Wednesday, January 11, 2012

Kesilapan yang tidak nyata

Salam kekawanku sekalian,

Saya mulakan dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan yang menjadikan segala perkara yang tidak ada bandingannya, Tuhan yang membukakan segala pintu perkataan, Yang mengurniakan segala punca pemberian dan yang mengilhamkan setiap jawapan bagi semua persoalan.

Jumaat pertama untuk tahun ini
Terasa aman dan sejuk sekali
mungkin dosaku telah kalian ampuni
atau terperasan sendiri kerana aircond sejuk sekali

Hehehe itulah pembuka kata untuk kali ini
diharap dosaku telah kalian ampuni
segala terkutuk terkata yang menghinakan diri
bak kata perpatah segala dosaku ini telah kalian ampuni

Tapi bukan sekadar itu sahaja
bukan ianya datang dengan sengaja
tapi datangnya ia dengan penuh bermakna
untuk menghapuskan segala dosa
kekawan ku yang kemungkinan ada

Ucapan itu adalah sekadaran sahaja
yang paling penting dosamu padaku telah tiada
telah kuampunkan segala dosa
baik yang kelihatan ataupun buta

bacalah poem dariku yang tak seberapa
sekadar ingatan sesama kita
harapan tinggi agar jadi amalan bersama
bukan hanya untuk didunia bakkan di akhirat jua

KESILAPAN YANG TIDAK NYATA

bercerita pasal orang memang seronok
tapi lebih seronok bercerita pasal diri sendiri
melihat kekurangan orang memang mengelikan hati
tapi kekurangan diri sendiri sebenarnya lebih mengelikan hati

tanpa kita sedari setiap perbuatan jasad ini
sebenarnya membalikkan pada diri sendiri
cuba perhatikan setiap kejadian yang telah kita lalui
masihkah lagi kita cuba untuk tidak mengakui

sedarlah kamu wahai diri
kamu adalah manusia yang telah ternodai
bukan sahaja pada dirimu sendiri
tetapi juga pada rohmu yang suci

adalah lebih baik jasad mendiamkan diri
dari bertambah dosa yang sendiri rekai
bertaubatlah dengan diri sendiri
agar kesilapan tidak diulangi

walaupun bukan kehendak diri
tapi ianya adalah kewajipan untuk jiwa nurani
apa yang sering menghalang diri
dari pulang kepada asal diri

dari syurga kamu datang
kepada syurga juga kamu ingin pergi
itulah sebenarnya kehendak diri
cubalah kamu mengerti

agar kita tidak tersesat lagi
sediakan senjata untuk diri berdiri
amalkan ayat pendiding diri
agar kita senantisa diawasi



Salam sayang dariku
Zuraini Zahari

Kemaafan dan Keikhlasan

KEMAAFAN DAN KEIKHLASAN

kemaafan dipohon untuk setiap kesalahan diri
terasa berat dan beban meniti hari
sekiranya setiap dosa tidak kekawan ampuni
akan kubawa beban yang akan meyiksa diri
segala dosa minta diampuni

termakan terminum termengumpat dan dosa yang terkini
semua itu adalah bebanan untuk diri ani
usah berdusta dengan diri sendiri
biarlah ikhlas untuk pengampunan ini

kerana keikhlasan Allah yang memberi
tidak mampu dibeli dengan diri sendiri
rahsia Allah adalah rahsia diri
bukan semua dapat dibongkari
amin amin amin

semuga dosa kalian tidak dibebani
segala yang terpahat di dalam hatiku ini
yang menjadi dosa buat kalian teman-temanku yang ku sayangi ...
dengarlah dan terimalah ini...
dosa mu telah kuampuni

Salam sayang dariku
Zuraini Zahari
IKHLAS RAHSIA ALLAH

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”.

Perjalanan Kehidupan

PERJALANAN KEHIDUPAN

Pejalanan kehidupan selalu mengecewakan
Hilang digenggaman hajat tak kesampaian
kenyataan yang tak seiring harapan
menjadikan angan-angan tenggelam perlahan-lahan

Jiwa yang hilang pertimbangan
Ada sedetik cahaya dalam kalbu kebenaran
Menjadi kekuatan melangkah kehadapan
Terterap zikirullah memberi ketenangan

Hidup ibarat belantara di hutan
Tempat mengejar satu punca cahaya kehidupan
Berlumba-lumba tanpa kesedaran
Tetapkan pilihan yang hakiki akan berkekalan

Kenapakah hidup penuh dengan hukuman
Sedangkan jiwa memberontak kebebasan
Tidakkah terpikir oleh badan
Adakah itu satu kebaikkan atau satu hukuman

Siapakah yang meletakkan dunia hukuman
Harus berjaya, harus bahagia dan kepelbagaian
Tidakkah diri yang empunya urusan
Ingatlah hukuman Allah tiada cabaran

Fahami hak Allah juga diri sendiri
Dalami diri dan jiwa naluri
Ketenangan akan kita kecapi
Pabila cahaya diri menyinari jiwa nurani

Kejayaan dunia melupakan diri
Kejayaan diri bukannya abadi
Ingatlah pemberian asal yang diberi
segenggam tanah dan janganlah menyombong diri

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ; 22-23)

Rezeki telah dijanji menjadi milik kita itu pasti
Berpacaran telah ditetapi segala urusan sudah dimeteri
Jodoh kita telah diberi sudah ditentukan sejak azali
Mati sudah pasti dan hidup belum tentu lagi

Sekiranya dalam kehidupan kegundahan melanda diri
ingatlah pesan Allah jangan dilupai
kegundahan diberi penyelesaian harus dicari
kerana dia yang memberi sudah pasti jalan diberi
carilah punca dan jangan berpaling lagi
dan yakinlah dengan firman dari Allah ini

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Yang empunya hak bukan empunya diri
Menjadi keliru dengan identiti sendiri
Berbalik lah kepada hakiki
Siapa diri hendaklah dikaji

Semuga kita semua diberkati dan bacalah doa ini sebagai penutup untuk jumaat kali ini.

Pilihan atau Paksaan

PILIHAN ATAU PAKSAAN

telah disusun policy..tapi kita tak ikut
telah diberi peringatan tapi kita mungkar
telah diturunkan nabi tapi kita ingkar
telah dibuktikan dengan sejarah tapi tidak kita bongkar
itulah kita manusia...

kita sibuk memberi makan pada mayat yakni jasad yg matinya menjadi mayat..
padahal ROH yang akan berterusan hingga ke akhirat..tidak kita pedulikan
kesian manusia yang mempunyai kekuatan mayat
tapi kelemahan ROH yang diagungkan...

bila berpisah roh dari jasad...perjalanan harus diteruskan
bertemu dengan rabb...setiap soalan dan pilihan harus dijawab...
mampukah mayat yang reput untuk memberi jawapan
atau ROH yang lemah terketar-ketar menjawab.

adakah itu dikatakan pilihan...
atau pilihan merupakan satu paksaan...

soalan2 itu adalah untuk orang-orang yang berfikir...
life is so simple to understand tapi manusia menjadikannya complicated...

Monday, December 19, 2011

Doa untuk kekasih

Doa untuk kekasih hati

Ya Allah dosaku menggunung tinggi
Rahmat mu senantiasa meninggi
Selautan syukur kuberi
Sama setitis nikmat dibumimu ni

Taubat kubuat dan kumungkiri
Namun Pengampunanmu tak pernah bertepi
Terasa bebanan dibumimu ini
Kau berikan pembimbing sebagai penganti

Seringkali suruhanmu kuingkari
Seringkali itu jua peringatan kauberi
Selangkah aku menghampiri
Seribu langkah kau merapati

Bagaimana kah harus ku menipu dirku sendiri
Kerana kau senantiasa ada dihati
Kau lebih mengetahui kelemahan diriku ini
Kerana kau mengetahui rahsia diri

Ampunkan dosaku ini Ya Allah
Sesungguhnya kau lah yang meredhakan semua hakmu
Siapalah aku tanpa pengampunan mu Ya Allah
Berkatnya aku adalah atas keredhaanmu…

Nukilan rasa
Zuraini Zahari

Poem: Terpiliah atau Terpaksa


telah disusun policy..tapi kita tak ikut
telah diberi peringatan tapi kita mungkar
telah diturunkan nabi tapi kita ingkar
telah dibuktikan dengan sejarah tapi tidak kita bongkar
itulah kita manusia...

kita sibuk memberi makan pada mayat yakni jasad yg matinya menjadi mayat..
padahal ROH yang akan berterusan hingga ke akhirat..tidak kita pedulikan
kesian manusia yang mempunyai kekuatan mayat
tapi kelemahan ROH yang diagungkan...

bila berpisah roh dari jasad...perjalanan harus diteruskan
bertemu dengan rabb...setiap soalan dan pilihan harus dijawab...
mampukah mayat yang reput untuk memberi jawapan
atau ROH yang lemah terketar-ketar menjawab.

adakah itu dikatakan pilihan...
atau pilihan merupakan satu paksaan...

soalan2 itu adalah untuk orang-orang yang berfikir...
life is so simple to understand tapi manusia menjadikannya complicated...

Mukmin yang terpilih mati syahid

Mati syahid
IBNU SYAIBAH meriwayatkan dari Abdullah bin Utaiq katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Bahawa orang yang mati syahid itu ada lima, yang pertamanya orang yang mati disebabkan sakit perut, kedua orang yang mati ditikam, ketiga orang yang mati tenggelam (karam) di dalam air, keempat sobihul badmi, kelima orang yang mati berperang fi sabilillah."
(Hadith riwayat At-Termizi dari Abi Hurairah).

Berdasarkan maksud hadith di atas itu terdapat lima golongan orang yang dianugerahi Allah SWT sebagai syuhada, yang pertamanya disebut oleh nabi s.a.w. ialah orang yang mati disebabkan sakit perut. Kematian yang berpunca dari sakit perut itu mungkin disebabkan serangan wabak ta'un atau dihinggapi barah dalam perut dan sebagainya.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa mati sakit perut itu tergolong dalam kategori 'syahid dunia', walau apapun kedudukan syahid itu namun ia tetap merupakan anugerah Allah SWT yang Maha Pemurah terhadap hamba-Nya.

Andainya seorang muslim diserang sakit perut, islam memberi peluang kepadanya untuk merawat sakitnya dengan berubat. Rasulullah s.a.w. memberi tahu bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali tua dan mati, sama ada dari tabib atau ke hospital menemui doktor pakar, maka langkah yang diambil itu adalah menepati kehendak agama iaitu mengambil rukhshah dari Allah SWT.

Walau bagaimanapun seperti yang sama dimaklumi bahawa hakikat yang menyembuhkan segala penyakit itu ialah Allah SWT sendiri, walaupun setiap penyakit ada ubatnya namun tidak kurang juga orang yang tidak sembuh penyakitnya meskipun dia berusaha mendapatkan ubat dan rawatan. Oleh itu jika seseorang itu tidak berubat keranadia merasakan bahawa ada tanda peluangnya untuk mencapai syahid terbayang di hadapannya, maka tindakannya itu tidaklah dibenci oleh agama

Seorang islam boleh membuat pilihan sama ada dia hendak berubat atau tidak. berubat jika mempunyai harapan untuk sembuh, jika keadaan sudah tidak memberi sebarang harapan untuk sembuh maka tidak mengapa jika dia tidak berubat. Sesungguhnya sihat dan sakit keduanya adalah anugerah Allah Taala.

Jika dia tidak berubat tetapi sakit perutnya sembuh juga ini bererti dia menerima anugerah sihat dah bersyukurlah atas anugerah itu. Tetapi sekiranya dia tidak berusaha berubat hingga akhirnya dia mati akibat sakit perut itu, maka tindakannya itu tidak bercanggah dengan islam kerana dia telah memilih langkah yang berbentuk 'adzimah', iaitu menyarahkan segala urusan itu kepada Allah yang Maha Kuasa.

Tergolong mati syahid juga orang yang mati ditikam, sama ada ditikam oleh seseorang kerana mempertahankan diri atau mempertahankan harta dan rumah tangga dari dicerobohi dan seumpamanya, ataupun dia tertikam oleh suatu benda dalam satu kemalangan.


Walau bagaimanapun ada juga orang yang mati ditikam tetapi tidak syahid, iaitu orang yang bercita-cita hendak membunuh orang lain dengan cara yang tidak diizinkan oleh agama tetapi malangnya dia sendiri yang terbunuh. Begitu juga orang yang mati tertikam kerana mempertahankan pendirian yang bercanggah dengan aqidah Islam, maka mati dalam keadaan demikian tidak tergolong mati syahid.

Demikian juga orang yang mati lemas, sama ada karam di lautan atau terjatuh ke dalam perigi dan sebagainya, ataupun dilanda banjir besar dan dihanyutkan air lalu mati. Sebaliknya jika seorang itu sedardirinya tidak tahu berenang tetapi dia terjun ke dalam air lalu lemas, maka perbuatannya itu adalah membahayakan diri. Sesungguhnya Islam melarang perbuatan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Firman Allah Taala: walaatulku bi aidiikum ilaattahlukaatin

Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

(Surah al-Baqarah ayat 195)

Selain itu termasuk juga mati syahid iaitu orang yang mati ditimpa runtuhan, sama ada runtuhan disebabkan gempa bumi yang menyebabkan rumah kediamannya runtuh musnah, ataupun dihempap pokok tumbang dan sebagainya.

Kelima ialah mati ketika berperang Fi Sabilillah iaitu berjihad memperjuangkan agama Allah agar segala hukum dan undang-undang-Nya tertegak di dalam negara di muka bumi ini. Mati syahid seperti ini adalah syahid yang sangat difahami oleh kebanyakan orang.

Demikianlah lima jenis syahid yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai menghuraikan rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya. Begitu banyak peluang syahid yang dianugerahkan., bukan sekadar mati syahid di dalam peperangan memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam, malah atas sebab-sebab yang sengaja Allah SWT datangkan kepada hambaNya tanpa usaha manusia itu sendiri. Contohnya mati disebabkan sakit perut adalah di datangkan oleh Allah Taala kepadanya, bukanlah disebabkan dia makan benda racun dan berbahaya.

Begitu juga mati tertikam, mati lemas , mati ditimpa runtuhan semua itu merupakan anugerah Allah SWT yang di luar jangkaan manusia itu sendiri. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang terpilih untuk syahid dalam keadaan demikian, kerana mereka menerime hadiah paling berharga, kerana apapun bentuk syahid yang diterima oleh seseorang ia merupakan pahala yang diperolehi tanpa sebarang usaha. Kecuali syahid kerana berperang dan berjuang Fi Sabililla Azza wa Jalla, ia adalah suatu usaha jihad yang terancang secara jamaah. Sebab itulah usaha kerana berperang sabilillah itu mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisi Allah Taala.

Hanya Islam yang menjanjikan syahid untuk disajikann kepada orang-orang yang beriman, anugerah Allah SWT itu adalah untuk orang-orang yang terpilih. Oleh itu berusaha dan berlumbalah untuk mencari keridhaan-Nya semoga akan mendapat hadiah-hadiah percuma iaitu syahid dari Allah SWT.

Assalamualaikum.