Assalammualaikum sahabat...
Bagaimana kita melihat sesuatu permasalahan
Kesan yang besar telihat dalam cara kita melihat cara penyelesaian nya
Timbul satu pemasalahan.
Bagaimana cara kita melihatnya
Begitu lah cara kita menyelesaikan nya
Melihat ke Arah positive, maka positive lah yang akan timbul.
Melihat ke Arah Negative maka negative lah yang akan timbul.
Senantiasa mengingati ALLAH maka ALLAH yang Akan membantu.
Selalu mendekati syaitan maka syaitan lah yg akan menghampiri.
Setiap permasalahan telah dijanjikan Jalan penyelesaian.
Hanya cuma cara penyelesaian memerlukan cara pendekatan bagaimana cara pemilihan.
Pemilihan milik kita
Penyelesaian milik ALLAH
Salam sayang dari saya
Semuga apa yang disampaikan
Akan lebih dimengertikan
Oleh penerima lebih dari penyampai Itu sendiri..
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
Kehidupan yang sementara dan rahsianya hanya dia yang mengetahuinya...manusia yang lemah hanya mampu menunggu saat yang pasti akan tiba dengan kehidupanan yang belum tentu..sekadar ingatan bagi yang ingin mengingati dan sekadar pengalaman sendiri untuk nasihat menasihati ...salam hormat buat semua dari saya Zuraini Zahari
Friday, February 26, 2016
Tuesday, February 23, 2016
Surah Al Araf Ayat 27
"Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia (syaitan) telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari Syurga, is berjaya menyebabkan terlucutnya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum Itu tertutup). Sesungguhnya syaitan Dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman"
Surah Al Araf: 27
Surah Al Araf: 27
Sunday, February 7, 2016
Doa untuk hari ini
Ya Allah janganlah Engkau jadikan aku sebagai bahan caci maki dan tertawaan bagi musuhku janganlah Engkau jadikan aku sebagai orang yang menyulitkan sahabaktu, janganlah Engkau jadikan musibahku mengenai agamaku dan janganlah Engkau kuasakan aku terhadap orang yang tidak memiliki kasih sayang terhadapku.
dipetik dari Ensiklopedia Kisah Para Nabi
dipetik dari Ensiklopedia Kisah Para Nabi
Kata2 Nabi Isa as
Abdul Razak berkata, Ma'mar memberitahu kami dari seorang lelaki, Ikrimah dia berkata bahawa Isa as pernah berkata "Jangalah kamu melemparkan permata pada babi hutan kerana dia tidak memakai (tidak memerlukan) sedikitpun darinya; janganlah kamu memberikan ilmu hikmah kepada orang yang tidak memerlukannya kerana hikmah itu lebih berharga daripada mutiara dan orang yang tidak menginginkannya dia lebih buruk daripada babi hutan"
Tuesday, February 2, 2016
Surah Anbiya Ayat 19 - Doa untuku agar tidak merasa letih
Tanggal Sat 06 Feb 2016
Pagi selepas menjalankan semua tanggung jawab aku dirumah...aku teruskan dengan menjalankan tanggung jawabku kepada pencipta semesta alam. Setelah selesai terasa badan letih sekali lalu aku mengambil alquran dan memohon agar Allah berikan aku satu doa yang terbaik buat diriku...dan doa inilah yang diberikan kepadaku.
Semuga aku dapat mengamalkannya dan menjadi salah seorang hamba yang disayangi oleh penciptanya. Insyaa Allah...Aamiin.
Nukilan Rasa
Zuraini Zahari
Subscribe to:
Posts (Atom)