballamin !!!

Persahabatan

Hari Jumaat Penghulu Hari
amat bermakna sungguh hari ini
pabila kita mula merasai
apa ertinya makna kehidupan ini

Tak banyak yang ingin aku bicara kan hari ini
cukuplah sekadar memohon kemaafan sendiri
atas segala dosa yang telah ku lalui
sehingga menyebabkan sahabatku menganggap itu dosa diriku sendiri

Tak cukup kalau sekadar itu sahaja
tentulah dosa kalian semua juga telah ku baca
mungkin aku hanya berbicara
tapi kurelakan dan tidak ku anggap dosa

Untuk minggu ini juga
ingin kuingatkan diriku dan kalian semua
berhati-hati bila berbicara
dan persahabatan diantara kita perlu dijaga

Ada yang perlu dibawa keluar bersama
ada yang perlu disimpan hanya sesama kita
jangan jadikan sahabat bahan ketawa
kerana hubungan kita amat berharga

Lihatlah kecantikan sahabatku semua
tidakkah dijadikan Allah untuk kita
bersyukurlah segala yang ada
tapi jangan dihebahkan cela sesama kita

Melihat kecantikkan diri rasa bangga
hingga terlupa kepada pencipta
Melihat kepakaran diri rasa teruja
hingga terlupa memuji yang mengurnia

Aku bersyukur kepada yang esa
dikurniakan sahabat yang cantik jelita
cuma kekadang tanpa disegaja
kepincangan diantara kita pasti ada

Itu semua adalah biasa
ambil yang baik tinggalkan yang dosa
agar kita senantiasa terpilihara
oleh sengketa diantara kita

Cukuplah sekadar itu sahaja
dibawah ini ku bentangkan amalan untuk dicuba
jangan hanya baca amalkan senantiasa
semuga terjaga dari senantiasa leka

Friday, February 3, 2012

Kesenangan dan Kesusahan adakah Dugaan atau Kelebihan

KESENANGAN DAN KESUSAHAN ADAKAH DUGAAN ATAU KELEBIHAN


Apabila ombak menggunung tinggi
terkapai-kapai nafas mencari
tiada lain terfikir diri
hanya Allah yang ingat dihati

Disaat itu fitrah kembali
bertindak kerdil dihadapan illahi
datang sendiri kesedaran diri
kepada Allah tempat kita naungi

Terselamat kita dari lautan tadi
kembali kita kepada diri sendiri
ketenangan dan ketenteraman keadaan kembali
mula lupa pada illahi

Itulah hamba yang dinamakan manusia
sering lupa kepada yang esa
umpama diri kita yang sedia ada
sering terlupa jasa ibu dan bapa

Bertiup kencang angin menakutkan diri
secepat kilat ingatan kita pada illahi
bertiup sepoi-sepi bahasa angin yang menghembus diri
terus tenggelam kita dibuai mimpi

Monyet bergantungan diatas dahan yang berlumut
ditiup ribut kencang semakin metaut
tak dilepaskan walaupun meribut
semakin tegap genggaman dipaut

Cuba datangnya angin bertiup
sepoi-sepoi bahasa sungguh sayup dan lembut
terasa nyaman apabila ditiup
perlahan-lahan terlepas genggaman yang tersangkut

Dari kedua ayat tadi
haruslah dapat kita menilai sendiri
yang mana satu lebih kita khuatiri
yang angin kencang atau lembut sekali

Kesusahaan mengingatkan kita pada illahi
kesenangan menjauhkan kita kepada illahi
tanpa kita sendiri sedari
kedua-dua itu adalah dugaan yang diberi

Bergerak dan bersyukurlah dengan kesenangan
bertawakal dan bertawaduklah dalam kesusahan
pada kedua-dua keadaan
Allah jangan kita lupakan
jadikan Amalan ingatkan Tuhan
padanya senantiasa ingatan berkekalan

Setinggi mana pun rezeki yang Allah berikan
segunung tinggi mana pun martabat yang dikurniakan
tak lari kemana badan tetap dikebumikan
ditanah yang hina lagi menghinakan
cuma yang tinggal status yang diberikan
kitalah yang dinamakan Manusia Hamba yagn dimuliakan

Jangan lupa tabiat diri
jangan lupa hakikat diri
senantiasa berserah kepada illahi
terimalah procedur yang telah Allah beri
pasti ada rahsia nya yang tersendiri
kalau benar kitalah yang dinanti
oleh Allah diakhirat nanti....insyallah!


Surat Al-'Isrā' (The Night Journey) - سورة الإسراء (Surah 17 ayat 67)

“ Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

Salam sayang dariku
Zuraini Zahari