Monday, February 28, 2011

Doa buat kekasih




Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…

Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

Wednesday, February 23, 2011

Sayang rindu padamu


Sayang Rindu Padamu
aku sayang dan rindu padamu
tapi aku takut untuk bertemu denganmu
takut akan diriku sendiri
takut akan dosa-dosaku

tapi aku sayang dan rindu padamu
bagaimana harus ku luahkan
hanya mengalir air mata
pabila namamu kusebut
pabila ceritamu bertaut
pabila hatiku tersangkut
pada nama yang amat kutakut

Sayang Rindu Padamu
bagaimana harus aku luahkan
segala terpendam di hatiku
segala terbuku dilubuk jiwaku
aku perempuan aku wanita aku lemah
haruskan aku ketepikan itu semua
hanya kerana aku sayang rindu padamu
haruskan aku melamar perasaan ku
hanya kerana aku sayang rindu padamu

Sayang Rindu Padamu
bagaimana harus aku luahkan
pada teman-teman ku
pada rakan-rakan ku
mereka tidak percaya
mereka akan kata aku gila
pada siapa harus aku luahkan
aku manusia aku manusia yang lemah
aku wanita yang tidak berdaya
tapi aku sayang rindu padamu

setiap kali nama mu kusebut
setiap kali kepalaku bersujud
setiap kali zikrullah melaut
hati menjadi sayu
jiwa menjadi salju
perasaan menjadi beku
terkedu pabila teringat padamu

Hatiku menjerit
menjerit tiada siapa yang tahu
cuma aku pasti kau mengerti
bertapa aku Sayang Rindu Padamu
hanya padamu....

Ya ALLAH!

-zuraini zahari-

Monday, February 21, 2011

Aku menyintaimu


Kupandang langit
terpampar nama mu
Kupandang awan
terukir nama mu
Kupandang alam
tersemat namamu









aku mengingatimu
biar senang atau susah
aku mengingatimu
biar suka atau duka
aku mengingatimu
dikala sepi dikala gembira

adakah kau juga mengingatiku
dikala ku senang dikala ku susah
adakah kau mengingatiku
dikala ku suka dikala ku duka
adakah kau mengingatiku
dikala ku sepi dikala ku gembira



bila tanah menghimpit
kiri dan kanan tersepit
badan berbalut kain tak berjahit
berdepan dengan muka yang bengis
ketakutan mengiggil badan semakin perit


adakah dikau akan bersamaku
seperti aku bersama mu
adakah dikau mengingatiku
seperti aku mengingatimu
adakah aku terselamat dari siksaan dosaku
atau aku kau humban kedalam nerakamu...
aku pasrah aku berserah



aku tidak mahu tahu apa-apa
aku hanya tahu satu
aku menyintaimu...
terlalu amat menyintaimu..


kau campak aku kenerakamu
aku terima
kau campak aku kesyurgamu
aku terima
kau campak aku kemana saja
aku terima

yang aku tahu hanya satu
aku menyintaimu...
aku menyintaimu..
aku menyintaimu..

kau akan tetap bersamaku
kerana didalam jiwa dan rohku
ada zatmu...

Ya ALLAH!

Friday, February 11, 2011

Redha dan Tawakal

Mencari redha dan tawakal

redha dan tawakal..
aku tak faham...dan kurang memahami
tapi aku kena faham dan cuba memahami





redha dan tawakal
dua ayat yang nampak mudah
tapi sukar untuk dimengerti

redha
adakah dengan menerima segala musibah
kita telah redha?

tawakal
adakah dengan menyerah segala padanya
kita telah tawakal?

mudah untuk dimengerti
susah untuk difahami..

hati..
hanya yang mengenal hati
hanya yang tahu hati
hanya yang dapat melihat hati
mungkin akan mengerti

redha dan tawakal...
menyerah dan berserah
mengerti dan memahami
tahu dan ambil tahu
terima dan menerima

aku redha
aku bertawakal
aku berserah

hanya yang mengetahui
dirimu Ya Allah!