pagi tadi aku menunaikan sembayang hajat, taubat dan dhuha...biasanya aku akan menunaikan sembayang sunat taubat dahulu tetapi kali ini aku mulakan dengan sunat hajat kerana aku mempunyai hajat kepada Allah swt...ketika aku baru mula untuk menunaikan sembayang yg terakhir iaitu sembayang sunat dhuha, aku ternampak bayangan awan hitam kelabu mula datang dari arah kiri dan menutupi sebahagian dari tubuh ..aku seperti biasa hanya memandang sekali lalu dan aku tidak hiraukan bayangan itu ...tetapi bila aku mula membaca doa iftitah..sesuatu kejadian telah berlaku...aku hanya dapat membaca 2 rangkap seperti dibawah dan bersambung dengan rangkap terakhir surah al-kursi...kejadian ini berulang-ulang..aku seperti terlupa dan lidahku seperti berhenti di rangkap yg kedua dan meneruskan dgn ayat al-kursi...lama aku berhenti untuk mengingati semula ayat penuh doa iftitah tetapi terbaca jua gabungan ayat dibawah..perasaan aku ketika itu tidaklah lain selain dari menganggap syaitan sedang cuba utk menganggu sembayangku dan ibadah ku kepadanya. Aku akhirnya mengambil keputusan utk meneruskan dengan bacaan al-fatihah memandangkan ayat al-fatihah adalah ayat wajib dalam sembayang..selepas aku membaca al-fatihah aku cubakan semula utk membaca doa iftitah dan alhamdulillah...aku dapat membacanya dengan lancar sekali tanpa sekatan...setelah selesai sembayang...aku mencari makna dalam doa iftitah itu dan makna dalam surah ayat kursi. Inilah maknanya...
Allah Maha Besar akan segala kebesaranya dan segala puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Maha suci Allah....tiada lah keraguan aku akan kebesaran mu Ya Allah!