Wednesday, June 13, 2012

syaitan menyerupai arwah noi dalam mimpi

Tanggal 10 June 2012, aku bermimpikan arwah Noi..dalam mimpi tu aku berkata..eh arwah noi kan dah tiada kenapa dia datang lagi ...tapi aku buat tak tahu pertanyaan itu..keadaan dia seperti masih sakit dan aku menyuruh dia menunggu aku sehingga aku datang untuk menjemput dia ...dalam perjalanan itu aku berjumpa dengan orang yang agak pelik tapi tidak kuhiraukan...bila sampai di tempat arwah noi menunggu...dia kelihatan semakin sakit dan aku memangkunya dan berkata pada dia agar dia tidur. Dia baring dan aku cuba untuk mendodoi dia dengan perlahan dengan bacaan "laillahaillah"..sambil menepuk-nepuk bahunya...bila sahaja aku sebut ayat Allah itu dengan serta merta dia muntah dan keluar bendalir putih bukan sahaja dari mulut tapi terkeluar dari badan serta berlubang-lubang putih dan bertompok tompok penuh dengan muntah yg dia keluarkan itu..aku cuba mengelak agar muntah itu tidak terkena padaku dan terus aku tahu..yg itu bukan arwah noi yang sebenar tetapi itu adalah syaitan yg dilaknat oleh Allah swt! nauzubillahminzalik!

Belivers indeed

I put my trust in Allah
for everything...
because i am believers indeed!!!!


By which Allah guides those who pursue His pleasure to the ways of peace and brings them out from darknesses into the light, by His permission, and guides them to a straight path
Surat Al-Ma'idah 5:16

Arah dan kembali


Bergerak menuju arah
arah yang telah ditentukan dan ditetapkan dengan pasti
kena cari panduan dengan sendiri
kena tahu matlamat arah yang diberi

bagaimana nak dipastikan arah itu adalah arah yg pasti
tanpa panduan dari yang memberi
carilah ilmu pemberi arah itu sendiri
sebelum mencari matlamat yang pasti

barulah kita yakin bila kita berdiri
bergerak sambil kita berlari
berjalan dan berhenti
bila terasa penat, muhasabah diri sambil tangan kanan memberi

ruangkan waktu untuk diri sendiri
agar kita sendiri mengerti
dalam hati ada rahsia nyer tersendiri
yakinlah itu adalah panduan untuk diri

arah telah diberi
panduan telah terbukti
jalanilah dengan yakin sekali
kerana Allah adalah kekuatan diri
dari dia kita datang dan kepada dia jualah kita kembali

Nukilan Rasa
Zuraini Zahari