Salam semua....
Hari Khamis hari tu ibuku terjatuh ketika mengambil air wuduk...dan tangannya retak dan terpaksa disemen..aku jaga ibuku dirumah dan disamping itu aku ingin share ngan teman-teman semua doa yang kita mampu amalkan untuk mendapat pertolongan Allah ketika kita mendapat musibah patah tangan..Ayatnya adalah surah yassin ayat ke 78 dan 79.
Caranya.. sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi.
Air tu diminum dan disapu ke tempat yang sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah untuk sembuhkan pesakit.
Ya Allah berkat ayatmu itu dapatlah kiranya ibuku berada dalam keadaan sihat semula insyallah!